Saya kelihatan sangatlah tembam ketika ini.Pipi saya membulat dengan pesatnya. Tapi badan still kurus melidi (bak kata seorang hamba awak..saya adalah seorang kerempeng). Gambar ini adalah gambar yang paling terkini. Gambar ini diambil lebih kurang 20minit sebelum saya masuk untuk membentang conference paper. Tetapi ketika ini saya sangatlah tidak sihat. Seperti yang diketahui dan diberitahu sebelum ini, saya mengalami batuk yang sangat dahsyat sehingga mahu terkeluar anak tekak bila batuk. Maka, jika dilihat gambar di atas, kelihatan mata saya sangatlah sembap dan kelihatan jugak sapu tangan kanak-kanak.Namun untuk membentangkan paper, saya haruslah menguatkan badan agar kuat. Tak mau lembik-lembik waktu bentang paper. Dan alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada lebih kurang 3 soalan ditanyakan kepada saya. Semua soalan tersebut saya dapat menjawab dengan baik sekali. Alhamdulilah.
Saya berharap kesihatan saya akan kembali kepada asal selepas ini....Aminnnn...

No comments:
Post a Comment