Wednesday, March 31, 2010

Thank you my friends

Semalam memang saya berada di fasa yang tertekan sehingga air mata saya sentiasa mengalir.Memang  tak dinafikan saya kecewa dengan diri saya sebab saya seperti tak banyak berusaha untuk menghasilkan thesis yang baik. Kerana itu saya menyebabkan diri saya tertekan. Mungkin ini Allah nak tunjuk pada saya yang Bukan segala benda adalah mudah. Saya percaya perjalanan master saya mudah ketika dlm proses menghasilkan output. tetapi saya mengalami kesulitan untuk menceritakan segala yang telah saya buat. Tetapi segalanya akan berakhir...Segala pembetulan akan berakhir tak lama lagi. Saya yakin!!! Saya menjadi kuat untuk mengatasi semua ini kerana saya tahu dengan segala apa yang saya telah usahakan beserta doa dan izin Allah...semua ini pasti berakhir dengan baik dan cemerlang...
Chaiyok...Chaiyok Badariah...
You can do it... 

Tuesday, March 30, 2010

Dan air mata menitis lagi

Air mata saya menitis lagi. Dan kali ini bukan kerana rakan-rakan atau pun lelaki. Menitisnya air mata saya kerana Master Thesis saya. Namun ia menitis bukan di kala saya keseorangan atau bersama rakan saya. Dia menitis di hadapan co-supervisor saya. Gabra co-supervisor saya. Yela...di tempat kerja, saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang periang, penuah gelak ketawa, tiada definisi susah untuk sesuatu perkara...tetapi hari ini semuanya hilang. Saya terlampau risau kerana sudah terlalu banyak correction yang saya buat. Saya masih ingat pujukan beliau..."Dont worry Badariah...everything will be fine. You have done a lot of work. That's why we're here (supervisor&co-supervisor) to help you...Dont worry so much about contents and flows. Everything is ok..."sok sok...

Saya menangis penuh teresak-esak...Saya terharu kerana mereka membantu saya dan menjadikan thesis saya sempurna... Terima Kasih...Dato' Zainul & Mr Syed Khaleel...

R.E.S.P.E.C.T...aka...H.O.R.M.A.T

Apakah anda faham mengenai hormat? Mengikut kamus dewan bahasa, Hormat adalah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang sopan, khidmat dan takzim. Dan masyarakat melayu pula sememangnya dididik dengan sifat menghormati antara satu sama lain. Namun sifat ini semakin hilang,mungkin kerana kita sebagai manusia sentiasa terleka.

Begitulah yang berlaku kepada saya malam tadi. Seseorang telah menyebabkan saya hilang hormat lantas tidur saya dipenuhi dengan perasaan sakit hati. Saya tidak minta dihormati cuma cukuplah sekiranya hormat masa tidur saya dan kepenatan bekerja. Berikut adalah kronologi cerita:

-Saya masuk tidur pada pukul 11.30pm. Di kala itu saya lihat semua telah masuk tidur kecuali saya kerana saya sangat asyik menghadap cerita 'Tiga Abdul' (walaupun dah ditonton beribu kali...masih mahu tgk lagi).Maka, apabila diletakkan kepala ke bantal saya terus lena diulit mimpi. Namun pada pukul 12.15++am, tidur saya terganggu kerana terdengar bunyi TV dan terdengar seorang hamba Allah bercakap telefon. Saya pun membuka mata kerana mahu melihat apa yang terjadi. Namun, kerana mata saya terlampau berat, saya abaikan sahaja. Tetapi telinga saya sangat tidak boleh ditutup dari mendengar perbualan telefon berkenaan kerana suara hamba Allah itu kuat untuk didengari ditambahkan bilik saya memang betul-betul menghadap ruang tamu yang sememangnya bercahaya dan si hamba Allah itu duduk. Kerana saya tidak tahan, saya menutup sedikit pintu bilik dengan harapan hamba Allah itu memahami (saya tak nak tutup keseluruhan kerana saya dikategorikan sebagai takut dengan gelap). Namun saya masih mendengar perbualan manja&rengekan yang sememangnya menyebabkan saya mengambil bantal&tutupkan telinga saya. Namun tidak berhasil....Waktu itu saya berasa sangat bengang dan rasa mahu menitiskan air mata. Kenapakah si hamba Allah itu berbuat demikian. Sebelum ini boleh je cakap telefon dalam bilik sambil menutup pintu mungkin takut orang dengar kot. Tetapi kenapa malam tadi tak boleh. Cukup-cukuplah menyakiti orang lain. Tapi pengakhiran ceirta, saya tidur dalam keadaan bengang pada orang lain dan bangun pagi dengan kepala yang sangat sakit dan mata yang merah.

Sukar sangatkah mahu menghormati hak orang lain. Saya faham hamba Allah itu tengah mabuk cinta namun jangan pernah mengabaikan hak rakan anda. Sememangnya anda wajar hormati juga rakan anda. Saya faham anda tidak berniat menayang yang anda sedang mabuk cinta. Mungkin anda pun tidak sedar. Saya faham...Tetapi tolonglah hormati hak rakan anda yang penat bekerja dan hanya rumah lah tempat dia mencari ketenangan. Harap si hamba Allah itu faham....

Monday, March 29, 2010

Apa yang WANITA perlukan

Sering kali kita mendengar dari kaum ADAM bahawa wanita adalah ciptaan Allah yang sangat kompleks dan sukar difahami. Namun, hakikatnya wanita tidaklah sukar difahami sekiranya kaum ADAM benar-benar mengenali dan memahami kaum wanita ini. Wanita hanya perlukan:
1. Rasa Hormat
2. Perlu masa bersama walaupun seketika. Tidak perlulah berkepit 24 jam
3. Rasa disayangi dan dicintai
4. Kestabilan perhubungan
5. Suasana ceria & gembira ketika berjumpa. Bukannya kalau berjumpa hanya membawa muka masam & masalah. Rezeki pun takut nak masuk kalau macam tu kan.
6. Sentiasa memberi peransang motivasi (i.e. menasihati antara satu sama lain, berada di sisi pasangan ketika susah dan senang)
7. Jujur...Ini yang paling penting. Tak kiralah kaum adam atau hawa.
8. Berkongsi masalah satu sama lain. Kaum adam gemar memendam perasaan & hanya mahu berkongsi perasaan dengan kawan-kawan dan kekadang mereka lebih gemar berkongsi masalah dengan wanita lain. Ini seharusnya tidak terjadi dalam perhubungan. Seharusnya segala masalah perlu dikongsi bersama. Kekadang wanita ini terlupa bahawa kaum adam juga mempunyai masalah. Di sini kaum adam memainkan peranan yang penting yang mana mereka haruslah menceritakan dan menerangkan masalah mereka agar kaum wanita memahami keadaan anda.
9. Kaum wanita tidak perlukan dan TIDAK SUKA kaum adam yang berlagak hebat...Sungguh tidak cool kan...kami hanya mahu lelaki yang sederhana kerana adakalanya kami mudah meluat dan malu dengan tingkah laku, riak& berlagak anda
10. Kaum wanita hatinya sangat halus, mudah terguris dan mudah patah semangat. Maka, wahai kaum adam, janganlah anda merendah-rendahkan kami. Kalau anda mempunyai masalah dengan tingkah laku kami, berterus teranglah. Bukannya merendah-rendahkan kami di hadapan orang lain. Kami mudah berasa malu...
11. Dan terakhir... Terimalah kami seadanya. Sekiranya kalau pada permulaannya anda menyukai kami kerana hidung kami penyek, manja, kuat merengek, maka terimalah kami seadanya sepanjang perhubungan.

Ini cuma pendapat dan pengalaman saya tentang apa yang diperlukan oleh wanita. Mungkin anda mempunyai pendapat anda tersendiri. Yang pasti wanita bukanlah terlalu kompleks dan sempurna untuk difahami. Kaum adam hanya perlu memahami dan menerima segala kelemahan dan kelebihan wanita tersebut seadanya. 

Penceritaan tanpa tajuk

Oh...sungguh lama kepala&jari saya berehat daripada menulis. Sesungguh tiada yang istimewa berlaku ketika hujung minggu. Perjalanan hidup juga masih seperti biasa; tidak dilanda ombak bergelora...wah...bagai ayat orang bercinta (sila muntah kalau sesiapa tidak boleh terima yer)

Walaupun banyak perkara yang saya perlu siapkan, tetapi hidup mesti diteruskan walaupun perlu bekerja di hujung minggu. Tidaklah bosan sangat hidup saya kan. Ermmmm...mau tulis apa lagi ek....Otak saya tetiba sudah blank. Mungkin nanti saya akan meng'update' perkara lain..Dan akan ada perkara menarik yang akan saya kongsikan bersama selepas ini. Cuma sekarang tetiba otak saya tidak mahu berputar untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas lagi bermanfaat.

Friday, March 26, 2010

R.E.F.R.E.S.H.M.E.N.T

Saya perlu buat sesuatu untuk hiburkan diri sendiri...Tapi apa yer.Sungguhnya weekend ini sangatlah singkat untuk saya berhibur. Banyak yang perlu saya lakukan dan perlu siapkan. Antaranya:-
  • Invigilate exam (Sabtu Petang)
  • Hadiri kenduri kahwin (Ini akan saya hadiri sebelum pergi invigilate exam)
  • Ahad :: Pergi Majlis Aqiqah Muhammad Fatih (anak Iza...)
  • Dan paling penting semua correction thesis harus dihabiskan hari Ahad juga kerana Isnin haruslah dihantar
Adakah saya akan menjadi wanita yang sangat busy di kala hujung minggu. Tetapi saya akan cuba mencari masa untuk mendapatkan hiburan diri

Thursday, March 25, 2010

Kenapa mesti hari ini

Saya rasa sungguh tak sedap hati. Kenapa? Sebabnya saya baru sangat terserempak dengan ex-boyfriend saya ketika sedang berbual mesra bersama Pn. Halimatun. Mamat itu datang untuk berjumpa Pn. Halimatun untuk memulangkan thesis nya. Dan paling mengejutkan dia mahu mintak kerja di sini.... di territory saya...APAKAH???? KENAPA DI SINI???? Mungkin dia terdesak kerana dia baru kehilangan kerjanya. Dan thesis dia itu dia bawa untuk bertemu Dr. Izham untuk memohon kerja di UNITEN sebagai TUTOR. Oh....kenapa instinct saya kuat mengatakan yang dia pasti diterima di sini. Kenapa harus disini? Ya Allah...Tolonglah saya Ya Allah...Saya mahu lari jauh dari dia tapi kenapa mahu ketemukan saya dan dia di sini juga. Saya mohon agar diberikan kekuatan hati...Saya Mohon Ya Allah...Kasihankanlah saya....

My new lesson

Perkara ini terjadi semalam...Masih teringat-ingat..Tayar kereta saya pecah gara-gara terlanggar lubang...Nasib Paie ada...Paie yang tolong saya yang tengah panik. Dan nasib ada seorang pakcik yang menolong saya menukar tayar kereta ke spare tayar.Dan paling menyayat hati lagi, spare tayar pulak tak cukup angin. Makin dengan gigih pakai jugala spare tayar tu sehingga sampai ke kedai tayar. Maka berlakulah episod pengeluaran duit secara banyak. Tayar perlu ditukar baru kerana pecah dan sport rim saya pula yang bengkok. Maka haruslah dibaiki juga...Maka inilah jumlah yang perlu saya bayar semalam:

Tayar:-RM145
Baiki sport rim:-RM60
Allignment tayar:-RM20

In total:-RM225

Jadi pengajarannya, buka mata luas-luas ketika memandu kerana jalan-jalan yang berlubang ada di mana-mana

Tuesday, March 23, 2010

I heart PD...

Sebenarnya dah lama saya teringin nak pegi ke pantai. Akhirnya tercapai juga hajat saya bersama dengan staff-staff dari EC Department, UNITEN. Sangat seronok berada di sana cumanya saya tak berkesempatan mandi laut dan main Banana Boat. Saya perlu menjalankan tanggungjawab saya sebagai Organizing Committee. Walaupun penat tetapi saya gembira kerana semua gembira di sana. Gambar-gambar di bawah adalah snap shot di kala berada di sana...

"Kami antara orang yang bertanggungjawab memastikan semua teratur"
Sesi membungkus hadiah...
Sesi mengbungkus dan saya diberi taklimat oleh kak zeti tentang pemberian hadiah dan door gift
Gambar sebelum telematch bermula...Sempat saya dan kak azlina berposing sambil menunjukkan tanda peace yang mengambarkan ketenangan kami di sini
Akhir sekali adalah gambar yang diambil ketika sedang menjamah makanan...walaupun hujan, tetapi kami tetap makan kerana mahu mengambil feeling keseronokan makan di tepi pantai walaupun gelap. Jika melihat makanan yang berada di atas meja pasti anda akan mengatakan kami ini sangatlah gelojoh. Tetapi pada hakikatnya kami berkongsi makanan tau.

Wednesday, March 17, 2010

Confession of a broken heart

Apa yang jadi pada saya hari ni. Saya sangatlah rasa tak senang hati, macam sedih-sedih gitu. Rasa serabut, tak senang hati, tak tenteram, dan ada feeling-feeling nak nangis pun ada gak..huhuhu...Saya tak suka perasaan ni...

Dan yang paling saya tak boleh terima...Kenapa hari ni saya teringatkan ex-bf saya. KENAPA? rasa macam macam rindu pun ada jugak...adoi...apakah yang sedang melanda diri saya...tak suka perasaan ini..Saya perlu KUAT.

Tuesday, March 16, 2010

Ada lagi 2 gambar...lupa nak letak

Ni berkenaan kegembiraan ketika dinobatkan sebagai pemenang kedua acara 4x100m...No 2 pun nak riak-riakkan tapi ini achievement saya...Saya bangga kerana kejayaan saya berserta team mate saya (Rubi, kak dayah& kak jehana)..
Gambar ini waktu ambil medal...Oh gambar ini sungguh la kontroversi...Adakah si polan itu bertanya 'Awak salam ngan encik itu?'...Maka, mulut saya yang manis & besuara lemak merdu pun berkata 'Dia yang hulur tangan dulu. Tak kan la kita tak salam...'.Oh sungguh la perlu kesabaran diri saya. But for me....i know who i am....
bersama pemenang-pemenang yang lain...Di dalam gambar ini barulah saya sedar yang sebenarnya saya ni pendek orang nya. huhuhu...

Sekian sahaja laporan sukan dari saya...hahaha

Lunch with ECEP Sports Committee

Update yang seterusnya adalah berkenaan makan-makan di Pizza Hut..
Nama jer committee sukan kan, tetapi cara pemakanan sungguh tidak menampakkan
yang kami mementingkan kesihatan...Tetapi kami sungguh tak kisah...hehehe....

Ikin dan Syafa yang menyelesaikan Sudoku
Berebut-rebut nak selesaikan sudoku ek...takpe dik non oiii...asalkan jangan terbalik meja ek

Hafiz berkata: 'Nape tak de orang nak borak ngan aku...huhuhu'

Haaa ini baru dikatakan handphone mania... Sudah-sudahla tu...

Bunga-bunga (Manager wanita) ECEP team. Kami sangat gembira walaupun waktu ni tengah merungut
nape makanan lambat sangat sampai...hohohoho

Sudah lama tidak mengupdate blog...

OOOOh memang sudah lama tidak menulis. Tiada aktiviti menarik pun untuk dikongsi bersama. Tetapi untuk mengelakkan blog ini menjadi kulat, membasi dan membusuk, maka saya akan mengupdatekan aktiviti menghadiri cousin saya yang berada di muar, johor. Sungguh jauh saya merantau untuk sampai ke johor kawan kawan. Nak tulis sungguhlah tak ada idea...Maka saya biarkan gambar sahaja yang berkata-kata yer...

Inilah gmbar-gambar bunga-bunga yang sentiasa mengedik bila nampak kamera...adoi...malu mak ayah saja...tetapi...kami sangat bergembira...

Thursday, March 11, 2010

Bosan...bosan...bosan

Kebosanan melanda hidup saya...Apakah...Kenapa nak bosan? Bukan ke kalau banyak kerja hidup jadi tak bosan? Persoalan itulah yang sentiasa menjadi pertanyaan orang sekeliling saya. Kembali kepada fokus asal...
  • Saya sangat bosan kerana saya perlu marking paper-paper assignmant&lab report students yang majoritynya nampak sangat copy and paste.
  • Saya bosan kerana apa yang mereka hantar kepada saya  sekadar hendak cukupkan syarat tetapi adakah mereka faham apa yang mereka buat?
  • Saya bosan kerana kerja-kerja marking tak habis-habis lagi kerana masih ada segelintir student yang assignment yang 2-3 minggu lepas perlu dihantar, baru mahu dihantar ketika zaman tenat ini...Wahai student-student sekalian, apa yang tengah anda fikir...saya ini robot kah, tak ada hati&perasaan kah...suka hati kamu je hantar sesedap hati&perut kamu ya!
OOOOHHHHH saya sangat bosan & tertekan juga. Maka saya bersetuju apabila membaca fakta yang mengatakan tenaga pengajar (cikgu dan pensyarah) berada di tempat yg KEDUA untuk kategori orang yang mudah gila aka berada di Tanjung Rambutan...

"Ya Allah selamatkanlah saya dari berada di kelompok itu. Kau kuat dan tabah kanlah hati dan jiwa ku.Kau lindungilah saya Ya Allah...Jauhkanlah saya dari terpengaruh dengan hasutan syaitan"

Monday, March 8, 2010

Oh badan dan kaki

Badan dan kaki ku sangatlah sakit. Ini semua gara-gara semangat berlari 4x100 m. Nasiblah tidak masuk acara 4x200 m lagi. Kalau tak mahunya la saya MC hari ini... Adoi Adoi...saya perlu di urut...Tapi di mana ya....

Friday, March 5, 2010

Bagaimana muzik mempengaruhi hidup saya

Di kala ini, saya memang memainkan lagu-lagu yang menaikkan semangat saya semula. Antara lagu-lagu yang saya sentiasa dengar adalah:
1. Hero -Mariah Carey
2. Hadapi dengan Senyuman - Dewa
3. Untuk Perempuan - Sheila On 7
4. Without You - Hinder
5. Yang Terbaik - Marsha

Tetapi antara lirik yang mendatangkan impak yang besar ialah:
"Without you, I live it up a little more every day
Without you, I'm seeing myself so differently
I didnt wanna believe it then but it all worked out in the end
When i watched you walked away, well, i never thought i'd say
I'm fine without you" - Without You (Hinder)

I'm fine without you

I just want to tell you that i'm FINE without you...
I dont need your love anymore
I just need the love from ALLAH
I just want you to understand that......

Sindrom Stress datang semula kah?

Saya sangat stressss....Sindrom muntah sudah kembali. Mungkin sbb tak makan semalam atau perut masuk angin. Atau adakah mungkin kerana saya sangat takut untuk berlari pecut semula setelah lama ditinggalkan bidang itu. Tapi mampukah saya untuk berlari pecut semula. Hanya Allah saja yang tahu kan. Practice masih  tak buat lagi kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing (final exam students sudah makin hampir...Maka masing-masing sibuk untuk memasukan markah students untuk carry marks...). Ahad ini akan menentukan segalanya mungkin....Team saya masih juga kekurangan orang. Apakah nasib team saya... Mahu merungut.....Tolongggggg....

Wednesday, March 3, 2010

Hadapi dengan Senyuman

Terima kasih Aliya bagi lagu ini pada saya...Its really a nice song & menambahkan kekuatan & ketabahan hati saya... Thank you so much...

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi .
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua... Kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah .
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

p/s: Menyerah untuk menang: YES, saya menyerah bukan bermakna saya kalah... Saya hanya mahu yang terbaik untuk diri, hati dan perasaan saya.

Morale of the song: Segala ujian yang Allah beri pasti ada hikmahnya. Kita harus terima segala ketentuan dengan rela hati dan hadapi segalanya dengan tenang, tabah dan senyum. Sesungguhnya setiap ujian yang diberi adalah untuk menguji diri kita sebagai makhluk Allah dan menunjukkan Allah amat sayang pada kita.


I was inspired by this song for not searching but just waiting...

UNTUK PEREMPUAN (SHEILA ON 7)

Please read this lyric...For those who still searching for love. You have to wait because one day your love will finally come to you. Be patient and also work hard to improve yourself....Insyaallah (untuk peringatan saya juga kerana semalam baru sahaja mengeluh susah nak jumpa pengganti kerana apabila memikirkan umur yang makin meningkat & cemburu tgk ex-bf saya yang telah jumpa penganti...huhuhu)...

Jangan mengejarnya jangan mencarinya
Dia yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatinya
Di hari yang tepat..

Jangan mengejarku dan jangan mencariku
Aku yang kan menemukanmu
Kau mekar di hatiku
Di hari yang tepat..

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang dia kan datang
Dan memungutmu ke hatinya yang terdalam
Bahkan dia takkan bertahan tanpamu

Sebukan harimu jangan fikirkanku
Takdir yang kan menuntunku
Pulang kepada mu
Di hari yang tepat

Tidaklah mawar hampiri kumbang
Bukanlah cinta bila kau kejar
Tenanglah tenang aku kan datang
Dan memungutmu ke hatiku yang terdalam
Bahkan ku takkan bertahan tanpamu

Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
Aku yang kan datang..
(menghampirimu)

Tuesday, March 2, 2010

Black Pepper Steak

Yeay...Best gak semalam balik lewat...Tapi pagi-pagi terus bengong-bengong plus pening. Kerana itu adalah penangan steak...adoi...
Venue: Chip & Steak, Serdang
Time: 10-11pm
Go with: Paie, Kak Ani & Fatah
Transport: Of course my V.I.V.A
Reason of being late for dinner: Invigilate test

Tapi xsempat plak nak tangkap-tangkap gambar bagai sebab waktu tu semua makan dengan lahapnya termasuk la saya. Saya berjaya mengHABISkan makanan saya dengan bantuan Paie. The food is very GREAT... We have a very long chit-chat...Gelak-gelak sampai mahu menitis air mata... Saya yang sememangnya sudah lama tidak ke sana kerana terlalu banyak kenangan di sana akhirnya berjaya juga menjejak kan kaki di situ. Alhamdulilah... Adakah itu petandanya saya telah MOVE ON. Alhamdulillah...Syukur....Akhirnya setelah berhempas pulas mahu move on...Finally...Alhamdulillah...Terima kasih Allah.....

Sebelum terlupa, waktu pulang ke UNITEN, kereta yang dipandu oleh saya telah dicucuk oleh kereta lelaki yang memakai songkok. Hampeh punya pakcik...Mahu RACE kah. Maka waktu itu berlaku kejadian RACE antara kereta V.I.V.A dan kereta pakcik songkok itu. Paie kemudian suruh saya bertenang dan memperlahankan kereta saya. Maka, bertambah anginlah pakcik songkok itu...Tapi ada aku kisah...Yang ko nak cucuk cucuk kete aku buat apa. Dari situ berakhirlah kejadian RACE kereta antara SAYA dan PAKCIK SONGKOK.... Ingat perempuan tak boleh RACE kereta ke....

A new day with a bad day of me

Hehehe...Tak la bad day sangat pun. Cuma nak mengeluh...'I left my handphone at home' (sila baca dengan nada yang paling sedih)...Patah hati ku...Tapi tidak apa. Boleh menumpukan perhatian kepada kerja kerja...hahaha sangatla tipukan. Adooooooooooiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii................................

Monday, March 1, 2010

I need HELP

Saya perlu pertolongan untuk kembalikan semangat makan saya yang semakin menghilang. Baju-baju yang ketat dahulu kini semakin melonggar (terutamanya baju kurung).Baju kurung apabila dipakai nampak seperti boleh masuk lagi seorang plus bagai memakai baju pinjam. Seluar jeans pula kini semakin megelebeh bagaikan memakainya tanpa adanya bontot punggung. Adoh...Bagaimana mahu mengembalikan semangat makan. Saya tidaklah mahu gemuk cuma mahu kelihatan sihat seperti sebelum ini....

Aktiviti ketika hari cuti

Jumaat
-Pepagi Jumaat yang memang dirahmati Allah, baru mahu bertolak dari Tapah ke Bangi wink wink :)
-Sesampai rumah ayahanda&bonda terus ke meja makan...kelaparan...hehehe
-Fetch adik di Bukit Mertajam...Ketika di dalam kereta saya hanyalah tidur....
-Gi Ipoh...wah wah...makan kotiaw kicap...sangat sedap walaupun dah kenyang
-Tujuan ke Ipoh: Mahu main bowling tapi malangnya semua tempat full house..Pulang dengan perasaan sedih (terutamanya adik)...huhuhu...

Sabtu
-Pagi: tak ada aktiviti...hanyala membantu bonda di dapur + kemas rumah sikit sikit
-Tengah hari: Ketiduran kerana pada pagi itu kekenyangan makan nasik lemak. Ayahanda& bonda suruh tido lepas makan agar gemuk...ahaks...
-Petang:
    1. Laripecut....perlu lari pecut di dalam rumah kerana mahu mengikut ayahanda pergi servis kereta. malangnya tewas...maka naik keta angah ke tempat servis kereta
    2. Race...wah wah...perlu race ngn ayah untuk sampai ke tempat servis kereta.kemenangan kepada angah yang berjaya memcut kereta viva nya...Go viva Go viva..(Morale of the story: Jangan pandang rendah pada kereta viva ok...walaupun kecil tetapi kuasa memecut sangatlah hebat)
   3. Megemukkan badan...ini saya suka.pegi makan pesembor & sebagai balasan kerana menservis kereta di tempat servis berkenaan, kami mendapat voucher KFC free. Maka, pergilah kami ke KFC untuk menuntut ayam-ayam, air & yang berkenaan...
   4. Exercise semula mata, kaki dan tangan...pergi pasar malam...saja cuci mata...
-Malam: Tengok TV saja & tido

Ahad
- Pulang ke Bangi...huhuhu