Thursday, December 30, 2010

I can't stop listening to...

Taylor Swift latest album...Speak Now....

Memula saya cuma suka 2 buah lagu sahaja (Mine & Speak Now). Tapi rupa-rupanya berbaloi beli album budak cantik ni hehehe...


Lirik untuk setiap lagu mempunyai kata-kata yang amat mendalam. Mungkin ini adalah cara si cantik ini meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Bagaimana pula cara kita meluahkan segalanya?

Adakah kita meluahkan segalanya tanpa memikirkan perasaan orang lain dengan niat untuk mendapatkan kepuasan diri kita sendiri?

Adakah kita meluahkannya kepada orang yang kita percayai?

Dan adakah kita hanya memendamkan segalanya tanpa meluahkannya sehingga tertekan seorang diri?

Dan adakah kita hanya membiarkan segalanya berlalu pergi begitu sahaja?

Pada pendapat saya, setiap orang ada cara tersendiri untuk meluahkan perasaan (sedih,benci dan gembira)...Satu perkara saya belajar dari si cantik ini:-

"Words can break someone into a million pieces, but they can also put them back together. I hope you use yours for good, because the only words you'll regret more than the ones left unsaid are the ones you use to intentionally hurt someone"-Quote from Taylor Swift album...

Sesuatu yang sangat mendalamkan kata-kata dari si cantik ini. Saya faham keadaan di mana penggunaan perkataan yang sangat menyakitkan hati yang akhirnya sukar untuk dirawat. Saya fikir banyak yang telah mengalami keadaan ini. Hanya masa dan kesabaran sahaja yang dapat merawat hati yang terluka (cewah)....

** Tak guna sakitkan hati orang kerana suatu hari nanti pelaku perbuatan akan pasti menerima hal yang sama dan merasainya. Mungkin kurang pedih tetapi bagaimana pula kalau perkara yang diterima itu terlalu pedih untuk si pelaku itu terima. Fikir-fikir kan....

Hanya Masa dan Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya...

Tuesday, December 28, 2010

Saya @ UNITEN,Muadzam Shah

Di pasar sehari...Di muadzam shah, setiap hari sabtu ada pasar sehari dari pukul 10am hinggalah 10pm..
Di kala panas yang sangat perit...Hanya kertas sahaja yang jadi penutup muka...
Waktu nie ketika game bola tampar.
Dengan Shahmi...

Gemok jugak saya nie...
:)

Di hari terakhir...waktu ini saya sedang menonton bola keranjang...jika dilihat betul2 tangan saya memegang botol air yang besar. Yela waktu tu saya sudah terkena demam dan batuk..

Bersama pemain bola tampar lelaki...Di situ saya bersama Shafa & Aiman. Shahmi jadi tukang ambik gambar


Teguran

Sebagai seorang cikgu, sudah menjadi hak kepada saya untuk menegur pelajar saya. Teguran saya lebih kepada bentuk nasihat.

Contoh teguran:-
Teguran 1:
"If you not interested in my class, you are welcome to leave this class"
Teguran 2:
"I'm not interested to teach student who think they are clever enough. I'm interested to teach the student who love the knowledge"

Mungkin ini juga adalah silap saya kerana mengajar terlalu pantas. Saya mengaku kerana ini adalah kali pertama saya mengajar subjek ini. Sebelum ini saya hanyalah seorang tutor yang mana saya mengajar berdasarkan soalan. Sekarang, saya perlu mengajar daripada akar umbi. Saya masih terawang-awang. Tolonglah mengerti keadaan saya. huhuhu :(

Selepas berakhirnya kelas, ada 3 orang pelajar datang berjumpa dengan saya untuk minta maaf kerana mereka berasakan teguran itu adalah ditujukan kepada mereka. Dan jawapan saya:-

"My advice is actually for general. I say so because i dont want to see any failure student from my class. And i'm not a kind of lecturer that will kill the student at the end of semester.(usually lecturer will target the bad attitude students and try to make them fail as for punishment)....Even you feel boring, try to listen to my lecture. The reason i'm a bit faster in giving lecture because at the end of the chapter i try to provide a lot of exercises for you to understand. Lecture is not enough without you looking at the question..."

Mereka faham...dan mereka bersungguh-sungguh meminta maaf. Saya sungguh terharu...dan saya kembali tenang semula.

Dan apa yang telah mengubah persepsi saya pada hari ini....Mereka adalah pelajar international. Mereka sendiri sedar kesalahan mereka...Saya tersedar bahawa tak semua pelajar international adalah teruk. Masih ada yang datang ke sini untuk belajar dan pada masa yang sama menghormati cikgu mereka...Saya tersangat touching...

Kesimpulannya...selepas ini saya perlu banyak bersabar kot. Jangan asyik melaser dalam kelas. hehehe...

Friday, December 24, 2010

Cuti rehat

Mulai esok, saya sudah start bercuti. Saya akan kembali bekerja seperti biasa pada 3/1/2011...hehehe...
Walaupun saya bercuti, saya masih perlu ke tempat kerja...

Kenapa?

Kelas mengajar tak boleh dibatalkan walaupun saya bercuti. Maka rutin harian saya adalah seperti biasa cuma saya tak perlu lah punch-in dan punch-out. Dan saya boleh bersuka-ria bila-bila masa saya mahu dan boleh bangun lambat hehehe. Cuma saya tetap perlu pergi mengajar walaupun kelas tersebut dari pukul 4-6pm (berkorban demi pelajar-pelajar..huhu)...

Wednesday, December 22, 2010

Entry emosional saya

  1. Adakah saya seorang yang tak pandai bersyukur???
  2. Adakah saya seorang yang tak pandai menghargai???
  3. Adakah saya seorang yang suka menyusahkan orang lain???
  4. Adakah saya seorang yang suka buat orang lain sedih???
  5. Adakah saya seorang yang mahu segalanya berlaku seperti yang saya inginkan???
  6. Adakah saya seorang yang suka membuatkan orang marah pd saya???
Saya patut menghargai segalanya. Kalau suatu hari insan tersebut mula benci pada saya, saya mesti sukar untuk mendapatkan yang terbaik kerana kalau diikutkan insan itu sudah cukup terbaik untuk saya. Tetapi kenapa saya harus merasakan sesuatu berada dalam keadaan tak sempurna. Saya WAJIB sedar yang saya juga tidaklah sempurna.(Mana ada orang yang sempurnakan).Saya sangatlah emosional dari semalam. Adakah ini salah hormon saya?

***Saya berharap insan tersebut tak akan pernah rasa meluat,menyampah dan mungkin mula kurang rasa kasih & sayang kepada saya.Saya tak faham kenapa saya bersikap seperti ini.Maafkan saya....  

Tuesday, December 21, 2010

Tolong ingatkan saya

Kehidupan yang Allah beri kepada saya semakin mudah dan rezeki yang diberi Allah sangatlah saya syukuri. Tetapi apabila Allah berikan kesenangan kepada saya, pasti ada secebis kepayahan terselit di sebalik kesenangan. Alhamdulilah...Saya tahu ini adalah cara Allah menunjukkan yang Allah masih mengingati dan mengasihi saya. Alhamdulilah....

Saya dapat rasakan yang 24 jam satu hari adalah tidak cukup untuk saya menyiapkan segala pekerjaan saya. Dari sediakan lecture notes sehingga lah menyiapkan kerja-kerja pentadbiran. Saya terasa amatlah penat tetapi saya perlu menyelesaikan tanggungjawab saya dengan sebaik-baiknya.

Semalam adalah kali KEDUA seseorang yang paling saya hormati dan senangi datang berjumpa dengan saya. Saya sungguh terharu kerana sebagai seorang yang sibuk, dia masih mencari masa untuk berjumpa dengan saya. Kedatangan beliau bukanlah untuk sekadar beborak kosong tetapi beliau memberikan kata-kata nasihat kepada saya. Beliau sedar yang saya semakin lama semakin sibuk. Dan kesibukan saya menyebabkan saya lupa dan abaikan suatu perkara....MASA DEPAN HIDUP DAN KERJAYA SAYA. Tetapi nasihat beliau lebih kepada masa depan kerjaya saya. Salah satu nasihat beliau yang masih terngiang-ngiang di telinga saya adalah "Who will help BADARIAH...Only BADARIAH can help herself...".

Oh...saya bersyukur kerana saya telah diperingatkan oleh beliau tentang tanggungjawab saya yang sebenarnya. Alhamdulilah...

Saya berdoa agar beliau tak akan berhenti mengingat kan saya....Saya memerlukan seseorang yang sebegitu untuk menyedarkan saya daripada terus terleka...

THANK YOU MR. SYED KHALEEL....I'LL ALWAYS REMEMBER YOUR ADVICES AND PLEASE DON'T STOP ADVICING ME....

Screen garis-garis....

Dah tak ada lagi...yeay....sekarang saya menggunakan screen computer baru.best-best & sangat suka. Tak pening-pening dah...

Monday, December 20, 2010

Dia Milikku

Di kala saya sedang membuat lecture notes, saya tetiba hilang interest. Hehehe... Jadi saya telah nekad untuk menghiburkan diri. Saya tertarik untuk mendengar lagu 'Dia Milikku' dari cerita Cinta Kirana...

"Semula ku tak tahu engkau juga, t'lah ingin memilikinya

Bukankahku lebih dulu
Bila engkau temanku
Sebaiknya tak mengganggu

Reff : Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Pergilah kamu jangan kau ganggu
Biarkan aku mendekatinya


Kamu tak akan mungkin
Mendapatkannya karena dia
Berikan aku pertanda cinta
Janganlah kamu banyak bermimpi..ooo


Dia untuk aku
Bukankah belum pasti kamu juga kan jadi dengan dirinya
Dia yang menentukan, apa yang kan terjadi
Tak usah mengaturku


Reff2 : Dia untukku, bukan untukmu
Dia milikku, bukan milikmu
Lihatlah nanti, lihatlah saja
Biarkan aku mendekatinya


Kamu tak akan mungkin
Mendapatkannya karena dia
Berikan aku pertanda juga
Janganlah kamu banyak bermimpi


Kusarankan engkau mundur saja,,,ooo
(back to reff)"

Tolong saya...

Apa maksud kalau kat screen computer ada banyak garis-garis melintang? Screen tu nak rosak ke?

Garis-garis itu menyebabkan saya terasa amatlah mengganggu. Tapi saya tak faham kenapa dia jadi mcm tu. Nak kata jatuh...haruslah tak pernah kerana ia adalah monitor office. Dia terduduk cantik di atas meja...

Ermmmm...saya tak faham....

Sunday, December 19, 2010

Ini entry nasihat

1. Jangan pernah ada busuk hati dengan orang.
    Alasan: Apabila kita sakit hati aka busuk hati pada orang, semakin tak tenang dan gembira hidup kita. Rezeki manusia berbeza-beza. Setiap kejadian haruslah ada baik dan buruk.

2. Jangan pernah mengungkit bila buat kerja
    Alasan: Kalau buat kerja tak ikhlas...Rezeki pon akan tak berkat. Oleh itu, sentiasalah redha dan ikhlas melakukan kerja yang diberi.

3. Jangan pernah menanyakan kerja yang dilakukan oleh pihak lain (ie: eh apa yang si polan tu buat yer @ apa yer si polan buat untuk program ...)
    Alasan: Ini akan membawa kepada tidak ikhlas dalam diri. Lagi satu, usahlah persoalkan kerja yang dilakukan oleh pihak yang lain. Mana tau dia buat kerja lagi banyak daripada anda tapi tak pernah mengungkit dan 'show-off'.Jadi sapa yang dapat dosa? hehehe...

*** Yang penting untuk hidup kita dipermudahkan...Jangan lah pernah ada secebis perasaan dengki,busuk hati pada orang lain. Rezeki orang lain-lain.Lagi satu tolonglah ikhlaskan diri apabila buat kerja dan lakukan kerja yang diberi sebaik-baiknya. Bak kata orang perak "Jangan mengelat buat kerja". Sebab kalau kita tak ikhlas (ie: selalu berniat yang orang lain sentiasa nampak kerja kita tapi tak pernah ikhlas buat kerja, makin terpancar kesilapan kita)

Nasihat ini juga saya tuju pada diri saya sendiri. Peringatan yang penting nie.

IKHLAS BADA...IKHLAS BUAT KERJA...

Saya percaya Allah akan balas segala seikhlasan setiap manusia seadil-adilnya

Pengalaman

Kesibukan, kerisauan dan keseronokan akhirnya berakhir. Pengalaman bersama pelajar-pelajar EE/EP sangatlah tidak akan saya lupakan. Mereka adalah sangat 'fun'. Walaupun kami tidak banyak menang pingat emas, tetapi di setiap game pasti kami akan membawa pulang pingat.

'A very big clap for EE/EP team. They have doing their best. Injuries among the players have been increased throughout each game, but they never give up until the end of the game. They played the games with all their heart. I missed the moment. I miss their bravery.Thank you a lot students!!!!!' 

Proof of their bravery,deterministic and best...

* Walaupun EE/EP berada di tempat KETIGA, EE/EP tetap berada di hati saya.
**Jika bilangan pingat dijumlahkan, EE/EP adalah berada di tempat PERTAMA. (Saya fikir ini sudah cukup melambangkan kegigihan mereka....)

Go EE, Go EP, Go EE/EP !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, December 17, 2010

3 more days to go

Yeap..yeap....finally...

Seriously i cant wait. I cant wait for my players (EE-EP team) to win more games. We have try our best. We have done our job so greatly. We have spent most of our time for practicing and we enjoy each our time together. Tomorrow and day after tomorrow are our day. And this is our second chance. Let's grab this opportunities yer...

xoxoxo

Kini


Saya kelihatan sangatlah tembam ketika ini.Pipi saya membulat dengan pesatnya. Tapi badan still kurus melidi (bak kata seorang hamba awak..saya adalah seorang kerempeng). Gambar ini adalah gambar yang paling terkini. Gambar ini diambil lebih kurang 20minit sebelum saya masuk untuk membentang conference paper. Tetapi ketika ini saya sangatlah tidak sihat. Seperti yang diketahui dan diberitahu sebelum ini, saya mengalami batuk yang sangat dahsyat sehingga mahu terkeluar anak tekak bila batuk. Maka, jika dilihat gambar di atas, kelihatan mata saya sangatlah sembap dan kelihatan jugak sapu tangan kanak-kanak.Namun untuk membentangkan paper, saya haruslah menguatkan badan agar kuat. Tak mau lembik-lembik waktu bentang paper. Dan alhamdulilah...segalanya berjalan dengan lancar walaupun ada lebih kurang 3 soalan ditanyakan kepada saya. Semua soalan tersebut saya dapat menjawab dengan baik sekali. Alhamdulilah.

Saya berharap kesihatan saya akan kembali kepada asal selepas ini....Aminnnn...

Tuesday, December 14, 2010

....

Tekak saya sangatlah sakit.Saya batuk bagai mahu terkeluar anak tekak saya...and yang penting tekak saya sangatlah kering sehinggalah saya rs tak selesa walaupun saya dh minum air bergelen-gelen.

Do help me

Wednesday, December 8, 2010

December calendar ----> Fully booked

Previous weekend:- 4&5 Dec. 2010 ---- Morib (Teambuilding Program)

This coming week:
1. 11-13 December 2010 :- Muazam Shah (Kejohanan Sukan Mahasiswa;1st phase)
2. 18-19 December 2010 :- Bangi (Kejohanan Sukan Mahasiswa;2nd phase)

So...the only available weekend is on 25th-26th december 2010...

Huwaaaa....

I need rest...But I have to carry out my responsibilities...Go Bada!Go Bada!

Pengalaman yang manis dan indah

Tarikh:- 4 & 5 Disember 2010
Tempat:- Morib, Banting
Masa perjalanan:- 1 jam setengah

Pengalaman:-
-Pengalaman yang sangatlah baru
-Sangatlah enjoy and having ultimate fun
-paling penting saya belajar menangkap ikan menggunakan pukat tunda kot.Sehinggalah kaki saya digigit oleh binatang di dalam laut. Binatang apa? jangan tanya kerana saya sangatlah tak tau kerana air pantai itu sangatlah keruh
-Yang paling penting, saya yang sangatlah tak pernah bercamping belajar cara-cara bercamping dengan baik..tetapi saya ditempatkan di chalet yang ada air cond. So...feeling camping xada la sangat.
-Keadaan tempat...bestla jugak walaupun saya tak tahan kerana tempat itu tak membekalkan mineral water sehingga lah saya mendapat sakit tekak...
-Pengalaman yang sangat best:-Jalan kaki dari camp site ke pantai melalui paya bakau sambil berkaki ayam...You should try this...Best giler...Tapi ini mesti dibawah pengawasan orang yang hebat selok-belok tempat itu tau...

Akhir sekali...Saya sangat gembira disana walaupun akhirnya saya mendapat sakit. Maybe saya dalam keadaan terkejut lagi kot kena gigit ngan binatang laut tersebut. Pengalaman ini sangatlah beharga kepada saya. And students...you are soooo rox...miss u guys so much....