Sunday, May 30, 2010

Uittt...

Hari ini sangatlah hepi...Wah...dah lama tak berhepi macam nie..Semalam sedih bagai nak rak sampai menitis air mata ku...

Tetiba hari ini kesedihan itu telah hilang dan kegembiraan terus hadir tanpa dipinta

Yeay...Sangat hepi...Hepi untuk makin bersedia untuk VIVA...

Saturday, May 29, 2010

::Sedih::

Tetiba hari nie saya rasa sangatlah sedih. Bagai mahu nangis secara meraung-raung... Apakah???? Adoi...hati saya benar-benar di fasa untuk menangis. Dahlah VIVA makin hampir... Dan sepatutnya saya pulang ke kampung tetapi saya korbankan segalanya untuk lulus VIVA dengan gemilangnya. Saya simpannya jauh di lubuk hati saya.

Tetapi... Hati mana yang mampu bertahan sekiranya melihat semuanya bersama kaum keluarga, tapi saya berseorangan di sini... Mungkin inilah pengorbanan yang saya WAJIB lakukan untuk berjaya dengan gemilangnya kerana VIVA adalah perkara yang saya sangat nanti-nantikan selama ini.

Dan saya tak mahu apa-apa pun menganggu perasaan & hati saya ketika ini. Seluruh hati & perasaan saya hanya untuk lulus VIVA sahaja. Kepada para gangguan perasaan saya, sila lah pergi jauh-jauh dari saya kerana saya tidak perlukan kamu ketika ini.

Sekian sahaja rayuan hati & perasaan saya

Friday, May 28, 2010

The face during VIVA week...

I took  a very long break for my VIVA examination. But on 25 & 26 May 2010, i'm attending Annual Program Review EC/EP Department at Palace of Golden Horses. Being there, i feel so peaceful and i have a very great time...Here are the pictures of me during the program;

Ketika baru sampai di Palace of Golden Horses. Sebelah saya ialah en.suhaimi yang dulunya lab instructor digital logic design lab saya. Tak sangka saya, kini kami menjadi rakan sekerja.

Saya bersama Iza (mama Fatih). Ketika ini kami baru balik dari tempat solat.
Jika anda perasan, muka saya kelihatan sembap kan. Inilah kesan tidak tidur malam untuk VIVA preparation.

Saya tak pasti kenapa saya sangat muncung dan monyok ketika ini...Hahaha

Peace...

EC/EP department staff

Again...

Ketika presentation CO/PO untuk subjek saya...Digital Signal Processing...

UPDATE on VIVA preparation

Oh sudah hampir tarikh VIVA...Preparation?...Insyaallah...Semua dah ready...Accept my confidence level is still at the very low stage...Kenapalah masih risau..sedangkan inilah masa yang sangat-sangat saya tunggu...Insyaallah..I can do it...Chaiyok! Chaiyok!

Tuesday, May 25, 2010

I searching for a great motivation now

Yeah...i'm searching for it...
And Alhamdulilah...I found it inside a very motivated&beautiful song by Miley Cyrus ('The Climb').

**********************************************************************************
"The Struggle I'm facing
The chances I'm taking
Sometimes might knock me down
But no, I'm not breaking"
***
***
***
***
***
"..., I got to be strong
Just keep pushing on"
***
***
***
***
***
"Keep on moving, keep climbing
Keep the faith baby
It's all about, It's all about the climb
Keep the faith, keep your faith... "

***********************************************************************************

VIVA UPDATE!

6 hari lagi....Untuk saya menghadapi VIVA
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Tetapi, saya hanya mempunyai 2 hari lagi untuk pre-VIVA...

Fuihhhhhh...a lot to catch up...

Saya akan terus mengejar cita-cita&impian saya tanpa menoleh ke belakang

.K.E.L.O.M.P.O.K.F.A.N.T.A.S.T.I.C.F.U.T.S.A.L.2.0.1.0.

Tajuk ini sangat la panjang. Ramai yang bertanya fantastic sgt ke futsal anjuran kelompok tu. Jawapan saya of course la, sangat fantastic.Hahaha...Mari kita melihat foto-foto kiut kami yer dengan-mata-saya-seakan-akan-panda-kerana-telah-berasa-sangat-ngantuk-dan-letih....hahaha...Semoga foto-foto ini akan menghiburkan hati yang melihat..
Tarikh: 25 mei 2010
Masa: 5-7pm (ladies)
          8-11pm (men)
Pemain adalah daripada kelompok Murni, Ilmu, Cendikiawan & Amanah
Saya sedang menyusun medal.Alamak kenapa perut nmpk buncit...hahaha

Pemenang Piala Pusingan:
 - Ladies :- Murni
 - Men :- Cendikiawan


Kami adalah 1Malaysia. Tak percaya tengoklah....

Tengah control cun+comel ketika makan. Tapi nmpk comot adalah...ahahaha

La...makan lagi saya nie. Tak habis-habis...hahaha

Gambar-gambar berikut di ambil ketika malam hari ketika pemain lelaki sedang bermain. maka, para ladies akan mula mengedik dengan kamera sampai abg cameraman naik penat...hahaha

Bila di malam hari, haruslah minum nescafe dengan banyak. Nampak kan mata saya letih&ngantuk

Mari bergaya dengan piala pusingan sebelum victory ceremony. Saya sangatlah over kan. Awal-awal lagi saya larikan piala pusingan tu. Maafkan saya yer sebab saya sangat hover....

Mari bergambar yer.

Banyak lagi gambar tapi hanya ini saja yang saya mampu donload. Hahaha...Saya sangat teruja dengan aktiviti ini.


Friday, May 21, 2010

Kepala saya sudah bercelaru

Menghadapi sesuatu yang agak besar dalam hidup saya menyebabkan hati, fikiran saya di fasa sangat bercelaru. Namun saya segera ingat Allah dengan cara berzikir.Di kala menghadapi VIVA, saya menjadi seorang yang sangat serius yang mana saya semakin teliti dengan masa saya, dahi sentiasa berkerut & lawak jenaka saya semakin berkurangan.Di kala ini jugalah semakin banyak kerja menjengah yang mana menyebabkan saya mengambil keputusan menerangkan kepada mereka yang saya akan menghadapi VIVA. Maka, saya mohon agar mereka meringankan tugasan buat saya & saya akan buat segalanya setelah habisnya VIVA. Dan mereka semua menghormati saya...Saya berasa sangat bersyukur. Alhamdulilah mereka sangat memahami saya yang mana di saat ini, VIVA adalah prioriti pertama saya...Terima kasih semua...Saya benar benar terhutang budi aka kerja dengan anda semua...

Thursday, May 20, 2010

My VIVA date is

ON:
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
1 JUNE 2010


I hope i  pass  with flying colors



Please pray for my success my dear friends...


Thank you....

Tuesday, May 18, 2010

Apabila segala usaha di hargai

Saya tidak sangka usaha yang saya lakukan disedari oleh orang lain. Tidak perlu saya mengompang yang saya lakukan @ membantu kejayaan project lain. Cukuplah saya menyimpannya di dalam hati.

Maka moral daripada cerita di atas; sentiasalah anda mengikhlaskan diri anda dalam sesuatu pekerjaan. Insyaallah pasti ada yang menghargai usaha anda...Jika tiada pun Allah Maha Mengetahui dan pasti menilai keikhlasan kita...

Monday, May 17, 2010

Hati sangat berdebar

Kenapa hati saya sangat - sangat berdebar hari ini? Adakah ini petanda VIVA saya sudah terlampau hampir? Saya sudah membuat persiapan tetapi masih belum sepenuhnya lagi...Separuh hati sangatlah takut untuk menghadapi hari itu tetapi separuh lagi hati saya sangatlah tidak sabar. Saya perlu menghabiskan VIVA secepat mungkin kerana debaran saya menyebabkan banyak perkara terbengkalai kerana mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk MASTER + VIVA... Saya mohon agar Allah permudahkan segalanya buat saya...

p/s: waktu menaip entry ini, asyik tersalah ejaan saja...Mungkin kerana saya sangat tidak selesa dengan debaran ini

Sunday, May 16, 2010

Exploria aka Explorace






Tarikh: 15 Mei 2010 (Sabtu)
Masa: 7.30am - 12.30pm
Tempat: Perkarangan MURNI ke COE ke ILMU ke CENDIKIAWAN ke MURNI (finishing line)

Keseluruhan aktiviti ini sangat bagus...Saya sangat bangga walaupun letih. Namun saya bukanlah peserta aktiviti ini. Saya hanyalah committee members yang menyediakan hadiah buat semua peserta. Saya tidak ada idea untuk menceritakan segala. Pada saya gambar sudah cukup untuk menceritakan segalanya...Mari kita bersama-sama melihat gambar yer...


Hadiah-hadiah yang disediakan oleh saya. Jejaka-jejaka di belakang itu bukanlah disediakan oleh saya yer... :)
Di ambil secara dekat...cantik tak?

Ketika sibuk menyediakan susunan hadiah...

Kak Iza, Pn. Zue, Saya, Julia, Evelyn & Pn. Sherry...

Bersama dengan residen-residen dari kelompok lain

Bersama team dari MURNI apartment...Kami sungguh international kan...

Ini hanyalah separuh daripada gambar-gambar yang saya dapat. Yang lain boleh di lihat dari facebook saya. Aktiviti ini adalah aktiviti yang pertama bagi saya dan banyak yang saya perolehi dari aktiviti ini...Saya sangat seronok...Yeay!!!