Tuesday, November 30, 2010

Bila semester bermula....

- habis suara sebab kena cakap kuat-kuat sebab kelas besar...
- sibuk sediakan material mengajar...

Semester saya bermula dengan indahnya walaupun baru pertama kali mengajar. Saya dapat pelajar yang baik-baik belaka...Dengar cakap...Tapi ada jugak yang suka sangat bercakap bila saya bercakap di depan. tapi saya tak nak marah sebab mungkin mereka boring dengar saya cakap dan penat. Plus introduction taklah penting sangat untuk final mereka...Takpe Bada...sabar...Wahai pelajar-pelajar yang suke cakap, jagalah nanti bila dah masuk chapter 2. Sebab nanti kamu kalau bercakap, confirm terlepas dengar banyak sangat perkara penting :) hehehe |(gelak jahat dari saya)|...

Kenangan yang terindah di kala bemulanya semester baru adalah pelajar-pelajar semester lepas datang kepada saya dan mengucapkan terima kasih. Walaupun mereka tak mendapat A, tapi mereka bersyukur sangat...Saya kagum dengan mereka kerana mereka sangatlah berbudi bahasa dan mereka menyebabkan saya berasa puas hati. Puas hati kerana saya telah memberi impak positif kepada diri mereka. RASA SYUKUR di hati mereka...Walaupun tak mendapat A. Saya hampir menitiskan air mata kerana mereka sanggup datang ke ofis saya, tahan saya di tengah jalan hanya semata-mata hendak mengucapkan terima kasih. "Terima kasih cik sebab banyak tolong kami belajar"...huhuhu...saya sungguh terharu...

No comments: