Saturday, August 28, 2010

Tangan

Ingat tak post yang sebelum ini mengatakan saya hendak menceritakan sesuatu berkaitan majlis iftar dengan pelajar. Maka ... inilah ceritanya.

Kesan terkena wap dari periuk

Inilah kesan terkena wap daripada lauk (daging kurma) yang sedang gelegak dimasak. Pada ketika itu, tangan saya hanyalah bewarna merah..dan saya tak sangka ia akan menjadi seperti ini. Dan ketika ini, kesan itu adalah sangat gatal&sakit apabila ditekan. Mungkin ini adalah kesan tinggalan sejarah daripada memasak..hehehe.

Di kala sibuk memasak, hanya seorang saja pelajar yang turn out ketika gotong royong. Padahal perkara ini telah diberitahu bahawa penyediaan makanan adalah secara gotong-royong. Namun tidak tahu di mana silapnye seorang je yang datang. Maka, saya biarkan saja kerana bagi saya kami (residen murni) sudah ramai untuk membantu Ketua Chef kami untuk masak juadah berbuka puasa.

Ketika itu saya menyimpan harapan agar pelajar2 tersebut akan membantu ketika untuk mengemas. Namun..hanya seorang saja yang membantu mengemas. Di manakah yang lain? Mereka hanya datang untuk makan sahaja. Ini sungguh mendatangkan perasaan yang sangat sedih di hati saya. Saya bukan BALACI mereka. Sediakan makanan & kemaskan untuk mereka. Di manakah sifat kemanusiaan mereka. Sanggup mereka buat kami begitu..Dahla esok kami kerja. Adoi

Saya bukanlah merungut tetapi saya hanya terfikir dimanakah rasa hormat&kemanusiaan mereka.

No comments: