Thursday, December 30, 2010

I can't stop listening to...

Taylor Swift latest album...Speak Now....

Memula saya cuma suka 2 buah lagu sahaja (Mine & Speak Now). Tapi rupa-rupanya berbaloi beli album budak cantik ni hehehe...


Lirik untuk setiap lagu mempunyai kata-kata yang amat mendalam. Mungkin ini adalah cara si cantik ini meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Bagaimana pula cara kita meluahkan segalanya?

Adakah kita meluahkan segalanya tanpa memikirkan perasaan orang lain dengan niat untuk mendapatkan kepuasan diri kita sendiri?

Adakah kita meluahkannya kepada orang yang kita percayai?

Dan adakah kita hanya memendamkan segalanya tanpa meluahkannya sehingga tertekan seorang diri?

Dan adakah kita hanya membiarkan segalanya berlalu pergi begitu sahaja?

Pada pendapat saya, setiap orang ada cara tersendiri untuk meluahkan perasaan (sedih,benci dan gembira)...Satu perkara saya belajar dari si cantik ini:-

"Words can break someone into a million pieces, but they can also put them back together. I hope you use yours for good, because the only words you'll regret more than the ones left unsaid are the ones you use to intentionally hurt someone"-Quote from Taylor Swift album...

Sesuatu yang sangat mendalamkan kata-kata dari si cantik ini. Saya faham keadaan di mana penggunaan perkataan yang sangat menyakitkan hati yang akhirnya sukar untuk dirawat. Saya fikir banyak yang telah mengalami keadaan ini. Hanya masa dan kesabaran sahaja yang dapat merawat hati yang terluka (cewah)....

** Tak guna sakitkan hati orang kerana suatu hari nanti pelaku perbuatan akan pasti menerima hal yang sama dan merasainya. Mungkin kurang pedih tetapi bagaimana pula kalau perkara yang diterima itu terlalu pedih untuk si pelaku itu terima. Fikir-fikir kan....

Hanya Masa dan Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya...

Tuesday, December 28, 2010

Saya @ UNITEN,Muadzam Shah

Di pasar sehari...Di muadzam shah, setiap hari sabtu ada pasar sehari dari pukul 10am hinggalah 10pm..
Di kala panas yang sangat perit...Hanya kertas sahaja yang jadi penutup muka...
Waktu nie ketika game bola tampar.
Dengan Shahmi...

Gemok jugak saya nie...
:)

Di hari terakhir...waktu ini saya sedang menonton bola keranjang...jika dilihat betul2 tangan saya memegang botol air yang besar. Yela waktu tu saya sudah terkena demam dan batuk..

Bersama pemain bola tampar lelaki...Di situ saya bersama Shafa & Aiman. Shahmi jadi tukang ambik gambar


Teguran

Sebagai seorang cikgu, sudah menjadi hak kepada saya untuk menegur pelajar saya. Teguran saya lebih kepada bentuk nasihat.

Contoh teguran:-
Teguran 1:
"If you not interested in my class, you are welcome to leave this class"
Teguran 2:
"I'm not interested to teach student who think they are clever enough. I'm interested to teach the student who love the knowledge"

Mungkin ini juga adalah silap saya kerana mengajar terlalu pantas. Saya mengaku kerana ini adalah kali pertama saya mengajar subjek ini. Sebelum ini saya hanyalah seorang tutor yang mana saya mengajar berdasarkan soalan. Sekarang, saya perlu mengajar daripada akar umbi. Saya masih terawang-awang. Tolonglah mengerti keadaan saya. huhuhu :(

Selepas berakhirnya kelas, ada 3 orang pelajar datang berjumpa dengan saya untuk minta maaf kerana mereka berasakan teguran itu adalah ditujukan kepada mereka. Dan jawapan saya:-

"My advice is actually for general. I say so because i dont want to see any failure student from my class. And i'm not a kind of lecturer that will kill the student at the end of semester.(usually lecturer will target the bad attitude students and try to make them fail as for punishment)....Even you feel boring, try to listen to my lecture. The reason i'm a bit faster in giving lecture because at the end of the chapter i try to provide a lot of exercises for you to understand. Lecture is not enough without you looking at the question..."

Mereka faham...dan mereka bersungguh-sungguh meminta maaf. Saya sungguh terharu...dan saya kembali tenang semula.

Dan apa yang telah mengubah persepsi saya pada hari ini....Mereka adalah pelajar international. Mereka sendiri sedar kesalahan mereka...Saya tersedar bahawa tak semua pelajar international adalah teruk. Masih ada yang datang ke sini untuk belajar dan pada masa yang sama menghormati cikgu mereka...Saya tersangat touching...

Kesimpulannya...selepas ini saya perlu banyak bersabar kot. Jangan asyik melaser dalam kelas. hehehe...

Friday, December 24, 2010

Cuti rehat

Mulai esok, saya sudah start bercuti. Saya akan kembali bekerja seperti biasa pada 3/1/2011...hehehe...
Walaupun saya bercuti, saya masih perlu ke tempat kerja...

Kenapa?

Kelas mengajar tak boleh dibatalkan walaupun saya bercuti. Maka rutin harian saya adalah seperti biasa cuma saya tak perlu lah punch-in dan punch-out. Dan saya boleh bersuka-ria bila-bila masa saya mahu dan boleh bangun lambat hehehe. Cuma saya tetap perlu pergi mengajar walaupun kelas tersebut dari pukul 4-6pm (berkorban demi pelajar-pelajar..huhu)...

Wednesday, December 22, 2010

Entry emosional saya

  1. Adakah saya seorang yang tak pandai bersyukur???
  2. Adakah saya seorang yang tak pandai menghargai???
  3. Adakah saya seorang yang suka menyusahkan orang lain???
  4. Adakah saya seorang yang suka buat orang lain sedih???
  5. Adakah saya seorang yang mahu segalanya berlaku seperti yang saya inginkan???
  6. Adakah saya seorang yang suka membuatkan orang marah pd saya???
Saya patut menghargai segalanya. Kalau suatu hari insan tersebut mula benci pada saya, saya mesti sukar untuk mendapatkan yang terbaik kerana kalau diikutkan insan itu sudah cukup terbaik untuk saya. Tetapi kenapa saya harus merasakan sesuatu berada dalam keadaan tak sempurna. Saya WAJIB sedar yang saya juga tidaklah sempurna.(Mana ada orang yang sempurnakan).Saya sangatlah emosional dari semalam. Adakah ini salah hormon saya?

***Saya berharap insan tersebut tak akan pernah rasa meluat,menyampah dan mungkin mula kurang rasa kasih & sayang kepada saya.Saya tak faham kenapa saya bersikap seperti ini.Maafkan saya....  

Tuesday, December 21, 2010

Tolong ingatkan saya

Kehidupan yang Allah beri kepada saya semakin mudah dan rezeki yang diberi Allah sangatlah saya syukuri. Tetapi apabila Allah berikan kesenangan kepada saya, pasti ada secebis kepayahan terselit di sebalik kesenangan. Alhamdulilah...Saya tahu ini adalah cara Allah menunjukkan yang Allah masih mengingati dan mengasihi saya. Alhamdulilah....

Saya dapat rasakan yang 24 jam satu hari adalah tidak cukup untuk saya menyiapkan segala pekerjaan saya. Dari sediakan lecture notes sehingga lah menyiapkan kerja-kerja pentadbiran. Saya terasa amatlah penat tetapi saya perlu menyelesaikan tanggungjawab saya dengan sebaik-baiknya.

Semalam adalah kali KEDUA seseorang yang paling saya hormati dan senangi datang berjumpa dengan saya. Saya sungguh terharu kerana sebagai seorang yang sibuk, dia masih mencari masa untuk berjumpa dengan saya. Kedatangan beliau bukanlah untuk sekadar beborak kosong tetapi beliau memberikan kata-kata nasihat kepada saya. Beliau sedar yang saya semakin lama semakin sibuk. Dan kesibukan saya menyebabkan saya lupa dan abaikan suatu perkara....MASA DEPAN HIDUP DAN KERJAYA SAYA. Tetapi nasihat beliau lebih kepada masa depan kerjaya saya. Salah satu nasihat beliau yang masih terngiang-ngiang di telinga saya adalah "Who will help BADARIAH...Only BADARIAH can help herself...".

Oh...saya bersyukur kerana saya telah diperingatkan oleh beliau tentang tanggungjawab saya yang sebenarnya. Alhamdulilah...

Saya berdoa agar beliau tak akan berhenti mengingat kan saya....Saya memerlukan seseorang yang sebegitu untuk menyedarkan saya daripada terus terleka...

THANK YOU MR. SYED KHALEEL....I'LL ALWAYS REMEMBER YOUR ADVICES AND PLEASE DON'T STOP ADVICING ME....

Screen garis-garis....

Dah tak ada lagi...yeay....sekarang saya menggunakan screen computer baru.best-best & sangat suka. Tak pening-pening dah...

Monday, December 20, 2010

Dia Milikku

Di kala saya sedang membuat lecture notes, saya tetiba hilang interest. Hehehe... Jadi saya telah nekad untuk menghiburkan diri. Saya tertarik untuk mendengar lagu 'Dia Milikku' dari cerita Cinta Kirana...

"Semula ku tak tahu engkau juga, t'lah ingin memilikinya

Bukankahku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

Reff : Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Pergilah kamu jangan kau ganggu
Biarkan aku mendekatinya


Kamu tak akan mungkin
Mendapatkannya karena dia
Berikan aku pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi..ooo


Dia untuk aku
Bukankah belum pasti kamu juga kan jadi dengan dirinya
Dia yang menentukan, apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku


Reff2 : Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Lihatlah nanti, lihatlah saja
Biarkan aku mendekatinya


Kamu tak akan mungkin
Mendapatkannya karena dia
Berikan aku pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi


Kusarankan engkau mundur saja,,,ooo
(back to reff)"

Tolong saya...

Apa maksud kalau kat screen computer ada banyak garis-garis melintang? Screen tu nak rosak ke?

Garis-garis itu menyebabkan saya terasa amatlah mengganggu. Tapi saya tak faham kenapa dia jadi mcm tu. Nak kata jatuh...haruslah tak pernah kerana ia adalah monitor office. Dia terduduk cantik di atas meja...

Ermmmm...saya tak faham....

Sunday, December 19, 2010

Ini entry nasihat

1. Jangan pernah ada busuk hati dengan orang.
    Alasan: Apabila kita sakit hati aka busuk hati pada orang, semakin tak tenang dan gembira hidup kita. Rezeki manusia berbeza-beza. Setiap kejadian haruslah ada baik dan buruk.

2. Jangan pernah mengungkit bila buat kerja
    Alasan: Kalau buat kerja tak ikhlas...Rezeki pon akan tak berkat. Oleh itu, sentiasalah redha dan ikhlas melakukan kerja yang diberi.

3. Jangan pernah menanyakan kerja yang dilakukan oleh pihak lain (ie: eh apa yang si polan tu buat yer @ apa yer si polan buat untuk program ...)
    Alasan: Ini akan membawa kepada tidak ikhlas dalam diri. Lagi satu, usahlah persoalkan kerja yang dilakukan oleh pihak yang lain. Mana tau dia buat kerja lagi banyak daripada anda tapi tak pernah mengungkit dan 'show-off'.Jadi sapa yang dapat dosa? hehehe...

*** Yang penting untuk hidup kita dipermudahkan...Jangan lah pernah ada secebis perasaan dengki,busuk hati pada orang lain. Rezeki orang lain-lain.Lagi satu tolonglah ikhlaskan diri apabila buat kerja dan lakukan kerja yang diberi sebaik-baiknya. Bak kata orang perak "Jangan mengelat buat kerja". Sebab kalau kita tak ikhlas (ie: selalu berniat yang orang lain sentiasa nampak kerja kita tapi tak pernah ikhlas buat kerja, makin terpancar kesilapan kita)

Nasihat ini juga saya tuju pada diri saya sendiri. Peringatan yang penting nie.

IKHLAS BADA...IKHLAS BUAT KERJA...

Saya percaya Allah akan balas segala seikhlasan setiap manusia seadil-adilnya

Pengalaman

Kesibukan, kerisauan dan keseronokan akhirnya berakhir. Pengalaman bersama pelajar-pelajar EE/EP sangatlah tidak akan saya lupakan. Mereka adalah sangat 'fun'. Walaupun kami tidak banyak menang pingat emas, tetapi di setiap game pasti kami akan membawa pulang pingat.

'A very big clap for EE/EP team. They have doing their best. Injuries among the players have been increased throughout each game, but they never give up until the end of the game. They played the games with all their heart. I missed the moment. I miss their bravery.Thank you a lot students!!!!!' 

Proof of their bravery,deterministic and best...

* Walaupun EE/EP berada di tempat KETIGA, EE/EP tetap berada di hati saya.
**Jika bilangan pingat dijumlahkan, EE/EP adalah berada di tempat PERTAMA. (Saya fikir ini sudah cukup melambangkan kegigihan mereka....)

Go EE, Go EP, Go EE/EP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 17, 2010

3 more days to go

Yeap..yeap....finally...

Seriously i cant wait. I cant wait for my players (EE-EP team) to win more games. We have try our best. We have done our job so greatly. We have spent most of our time for practicing and we enjoy each our time together. Tomorrow and day after tomorrow are our day. And this is our second chance. Let's grab this opportunities yer...

xoxoxo

Kini


Saya kelihatan sangatlah tembam ketika ini.Pipi saya membulat dengan pesatnya. Tapi badan still kurus melidi (bak kata seorang hamba awak..saya adalah seorang kerempeng). Gambar ini adalah gambar yang paling terkini. Gambar ini diambil lebih kurang 20minit sebelum saya masuk untuk membentang conference paper. Tetapi ketika ini saya sangatlah tidak sihat. Seperti yang diketahui dan diberitahu sebelum ini, saya mengalami batuk yang sangat dahsyat sehingga mahu terkeluar anak tekak bila batuk. Maka, jika dilihat gambar di atas, kelihatan mata saya sangatlah sembap dan kelihatan jugak sapu tangan kanak-kanak.Namun untuk membentangkan paper, saya haruslah menguatkan badan agar kuat. Tak mau lembik-lembik waktu bentang paper. Dan alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada lebih kurang 3 soalan ditanyakan kepada saya. Semua soalan tersebut saya dapat menjawab dengan baik sekali. Alhamdulilah.

Saya berharap kesihatan saya akan kembali kepada asal selepas ini....Aminnnn...

Tuesday, December 14, 2010

....

Tekak saya sangatlah sakit.Saya batuk bagai mahu terkeluar anak tekak saya...and yang penting tekak saya sangatlah kering sehinggalah saya rs tak selesa walaupun saya dh minum air bergelen-gelen.

Do help me

Wednesday, December 8, 2010

December calendar ----> Fully booked

Previous weekend:- 4&5 Dec. 2010 ---- Morib (Teambuilding Program)

This coming week:
1. 11-13 December 2010 :- Muazam Shah (Kejohanan Sukan Mahasiswa;1st phase)
2. 18-19 December 2010 :- Bangi (Kejohanan Sukan Mahasiswa;2nd phase)

So...the only available weekend is on 25th-26th december 2010...

Huwaaaa....

I need rest...But I have to carry out my responsibilities...Go Bada!Go Bada!

Pengalaman yang manis dan indah

Tarikh:- 4 & 5 Disember 2010
Tempat:- Morib, Banting
Masa perjalanan:- 1 jam setengah

Pengalaman:-
-Pengalaman yang sangatlah baru
-Sangatlah enjoy and having ultimate fun
-paling penting saya belajar menangkap ikan menggunakan pukat tunda kot.Sehinggalah kaki saya digigit oleh binatang di dalam laut. Binatang apa? jangan tanya kerana saya sangatlah tak tau kerana air pantai itu sangatlah keruh
-Yang paling penting, saya yang sangatlah tak pernah bercamping belajar cara-cara bercamping dengan baik..tetapi saya ditempatkan di chalet yang ada air cond. So...feeling camping xada la sangat.
-Keadaan tempat...bestla jugak walaupun saya tak tahan kerana tempat itu tak membekalkan mineral water sehingga lah saya mendapat sakit tekak...
-Pengalaman yang sangat best:-Jalan kaki dari camp site ke pantai melalui paya bakau sambil berkaki ayam...You should try this...Best giler...Tapi ini mesti dibawah pengawasan orang yang hebat selok-belok tempat itu tau...

Akhir sekali...Saya sangat gembira disana walaupun akhirnya saya mendapat sakit. Maybe saya dalam keadaan terkejut lagi kot kena gigit ngan binatang laut tersebut. Pengalaman ini sangatlah beharga kepada saya. And students...you are soooo rox...miss u guys so much....

Tuesday, November 30, 2010

Bila semester bermula....

- habis suara sebab kena cakap kuat-kuat sebab kelas besar...
- sibuk sediakan material mengajar...

Semester saya bermula dengan indahnya walaupun baru pertama kali mengajar. Saya dapat pelajar yang baik-baik belaka...Dengar cakap...Tapi ada jugak yang suka sangat bercakap bila saya bercakap di depan. tapi saya tak nak marah sebab mungkin mereka boring dengar saya cakap dan penat. Plus introduction taklah penting sangat untuk final mereka...Takpe Bada...sabar...Wahai pelajar-pelajar yang suke cakap, jagalah nanti bila dah masuk chapter 2. Sebab nanti kamu kalau bercakap, confirm terlepas dengar banyak sangat perkara penting :) hehehe |(gelak jahat dari saya)|...

Kenangan yang terindah di kala bemulanya semester baru adalah pelajar-pelajar semester lepas datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih. Walaupun mereka tak mendapat A, tapi mereka bersyukur sangat...Saya kagum dengan mereka kerana mereka sangatlah berbudi bahasa dan mereka menyebabkan saya berasa puas hati. Puas hati kerana saya telah memberi impak positif kepada diri mereka. RASA SYUKUR di hati mereka...Walaupun tak mendapat A. Saya hampir menitiskan air mata kerana mereka sanggup datang ke ofis saya, tahan saya di tengah jalan hanya semata-mata hendak mengucapkan terima kasih. "Terima kasih cik sebab banyak tolong kami belajar"...huhuhu...saya sungguh terharu...

Thursday, November 11, 2010

Akhirnya saya dapat surat cinta itu

Alhamdulilah

Surat cinta yang saya teramat-amat nanti-nantikan sudah berada di tangan. Alhamdulilah. Saya masih dalam keadaan tak percaya. Saya berharap surat cinta itu sampai dalam bulan hadapan (waktu semester baru dah bermula). Tetapi Allah Maha Berkuasa dan Mengetahui bahawa saya sangatlah gelisah menantikan surat tersebut. Saya sangatlah bersyukur. Saya percaya...kalau rezeki itu sememangnya milik saya, ia tak akan ke mana-mana.Alhamdulilah

Wednesday, November 3, 2010

Apabila...

Kedua-dua nya adalah kesayangan saya. Bila saya lebihkan yang ..., pasti yang ... terasa hati. Kedua-duanya adalah sangat penting bagi saya. Saya harus memikirkan jalan dan cara yang terbaik untuk membahagiakan kedua-duanya. Pada ketika ini saya masih mampu mempertahankan kedua-duanya walaupun saya berada dalam keadaan yang tertekan...walaupun mungkin saya menangis di dalam hati. Tapi tak apa..tiada siapa pun yang akan tahu apa yang saya tanggung. Dan saya akan pastikan tiada siapa pun yang terluka atau bekecil hati kerana saya tahu saya akan membuat keputusan yang mengembirakan dan akan mempertahankan kedua-duanya. Saya cinta dan sayang kedua-duanya.

Disaat saya bertempur perasaan dan kesedihan....ada yang mengembirakan saya. Tak sangka saya seseorang telah membuatkan saya kembali yakin. Dia membuatkan saya percaya dan mengembalikan ingatan saya bahawa saya seorang yang kuat semangat. Dia menyatakan rasa bertuahnya dia mempunyai seorang pelajar yang terlampau rajin tetapi sentiasa merendahkan diri di hadapan lecturer-lecturer yang lain...Pada mulanya saya tidaklah memberi perhatian sangat memandangkan saya sedang memikirkan solution yang terbaik. Tetiba seseorang itu menyebut nama saya "The student is Badariah..."..Saya sangatlah terkejut. Apakah...Di waktu itu juga saya menjadi center of attraction and attention...

Kemudian saya pun dengan tersipu-sipunya menjawab "I'm working hard because i know i'm not an intelligent and smart student. So...the only way i can do is working hard"...

Selepas itu saya mula mendapat satu keyakinan iaitu berusaha kuat mempertahankan kedua-duanya. Saya sayang dan cinta kedua-duanya (saya ulang ayat ini kerana saya tak akan mengalah untuk mencari jalan yang terbaik).

Saya berharap saya dapat melalui ujian Allah ini. Saya mohon saya kuat untuk melalui ujian ini...AMINNNN

Tuesday, November 2, 2010

Bila students dah abis exam...

Saya pula sibuk buat ......
-
-
-
-
-
-
-
-
PAPER
Sediakan materials untuk semester hadapan

Sibuk macam lebah la konon-konon...


Tapi bermula dari hari Khamis nie, saya dah bermula coti sampai hari selasa minggu hadapan...
Coti untuk pulang ke kampung halaman...

Maka tiada yang akan dicoretkan di muka blog nie.

Kekalau tetiba rajin nak memblog,saya akan terus mendapatkan lappy yer =) Bye! Chao Chin Chau....

Friday, October 29, 2010

If...

If my beloved students follow and read my blog...of course they know that i'm really love them. I want them to pass my paper. Whatever grade they are going to get, i accept...But as long as they can do and answer all the questions...thats enough for me.


-
-
-
-
-
-
-
Insyaallah...Your good and great effort, doa and tawakal will help you...Dont worry...




Thursday, October 28, 2010

Perasaan

Kepada Diari hati saya;

Saya rasa saya sedang merindui seseorang. Saya sangat rindu orang itu... Setiap masa saya teringatkan seseorang itu. Rasa rindu saya menyebabkan saya rasa bagai hati saya mahu jatuh ke tanah. Macam mana la saya nak buat hati saya kembali ke fasa yang neutral sangat. Saya tahu saya dah lama tak rasa perasaan begini. Adoi...sakit rindu kat hati saya dah nak pindah ke jantung plak...huhuhu...Jantung saya plak nak jatuh...Macam mana nie. Wahai hati...kembali ke fasa neutral semula yer...tak baik perasan sesorang...

Daripada...
Hati 

Wednesday, October 27, 2010

Who loves you?


ALLAH never STOP loving me..Only me...sometimes forget to love and remember ALLAH...



Ayah and Mak : The person who always support and care for me...


Sisters : The power of sisters!!!They always be there for me


Friends : Always be with me ... Love u so much guys....
(Ni banyak sangat kawan..Nak letak takut tak muat..Cuma nak cakap 'Thank you for being a wonderful,caring and sweet friends..')

Being a Teacher

When its come to final exam, i perasan feel like i am a famous teacher in my place (tolongla jangan perasan yer cik bada..=) ). Why??? The students keep coming to my office due to below reasons:-
1. My subject is a toughest subject in EE subjects.
2. Difficult for students to understand.
3. Lack of confidence among students to answer the questions.
4. Confuse aka misconcept aka cant remember the fundamental knowledge (takpe saya faham. dulu-dulu saya pon macam tu.)
5. MINTAK TIPS.... Hahaha.. A special tips from me .. Study Hard yer =)...

For my beloved students;
"I tak kisah kalau korang nak datang hari-hari ke office I. I tak kisah kalau I ulang benda yang sama sahaja bila korang tak faham... I tak kisah suara I yang nyaring ni jadi garau sebab cakap banyak...I jugak tak kisah kalau korang nak duduk kat office I dari pagi sampai petang. Asalkan korang faham apa yang I ajar, apa yang I terangkan dan apa yang I prepare untuk korang...Sebab lulus dan gagalnya korang untuk subject ini adalah datang dari ALLAH, I dan effort korang."

But i'll never stop to teach you...my students. I know if you fail my subject, you can't take final year project. So by hook,by crook, you have to make sure you score high for my subject...And i'm here to help you..even i'm sick i'll always in my office to teach you...



 

Sunday, October 24, 2010

Baby besar...

Saya telah kembali ke zaman baby-baby. Ni semua gara-gara dah masuk 4 hari perut saya tak boleh terima nasi..Dahla saya ni peminat nasi n perut melayu plak tu. Tapi sekarang...saya masuk je nasi dalam tekak, sure tekak saya rasa tak best n akhirnya saya muntah. Apakah yang jadi pada perut saya... Untuk menampung kelaparan nasi, saya makan lah bubur nasi (tetiba ada feeling-feeling baby..)...

Saya berharap semuanya akan berakhir dengan segera.
Saya mahu makan nasi...

Friday, October 22, 2010

PRIORITY

Priority...

Is a big word in human's life...

Why ????

In life, you should know your own priority (important thing MUST come first!!!!)

If you live in the un-priotizing world...everything will goes up and down...

All genders MUST applied this 'P' word in their life.

I myself know its hard for us to priotize the things. We as a human tend to think that everything in this world is really important. We somehow always forget that there MUST be a single thing that really important to us....

Between STUDY and WORK ...

Student-cum-full-time worker will always come across to this problem. This happened when they don't know how to differentiate their life as a student and worker. I myself also sometimes feel uncomfortable with this situation. So...
 WHAT I DO IS...
I will let myself to think about this matter very deeply. In my case, of course FUTURE is my priority. When i choose FUTURE as the most priority thing, its mean that i'll push my hardwork more on studies than work. But as a loyal worker, i still did my responsibilities.

For this...you've to be strong enough..Sometimes you MUST occupied your 24-hour/day with work and studies. It doesnt matter because insyaallah you'll receive a GREAT pleasure for yourself..

If you cant do thisalone...Do get a piece of advice from the people that you know (whom had came across to this situation). It's really helpful. Believe me....  

 Nice picture that may help you.... :)



Friday, October 15, 2010

Duit atau Nyawa

Tersebutlah kisahhhhhhh ...
Saya sebenarnya masih dalam keadaan terkejut...Waktu menulis ini pon tangan saya masih mengigil...Kenapa?
         Hari ini adalah hari yang mana saya harus membuat keputusan untuk memilih sama ada duit atau nyawa. Dan keputusannya haruslah NYAWA. Jika saya masih buat tak tahu kepada keadaan tayar kereta saya, mungkin nyawa saya akan melayang meninggalkan dunia ini. Sesuatu pelajaran yang juga saya pelajari pada hari ini. TAYAR dan BREK kereta bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main. Kerosakan kedua-dua objek ini akan menyebabkan nyawa kita berada di hujung tanduk. (Wahai pemandu-pemandu wanita, saya nasihatkan jangan pandang ringan kepada kedua-dua tayar dan brek kereta.)

Seperti biasa saya lansung tidak mengambil berat akan kesihatan kereta saya. Yang saya tahu hanyalah pandu saja kereta saya (tapi saya hanya mengambil berat pasal enjin kereta sahaja.Kiranya taklah loser sangat kan.=) )... Tapi malam tadi saya terdetik untuk berjumpa doktor tayar =)... Tapi sebelum pergi, saya haruslah mendapatkan nasihat daripada kawan-kawan kerja saya agar saya tidak ditipu. Maklumlah perempuan kan selalu ditipu oleh pakar-pakar kereta nie. Dan...YES!!!!....Tayar kereta saya memanglah bermasalah...Tayar saya telah botak dengan licinnya.

Maka saya telah membuat keputusan untuk berjumpa doktor tayar secara seorang diri (sambil ditemani dengan nasihat ayah yang saya telefon sewaktu dalam pejalanan. Thanx ayah sebab tenangkan hati saya yang sangat risau) dan hati yang penuh harapan agar doktor tayar tidak menipu saya. Nasib saya sangatlah baik hari ini. Mungkin berkat doa dan nasihat ayah yang suruh saya kelihatan konfiden agar tidak ditipu. (Ayah juga sempat bagi ilmu tayar kereta skit. Ayah takut anak perempuan dia yang comel ni kena tipu).

Hasilnya...Memang saya tidak ditipu...Kenapa?????Saya senaraikan yer sebab-sebabnya:-
1. Tayar kereta saya sememang sudah expired. Tayar pun ada expired date tau...Maka terdapat gelembung-gelembung di tayar-tayar saya. Patutlah apabila saya memandu saya dapat rasa yang kereta saya beralun-alun. Tak stabil.
2. Tayar saya sudah sangatlah botak...
3. Kerana peristiwa langgar lubang yang besar suatu ketika dahulu yang telah menyebabkan tayar kereta saya pecah...Chamber belah kiri kereta saya bengkok. Maka...Ia perlu ditukar tapi harus ditukar dengan belah kanan sekali...Melayang RM90... =( Apa nak buat...Patutlah sebelum nie even baru buat balancing, kereta saya masih macam tak balance saja..Asyik nak ke kiri-kiri je...Menakutkan....

Untuk semua alasan di atas saya telah melabur RM690. Sungguh banyak hasil pelaburan. Tetapi bila difikirkan keselamatan nyawa, saya redha...

Saya juga dinasihatkan oleh doktor tayar itu..."Amoi...Make sure setiap 10,000km, datang ke kedai tayar semula untuk mengubah position tayar (tayar depan gi belakang, tayar belakang datang depan...). Ini untuk jaga health tayar..." ....Saya akan ingat nasihat doktor tayar itu...Saya sayang nyawa saya...

Wednesday, October 6, 2010

Never say NO to....

Always think before you talk

WHY????

Because sometimes people might think about it differently

Because sometimes people might take it ... as a negative feedback

Because sometimes people think we're trying to put them down

Because sometimes people can't accept the way we think

Because sometimes we could hurting others feeling too

SO....Before you talk;

Always think deeper ...

Don't always think that people will always accept your WORDS


Its a new thing i just learn yesterday. And i really appreciate this new lesson which somehow changed my life. If you're really know me, you might think me as 'Mulut Celupar'. I always speak out my mind and sometimes its hurt others feeling.

I'm HURTING OTHERS FEELING???
  YES!!! Its true that YESTERDAY i'm hurting others feeling.
-
-
-
-
-
-
So...Lesson of a day....Think Deeply before you TALK





To my dearest....I'm really sorry about yesterday.Thank you for helping me to change my bad attitude. I hope you'll never stop advicing me to be a better person. THANK YOU SO MUCHHHHH!!!!!


                     


Alone...

TODAY, my sister will going back to her college. Thats mean i'm alone again. =(. huhuhu

For my lovely, cute and beautiful sister, Ella;
            Good luck in your presentation and exam...Take care of yourself...

From your sister;
Along

Tuesday, October 5, 2010

Puding Gula Hangus

Aktiviti di hari ahad adalah aktiviti masak memasak. Dan projek masak memasak adalah dimulakan dengan memasak FRENCH TOAST dan diakhiri dengan memasak PUDING GULA HANGUS. Cik Bada terlupa untuk mengambil gambar french toast berkenaan. Hanya gambar puding sahaja ingat diambil.

Puding ini dimasak atas permintaan adik untuk belajar. Dan adik saya jugalah yang rajin untuk memblendkan bahan-bahan dan mengacau gula di dalam periuk. Cik Bada hanya memberi arahan dan melakukan kerja-kerja pengukusan. Rajinkan adik saya =). OKla...Mari kita mencuci mata melihat puding gula hangus hasil air tangan adik Cik Bada dan Kukusan Cik Bada...



Wah sungguhlah terliur...Cik Bada nak gi makan puding dulu la...

Chaao Chin Chau...=)

Saturday, October 2, 2010

Asian Universities Build & Break Competition 2010 [2 Oktober 2010]

Kepada Diari Saya;

Akhirnya AUBBC2010 sampai dipehujungnya. Semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada serba sedikit kelam kelibut tetapi para volunteers dan orang-orang bahagian pendaftaran berjaya mengatasi segala masalah dengan jayanya. Tahniah kepada Betty! Begitu juga pada yang lain-lainnya...Alliyah,Megat,Shuhairy,Prem,Prajindra,Kak Shima,Dr.Kamal dan of course Bada...hehe :). Disebalik kejayaan program ini pastinya ada pelbagai pahit-maung. Antaranya adalah penyediaan Corporate Shirt, T-Shirt, lanyard dan nametag. Ini semua telah dipertanggungjawabkan oleh Dr.Kamal kepada saya & Prem. Banyak yang telah kami tempuh. Sehinggakan hampir hilang jugalah kesabaran dibuatnya. Dek kerana hilangnya kesabaran, seseorang yang asyik membuli kami telah saya marah & alhamdulillah insan berkenaan sudah tak berani nak buli-buli kami. Maka, jangan pandang rendah tau pada saya yang garang bak singa betina..hehe...Mari kite jamu mata tengok gambar yer...

Waktu ni baru pukul 7.20am.Bangun tido..Mandi...bersiap..Dan terus bawa students dari UNIMAS beli breakfast.

Saya & Alliyah...Waktu ni kami menyibuk untuk menyambut tetamu.

Ini di waktu opening ceremony. Gambar ini saya nak tunjukkan betapa cantiknya banner dan susunan pentas. PERFECT!

Saya & Betty..Di kala saya menyibuk di registration counter plak..hehe
Betty ini selalu tersenyum walaupun dia tgh tertekan, dan kene tekan aka buli la oleh orang lain.Sangatlah penyabar Betty ini. Kalau saya kat tempat Betty..alamat masak la pembuli itu...

Saya & Prem...Tulang belakang untuk penyediaan Corporate Shirt, T-shirt, Lanyard dan nametag.

 Prem & Megat

Friday, October 1, 2010

Kembang Perut

Hari Jumaat adalah hari untuk mengembangkan perut. Di tambahkan pulak ada jamuan makan-makan. Walaupun banyak sangat trgedi sedih+sakit hati+geram+rasa nak pukul orang, tetapi jamuan tadi amat mengembirakan hati saya. saya hampir terlupa yang sebenarnya saya mempunyai masalah yang perlu diselesaikan hari ini juga...

Di kala makan-makan itu, seharusnya adalah aksi-aksi gedik menghiasi dada-dada gambar. Tapi tak kisah...asalkan saya gembira. Gambar adalah di FB...maybe kalau saya rajin saya letakkan kat sini yer..

Wednesday, September 29, 2010

Yippie..

The 1st batch of corporate shirt for the BB competition is on the way...Yeayyyyy....

The 2nd batch of them will be delivered insyaallah by tomorrow evening...

Great job Mr. Ghazali.[vendor dari GHM Services]
(Encik ini sangatlah baik kerana sentiasa memberi follow-up kepada saya n prem tentang perkembangan kerja mereka.)


Sekarang bila berita gembira itu sampai, kerisauan lain plak yang datang.
1. Adakah mereka meletak logo di tempat yg betul.
2. Adakah corporate shirt mengikut spesifikasi yang saya n prem bagi
3. Harapan saya mereka tidak melakukan sebarang kesilapan kerana kekadang kerja-kerja yang terlalu laju  @ perkara yang dilakukan dalam masa yang singkat, ada saje yang tak kena.

Adoi...berdebar-debar plak hati saya...sho sho pergi jauh jauh yer hati yang risau...Sebabnya hati saya tak boleh risau. Nanti semua kerja saya tak menjadi.

Tuesday, September 28, 2010

Sedang di zon berfikir

Saya sedang terfikir untuk menukarkan 'sesuatu' kepada 'sesuatu'. Tetapi adakah 'sesuatu' itu keperluan atau kemahuan. Saya sudah lama terfikir. Kalau diikutkan ia hanyalah suatu kemahuan. Keperluan? Tidaklah sangat kerana saya telah mempunyainya dan masih dalam keadaan yang sangat sihat walafiat...

Patutkah saya berfikir dengan lebih lanjut tentang 'sesuatu' itu. Wah penat lak plak bercakap menggunakan kata nama sesuatu. Biar saya pendekkan cerita la..Saya terfikir untuk menukar kereta baru..tapi kereta saya masih dalam keadaan sihat cuma terdapat tanda geselan dan sesungguhnya kereta saya itu tak ada power stering. Di saat saya dapat berfikir dalam keadaan waras, saya sayang kereta saya ini...Kerana kereta itu yang bawa saya ke sana-sini. Saya sayang kereta ini kerana kereta ini sangat berjasa kepada saya. lagipon kereta saya ini tak pernah sekali buat perangai meragam. Saya jelah yang selalu sedihkan kereta ini kerana saya sangat pemalas untuk membasuh kereta. Lagipon jugak kereta ini bulan2nya boleh dikira murah lagi. Maka saya tak perlu menghabiskan duit saya begitu sahaja dan juga sangatlah jimat minyak.Saya sangat suka. Tetapi kerana kekurangan nya yang tidak mempunyai power stering saya terfikir untuk mempunyai kereta baru.

Sudahlah...saya tak mahu membebel lagi pasal nie. Sesungguhnya saya mungkin tak waras untuk berfikir. Lagipon saya sepatutnya memikirkan untuk menyimpan duit untuk beli rumah tapi saya boleh fikir nak tukar kereta baru. Sangatlah tak waras. OKLA...saya patut lebih waras berfikir. Perlu lebih pertimbangan... Kalau ada lebihan duit mungkin saya akan buat penilaian semula kot.

Bada...Jangan buat keputusan terburu-buru...Simpan duit pegi beli rumah..Jangan membazir.(Nasihat saya untuk diri sendiri) 

Friday, September 24, 2010

AWAY...

Pulang semula ke kampung halaman...
Kali ini...saya akan memandu kereta VIVA saya yang comel dan telah digesel oleh kerete putih yang pemandu kerete berkenaan tidak meninggalkan apa-apa notes.huhu...

Setiap kali pulang ke kampung, haruslah ada agenda / motif yang perlu diselesaikan...
Dan berikut adalah motif kepulangan saya ke kampung.
Motif:
a. hadiri majlis kahwin Intan and Marina (Sabtu)
b. hari Ahad, teman mak gi wedding anak kawannya.
c. Ad-hoc agenda:- Tolong mak handle open-house untuk kawan-kawannya

Jika dilihat kepada program...rasanya tak ada waktu untuk berehat melainkan malam iaitu waktu tidur....

Semoga saya selamat sampai ke kampung halaman...

OKLA...chao cin cau...:)

Monday, September 20, 2010

Saya kagum

Jika saya berada ditempat kawan saya adakah saya mampu berbuat sedemikian...belajar,ibu kepada seorang anak yang sedang membesar,berjauhan dengan suami (nun jauh di utara)...Tetapi kawan saya ini sangatlah wanita yang tabah. Saya tahu ketabahannya adalah terselindung di sebalik keceriaan,kecomelan anaknya. Mana tidaknya,anaknya sangatlah ceria. Apabila pegang saja baby tu, hilang segala rasa sedih dan tekanan. Mungkin itulah yang menjadi sumber kekuatan kawan saya.

Kawan saya ini sangat boleh dijadikan contoh wanita tabah. Sesungguhnya ilmu agamanya sangat lah kuat untuk menjadikannya seorang yang redha dan ikhlas dengan kehidupannya. Bayangkan dari awal kehamilan sehinggalah ke saat mahu bersalin, hari-hari kawan saya ini dilalui berseorangan dan hanya di hujung minggu suaminya akan pulang (namun kawan saya ini sangat bertuah kerana dia mempunyai kawan yang sangat supportive). Saya masih ingat, di saat sarat mengandung, saya dan kawan saya ini ditugaskan untuk membuat tempahan shirt untuk program department. Kawan saya masih aktif dan kuat untuk menyiapkan tugasan itu. Bila saya tanya, dia hanya menjawab apa yang dia lakukan baik & memudahkan proses dia bersalin (bayangkan dia masih kuat berjalan dan sangat aktif seperti org tak mengandung pulak. Saya pulak waktu tu dah pancit separuh jalan hehehe).

Kemudian...kawan saya ini bersalin dan lahirlah seorang baby yang sangatlah comel. Bukan sahaja comel, baby itu bolehlah dikelaskan sebagai baby yang sangat cheeky. Kawan saya ini membesarkan baby beseorangan tetapi saya tahu setiap minggu suaminya pasti pulang. Saya tahu keceriaan baby itu membuatkan hari dia ceria dan kuat serta tabah menghadapi hari-harinya.

Andai saya ditempatnya..adakah saya mampu menghadapi semuanya. SAYA SANGATLAH KAGUM...Kehidupan kawan saya ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada kehidupan saya. Saya mahu menjadi seorang yang tabah...ceria...dan sentiasa redha dan ikhlas menghadapi cubaan hidup. Kisah kawan saya sebenarnya boleh menjadi contoh semua...jadi sebagai wanita...kita haruslah besedia menghadapi segala dugaan hidup...dan sentiasa redha dan ikhlas dengan segalanya...


Worry Attack!!!!

The Build & Break Competition is just around the corner (2nd Ovtober 2010)...

BUT...the Corporate Shirt, T-shirt and lanyard are not ready yet... I'm so worry... I know its not our mistake...We (Prem & me) have done the job so greatly... We did our best... Everybody keep pointing their fingers to us...

Ya Allah permudahkan segalaNya buat hambamu ni...

Ya Allah lapangkan hatiku...Tenangkan hati&perasaanku...

Tuesday, September 7, 2010

Boleh balik raya dengan gembira...

Yeaaa...semua markah students untuk subjek DSP & measurement lab sudah di enter...Alhamdulillah. Maka, saya boleh pulang beraya dengan gembiranya... Solution test jugak dah saya photostat. Itu pun saya hanya photostat pada yang attend lecture class. hehe..gile kejam kan saya ni. Tapi saya rasa tindakan saya tepat untuk beri pengajaran pada students yang tak datang lecture class. Kalau sentiasa datang tutorial class je tak cukup adik-adik oii untuk dapat A atau B untuk subjek DSP.

Setelah cuti habis, saya haruslah:-
1. Photostat students assesment plak untuk tujuan accrediation. (nie keje yang paling malas&leceh sbb kene select best, medium and poor assesments)
2. Lebih tekun mengajar
3. Maybe kene start prepare material untuk next semester ...

Tapi buat masa sekarang, sudah masanya saya bergembira sebentar. Liat kot saya nak marking keje-keje students ni. Akhirnya siap jugak...

BIG CLAP TO ME ... YEAAAAA!

Monday, September 6, 2010

Hadiah hari raya aidilfitri

Waaaa....saya terima hadiah sempena hari raya ini...

Tapi saya tak gembira dengan hadiah nie. Saya benci ngan hadiah ini....


Hadiah yang memang saya benci adalah:-

Kereta saya telah digesel oleh seorang makhluk Allah & geseren itu adalah panjang...Nasib kene kat bontot kereta.Kalau kat badan kereta adalah saya menangis terguling-guling. Apa yang pasti kereta tersebut adalah berwarna putih kerana cat kereta berkenaan melekat pada kereta saya...

Waaa....Sian Katak Hijau saya....

Sunday, September 5, 2010

Cubaan pertama masak Puding Caramel

Inilah cubaan pertama saya masak Puding Caramel...Kenapa rajin sangat? Ini kerana tetiba aura nak mencuba memasak puding itu tetiba datang...dan sesungguhnya peralatan saya sungguhlah tidak mencukupi.Apa yang ada itulah saya bubuh. Harap maaf...

Untuk memasak ini, saya telah menelefon Ros (yang sungguh rajin memasak) untuk resepi dan cara memasak. Namun, resepi Pn. Ros ini saya ubah sedikit antaranya; saya hanya menggunakan 6 biji telur instead of 8 biji kerana telur saya sangatlah besar. Saya selalu beli telor yang besar..hehehe... Kemudian saya tidak membubuh esen vanilla. Alasan, rumah saya tak ada benda itu. Jadi saya sertakan resepi puding karamel saya yang serba kekurangan...hehe

Untuk Gula Hangus:

1. Secawan Gula - Gula saya cairkan dengan api yang sangat perlahan. Kacau sehingga hancur.
2. Secawan air - Apabila gula sudah mencair, air dibubuh untuk mencairkan gula yang likat sebelum ini.

* Setelah cair, transfer gula tersebut ke dalam loyang. Sejukkan gula tersebut.

Untuk puding:

1. 6 biji telur (jika telur itu besar). Bagi telur yang bersaiz kecil, 8 biji telur digunakan.
2. 1 tin susu Ideal
3. 1 tin air
4. 2 sudu esen vanilla. (Ni kalau ada. Saya takde...maka saya tak guna)

* Bahan-bahan atas di blend @ gunakan mixer untuk mencampurkan bahan-bahan di atas.

Kemudian kukus gula+puding di atas mengunakan pengukus. Jika menggunakan pengukus, puding anda boleh siap dalam masa 30 minit. Tetapi saya menggunakan;

Tadaaaaa.....
(Tolong maafkan saya & sila jangan menjerit..hehehe). Ini kerana saya tidak mempunyai pengukus. Maka, saya perlu beli nie...


Oh..lama sungguh saya tunggu..kerana tadi saya tengok tak masak lagi...dan saya telah menambah air kerana air sudah semakin berkurangan..

Dan keputusannya:-

TUNGGU....
*
*
*
*
*
Nanti saya letak yer...Puding tu tak siap lagi...Al-maklumlah...:)

Saturday, September 4, 2010

I just can't wait

Recently, there are a few things that make me become so unpatient ... It's all about my career development, self improvement and the most unpatient moment is GOING BACK TO MY HOMETOWN.

I'm waiting for :-
1. The acceptance of my submitted paper
2. Annual Bonus :)
3. Confirmation as a lecturer

Hopefully everything will goes fine... Insyaallah ...

Friday, September 3, 2010

I LOVE ...

Saya sudah jatuh cinta!

I
       

:: My new life :: Full with Happiness. Surrounded with the good people. Full with love. Surrounded with the people that love me so much.

    :: My new latest gadget :: Nokia E5 Handphone

:: My obsession :: Perfumes

     :: My Job ::

Alhamdulillah...Segalanya telah dipermudahkan Allah untuk saya. Segalanya bermula apabila saya bersungguh-sungguh berusaha untuk memajukan diri sendiri, tidak lagi mahu menoleh ke belakang. Di samping itu, saya teramat yakin dengan kuasa Allah yang mana segala pekerjaan yang saya lakukan hanyalah untuk mendapatkan keredhaanNya dan juga penuh tawakal kepadanya.

Wednesday, September 1, 2010

.P.A.N.A.S.P.A.N.A.S.

Seseorang dah buat saya panas...
*
*
*
Tak habis-habis makhluk Allah tue buat orang panas. "Ko tak dapat sambar orang lain...ko kenakan aku yer"...Takper-takper...
*
*
*
Disaat-saat tengah panas ini, saya terfikir alangkah bestnya kalau saya ni NAGA BERAPI. Dah lama saya hambur api kat makhluk Allah nie..

Nasib sekarang bulan ramadhan yang ajar saya supaya bersabar. Tapi tunggulah esok. Mulut saya akan pantas berkata-kata. Esok akan saya dengar apa alasan makhluk Allah tu...

Tuesday, August 31, 2010

Buka puasa

Aktiviti saya pada hari sabtu minggu lepas sangatlah penuh. Hari saya bermula dari pagi sehingga lah malam. Hehehe... Kenapa? Saya telah berjaya menghabiskan duit untuk shopping-mopping... hehehe... banyak juga baju dan seluar yang berjaya saya sambar. Tapi saya suka... Ketika itu sangatlah ramai manusia sehingga saya hilang mood dan hampir marah-marah. Sesungguhnya sabar itu separuh daripada iman. Di dalam ramai-ramai manusia itu, saya masih mampu menyambar baju dan seluar kan...Dasar minah suka shopping kan...pantang nampak sume nak sambar...

Untuk berbuka puasa, saya bersama kawan saya telah bersepakat untuk berbuka di Cyberjaya yang tempat itu ada sebuah restoran makanan Arab yang sedap. Maka, sepantas kilat kereta saya dipandu untuk ke sana. Malangnya, apabila tiba di sana restoran makanan Arab itu telah penuh...Hanya buffet saya yang still ada ruang...itu pun satu kepala berharga RM35...

Namun setelah difikirkan, perut saya tidaklah mampu nak disumbat makanan yang banyak...Seperti mana yang kita tau, apabila dikaitkan dengan buffet, anda haruslah mengembangkan perut anda untuk diisikan makanan sebanyak-banyaknya... Tetapi perut saya bukanlah jenis itu. Saya memang kuat makan, tetapi untuk perut saya dikembang dan disumbatkan makanan dengan kadar segera, itu bukan saya... Saya sejenis makhluk Allah yang makan sikit-sikt tetapi banyak kali...

Maka, saya dan rakan mencari kedai lain untuk berbuka puasa. Alhamdulilah...kami jumpa satu lagi kedai...Dan kedai itu adalah kedai makanan Iran. Kedai itu bernama Restoran Ariana...Masuk di restoran itu, saya dapat rasakan keselesaan di restoran berkenaan. Bersih, tenang dan damai... Banyak pilihan makanan daripada Iran ditawarkan...Tetapi yang pelik tak ramai orang yang masuk ke restoran berkenaan. Adakah tidak sedap? Namun saya dan rakan bertawakal masuk ke restoran berkenaan dengan harapan makanan di restoran itu sedap.


Saya sedang befikir nak makan apa..sambil tu risau gak kekalau makanan tak sedap

Tepat jam 7.30mlm, kami pun berbuka puasa. Alhamdulilah makanan sangat sedap&bersesuaian dengan harganya. Saya sangat berpuas hati... tetapi, nasinya sangat la banyak sehingga saya meminta pelayan restoran itu bungkuskan ia. Saya terlupa untuk mengambil gmbar makanan tersebut kerana saya sudah tidak sabar untuk makan...hehehe..Nanti bila saya pegi tempat tu lagi, saya akan ambil gmbar makanan itu yer...


Muka yang sangat berpuas hati setelah makanan di order...Kini muka berpuas hati ini sedang tunggu waktu berbuka untuk makan...

Selamat berbuka kawan-kawan!

Monday, August 30, 2010

Family Potrait...

Kali ini baru lengkap kami sekeluarga...Selalunye mesti ada yang lompong. Potrait ini di ambil ketika hari MASTER convocation saya. Potrait tersebut nampak sangat cantik...maka mari yer melihat;

Here we are...

Me...

Sungguh merahkan baju&tudung saya.
Tapi....
*
*
*
*
*
*
Saya sayang family saya sangat-sangat...
*
*
*
*
*
*
*
Sesiapa yang berani kacau family saya saya pukul nanti...hehehe...macam gangster plak nak pukul orang kan..hehehe 




Saturday, August 28, 2010

Tangan

Ingat tak post yang sebelum ini mengatakan saya hendak menceritakan sesuatu berkaitan majlis iftar dengan pelajar. Maka ... inilah ceritanya.

Kesan terkena wap dari periuk

Inilah kesan terkena wap daripada lauk (daging kurma) yang sedang gelegak dimasak. Pada ketika itu, tangan saya hanyalah bewarna merah..dan saya tak sangka ia akan menjadi seperti ini. Dan ketika ini, kesan itu adalah sangat gatal&sakit apabila ditekan. Mungkin ini adalah kesan tinggalan sejarah daripada memasak..hehehe.

Di kala sibuk memasak, hanya seorang saja pelajar yang turn out ketika gotong royong. Padahal perkara ini telah diberitahu bahawa penyediaan makanan adalah secara gotong-royong. Namun tidak tahu di mana silapnye seorang je yang datang. Maka, saya biarkan saja kerana bagi saya kami (residen murni) sudah ramai untuk membantu Ketua Chef kami untuk masak juadah berbuka puasa.

Ketika itu saya menyimpan harapan agar pelajar2 tersebut akan membantu ketika untuk mengemas. Namun..hanya seorang saja yang membantu mengemas. Di manakah yang lain? Mereka hanya datang untuk makan sahaja. Ini sungguh mendatangkan perasaan yang sangat sedih di hati saya. Saya bukan BALACI mereka. Sediakan makanan & kemaskan untuk mereka. Di manakah sifat kemanusiaan mereka. Sanggup mereka buat kami begitu..Dahla esok kami kerja. Adoi

Saya bukanlah merungut tetapi saya hanya terfikir dimanakah rasa hormat&kemanusiaan mereka.

Friday, August 27, 2010

Let me introduce ... MY ....

The person :-

Who always be with me ... Behind of my success ...The great motivator


Always bring the happiness in my life ...


Always support me ..... When my life is so down ... Full of frustation and sadness


Distance is the barrier between us ...


But we always get connected by a small device ... HANDPHONE


The person are .....



My lovely sister ... Adik


My beautiful sister ... Angah


My lovely .... Ayah & Mak


Ayah and Mak again ...


And finally ... ME ... (harus ada untuk memcapap..hehe)

I LOVE THEM SO MUCH ...


Thursday, August 26, 2010

Minggu yang super duper busy

Kesibukan kerja yang berlambak sehingga meja di ofis semak sampai cari barang pun confirm tak jumpa&klu ada 'mickey mouse' pun haruslah tuan punye meja tak sedar...hahaha..(bunyi macam merungut pun ada kan...Minta maaf kerja..). Kesibukan menjadikan saya menjadi terlalu penat sampai tertido tak sedarkan diri. Di post yang sebelum ini, hampir keseluruhan checklist telah selesai...Antaranya:-
1. 1 paper dah dihantar ke IEEE conference...Hanya tinggal 1 lagi untuk diselesaikan. (Alhamdullilah)
2. Lanyard, t-shirt ---- dah di hantar tender. Tunggu keputusan saja (Alhamdulillah)
3. Nametag --- dah siap print & hanya tunggu untuk dipotong dan dimasukkan ke dalam nametag poket (Best-best)
4. Kutip duit untuk majlis iftar ---- sebenarnya ini dah lama selesai dan majlis itu telah berjalan dengan lancarnya. Tapi ada cerita disebaliknya....Ini saya akan story-mory later ok...
5. Saya sudah jumpa Dr. Farukh untuk membincangkan tentang Tomography. Namun, saya dapati field ini sangatlah di luar kepakaran bidang saya. Saya harus terus gigih mencari research field saya lagi... (Maka..tugasan ini diletakkan sebagai tidak selesai)
6. Tugasan yang sentiasa tidak selesai...MARKING ASSIGNMENT, LAB REPORT

Dari checklist segalanya saya siapkan dalam minggu ini juga (kecuali untuk pencarian research field ngan marking)...GREAT JOB BADA...GO BADA GO BADA...hehe

Friday, August 20, 2010

Saya BANGGA kerana HIDUP saya sangat GEMBIRA

Perasaan bahagia, gembira datang apabila kita dikelilingi oleh orang yang benar-benar menyayangi diri kita. Begitu juga dengan saya. Saya sangat gembira apabila saya telah temui kegembiraan yang diimpikan. Kegembiraan itu datang apabila saya disayangi oleh mereka yang bernama MAK,AYAH dan KAWAN BAIK SAYA. Tetapi malam ini saya mahu menekankan bahawa saya BANGGA & GEMBIRA mempunyai seorang AYAH yang sangat baik, memahami, tempat saya untuk meluahkan masalah dan menjadi sumber inspirasi kehidupan dan kejayaan saya. MAK saya sememangnya tulang belakang kehidupan saya...tetapi pada hari ini saya berasa terharu dengan pengorbanan yang dilakukan oleh ayah kita. Ayah menyatakan bahawa segala yang diberi adalah sebahagian daripada sedekah kepada anak-anaknya. Kata-kata ayah telah membuatkan saya terfikir...adakah mampu saya lakukan perkara yang sama kepada anak-anak saya seperti mana yang telah ayah lakukan. Ayah sentiasa mencari jalan untuk memberi kegembiraan dan kemewahan kepada anak-anaknya. Tetapi ayah tak pernah lupa mengingatkan kami bahawa "Hidup Tak Selalunya Senang, Sentiasa ingat kepada orang-orang yang hidup dalam kekurangan, dan jangan membazir sekiranya sesuatu bukan sesuatu keperluan". Ayah sentiasa menceritakan tentang kehidupan dirinya yang susah ketika waktu kecil, tetapi dia sentiasa berusaha untuk membaiki taraf kehidupan dirinya. Inilah yang sentiasa menjadi SUMBER INSPIRASI hidup saya untuk maju ke hadapan. Sesungguhnya kejayaan yang saya kecapi hari ini adalah berinspirasikan kepada usaha yang ayah telah lakukan untuk memajukan dirinya.

THANK YOU AYAH....

Wednesday, August 18, 2010

CHECKLIST

Super-duper busy adalah perkataan yang selayaknya saya terima. Saya seperti sudah lupa & tak tahu bagaimana untuk menguruskan masa kerja saya. Saya perlukan pertolongan...Buat masa sekarang saya tetapkan due-date untuk setiap task. Pastu saya akan mendahulukan task yang telah hampir dengan due-date. Oh..nasibla tak kawin lagi. kalau tak asyik kene naga berapi jela...hahahaha

Work Checklist:-
1. Proposal untuk Program Academic Writing Workshop (tp alhamdulilah student nak tolong..TQ :))
2. Conference papers (1 in-progress, 1 lagi tak buat-buat lagi)
3. PR for lanyard and shirt (Build&Break Competition) ---> still dalam proses...Inilah kerja yang saya nak cepat-cepat siap. Pressure maaa..
4. Ceti kutip duit untuk jamuan iftar (belum kutip lagi..akan try kutip after office hour)
5. Cari research field (Macam mana nie...tak start lagi....Matila kene marah ngn Dr. Farukh+Dato' Zainul. Saya tak boleh cari masa bila nak buat nie..TOLONG!!!!)
6. Mark students ASSIGNMENT+LAB REPORT+TEST PAPER (in progress. tp students dah bising-bising dah nie...haihhh...)