Semalam adalah hari rabu (27.07.2011) dan ia adalah hari cuti untuk Cik Bada. Cuti itu hanyalah perkataan tetapi hakikatnya masih bekerja cuma bukan kerja ofis. Kerja yang dimaksudkan adalah:-
1. Servis kereta dan membaiki apa yang patut...masa untuk spend duit untuk m.y.v.i.v.a.f.o.r.e.v.e.r.
2. Pegi bank...Juga selesaikan apa yang patut.
3. Pergi bayar duit kereta, duit telefon.
4. beli barang sedikit untuk memberi penghargaan kepada diri sendiri =P... (penghargaan apa pon tak tahu..hehe)
Best juga pergi mall di kala semua orang bekerja. Rasa lenggang je mall itu...Ada gak feeling-feeling pergi private mall.. hahaha.
Cik Bada hendak story nie...Semalamkan pergi bank untuk buat beberapa urusan, ada satu criter. Tapi rasa-rasanya semua mengalaminya kot. Waktu itu dahlah Cik Bada nie kelam kabut jugakla sebabnya kena bekejar pergi workshop pulak. Boleh la pulak waktu buat urusan itu, ada orang bank ini approach pasal satu simpanan ini..Namanya takaful insan. Cik Bada pun layan jela. Pastu Cik Bada pon cakap...'takpe saya ambil nanti kalau berminat saya datang semula'. Tapi apa yang terjadi dia force jugak Cik Bada join. Siap letak pen suruh isi jugak. Tension tak???Pastu Cik Bada cepat-cepat cakap yang Cik Bada ada banyak sangat hal kena settlekan. Pastu terus pergi...
Sampai level bawah, terus jumpa seorang orang bank jugak nak minta info psl credit card bank berkenaan. MINTA INFO jer tapi orang tu paksa jugak isi borang...Kesabaran je...Dahla Cik Bada ini tak de bawa slip gaji. Best-best je nak suruh juga isi. Dia kata isi borang dulu nanti next time boleh je Cik Bada hantar slip gaji tu. Mengeledakla darah Cik Bada. Kalau next time Cik Bada hantar slip gaji, tetiba borang tu hilang macam mana? Tak ke nanti membazir masa je Cik Bada sebab nak isi borang semula. Grrrrrr....Dengan muka yang tak bersalah Cik Bada terus cakap yang Cik Bada ada banyak benda nak selesaikan dan nanti Cik Bada datang borang dan slip gaji. Pastu Cik Bada terus pergi.
Waaaaaaa....Apakah yang boleh di kaitkan di sini? Kenapa di dalam kedua-dua situasi di atas orang-orang tersebut suka memaksa orang?
Let people decide maaaa. If they like, naturally they will join.You dont have to force them.
Itu je nasihat dari Cik Bada =)
Thursday, July 28, 2011
Tuesday, July 26, 2011
Attitude
Attitude bermaksud sikap, perangai. Hari ini sahaja Cik Bada banyak mendengar dan melihat sikap yang boleh dikatakan sangat tidak bagus...Sangat tidak faham apabila perangai itu amatlah menyakitkan hati.
Ermmm...tak baik tau. Jangan kerana mahu dikatakan seorang yang bagus dan baik di mata ketua, seseorang itu sanggup berpura-pura. Bila ketua hilang, dia pun hilang...Patutkah? Dan seseorang itu sanggup memburuk-buruk kan seseorang yang dia kenal lebih lama, yang dia cari-cari selama dia susah kepada seseorang yang lain hanya kerana benda yang sangatlah kecil dan dia menjadi seronok apabila seseorang yang lain itu turut tidak suka kepada seseorang yang dia buruk kan...Buruk kan sikap dan perangai itu...
Pada pendapat Cik Bada, lebih baik diabaikan sahaja orang berkenaan. Alasan:- Mudah sahaja...orang itu akan tidak pernah berpuas hati. Lagi kita layan lagilah dia menjadi. Dia hendak buruk-burukkan orang lain? Let he/she be like that....Insyaallah..Allah Maha Mengetahui dan Berkuasa. Lagi banyak pendedahan buruk yang dia buatkan, perlahan-lahan perangai buruk dia akan terdedah...Believe me darling...Memang ia akan berlaku sangat perlahan, tetapi biar lambat asal selamat okey????
Lagi satu, dunia ini bulat dan kehidupan kita amat bergantungan antara satu sama lain. Ingat tu!!! Berbuat baik dibalas baik...Sikap yang baik pasti dibalas dengan sikap yang baik juga...
Kepada kekawan Cik Bada yang telah terkena, bersabar yer...Disebalik kekejaman yang dilakukan, keadilan itu masih ada...Cuma masa yang menentukannya...
Peace no war ***wink***

Friday, July 22, 2011
Motivation
Dr. XXX : Bada bila you nak sambung ni?
Cik Bada : Ala Dr. XXX...saya rasa tak confident lagi (dengan riak wajah yang sedih lagi menyayat hati...)
Dr. XXX : Bada...you BOLEH...
Cik Bada : Insyallah =)...
Dr. XXX : Tadi dah dengar talk, insyaallah boleh....
Cik Bada : Thanx Dr. =)...
Talk pasal K-Chart memang super best!!! K-Chart ini bukan K-Pop tau yang anak remaja sekarang tergila-gila kan. Ia adalah lebih kepada 'tool' untuk memahami research study yang dibuat. Dan ia adalah lebih cool tau dari K-Pop hahaha...
K-Chart ini adalah lebih kepada tree-diagram yang mana anda perlu berfikir dengan lebih detail untuk setiap dahan. Ia akan memberi idea awal sebelum memulakan research. K-Chart BUKANlah sebuah software tetapi ia lebih kepada cara traditional. Dulu-dulu waktu belajar kat sekolah menegah, Cikgu selalu cakap buat mind-map supaya lebih faham. So..Cik Bada pun buat la tetapi sekadar mengikut cakap Cikgu. Padahal itulah cara yang terbaik untuk kita lebih memahami, membuat assumption, dan hypotesis mengenai research work kita. Seriously, memang best TETAPI nak membuat pun akan mengambil masa yang lama. Tetapi melalui K-Chart:-
1. Faham dengan lebih mendalam apa yang perlu kita buat.
2. Faham dan kita dengan sendirinya boleh mencari research scope yang diinginkan. Yang penting kita akan cepat tahu apa supervisor kita perlukan. Tak la dia menyampah kat kita sebab asyik tak faham. Lagi satu asyik terpesong je...hahahah.
3. Faham dengan method yang digunakan. Ini yang paling susah sebab ini banyak melibatkan literature review. So...nasihat Prof. itu ialah..Baca dengan lebih FOKUS...Yang paling pasti kena clear dengan research SCOPE kita...
4. Boleh memahami dan mencari masalah dalam research work.
5. Dan melalui K-Chart, kita boleh memahami dan mengeluarkan research results yang banyak sebelum VIVA, kita akan lebih yakin dan tidak akan merasa yang apa yang kita buat masih tidak cukup. (Itula yang Cik Bada nak sangat-sangat....)
So...Its time for me to begin....
Learn from the root...
Find out the research scope...
Focus!!!!
Hard work and always think that 'The work is mine...Only i know the process, the works, the problems and its solution.'
Never give up...
Thursday, July 21, 2011
Monday, July 18, 2011
Apa tindakan yang perlu Cik Bada buat....
Kenapa jadi semua ini?? Apa salah kami?
Berdasarkan 3 gambar di bawah, kalau lah perasan, Cik Bada tak padam kan pun nama-nama di situ. Adda Nur adalah adik Cik Bada dan yang lagi satu itu (nama tak mahu disebut sebab rasa meluat!!!) adalah pak--
kami..(tak nak sebut juga sebab rasa malu nak panggil dan anggap macam tu!!!). Jika diperhatikan ada berlaku kejadian serang menyerang di situ yang mana ia melibatkan adik Cik Bada (Adda Nur), Cik Bada dan pak-- (si pelaku).
Sebenarnya kami adik-beradik telah lama menyampah dan meluat dengan si pelaku ini. Cuba bayangkan.. Setiap kali kami adik-beradik letakkan wall post, sure si pelaku nie memburukkan wall post kami. Kekadang rasa macam 'What is he trying to say? / Is he crazy? / Is he understand what we are talking about? and we feel that he is actually trying to say to MOST of our FRIENDS that he is our uncle and he is very close to us...' yakes...CIk Bada rasa nak muntah okey...Nak kata Cik Bada saja yang rasa macam tu..Tak juga sebab kami adik-beradik suka bergosip pasal ini. And sometimes we feel so sorry to our aunty because she married to him!!
Cik Bada mahu 3 gambar ini dilihat dan diperhatikan...Sebenarnya wall post ini adalah khas ditujukan kepada Cik Bada dan adik bongsu kami. Yela..kami dah lama tak pulang ke kampung kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Maka, Angah (Adda Nur) telah menanya bila kami hendak pulang untuk berjumpa dengan nya. Seriously...itu adalah post yang sangat sweet dan comel. Yela...adik-beradik bila dok jauh confirm rindu kan... Tapi benda itu jadi tak sweet langsung bila si pelaku ini masuk campur. Kalau dilihat, selepas Angah post kat wall, si pelaku terus kelam-kabut nak tambah kan. Nak muak tak??
Tiba-tiba si pelaku mengeluarkan statement yang sangat tak boleh diterima pakai...What is he actually trying to say? Kitaorang ni jahat sangat ke tak melawat Wan (nenek kesayangan kami)??? Or maybe si pelaku ni sengaja nak tunjukkan yang dia ni sangat bagus (Wan ni dia selalu jenguk dan jaga lah) dan kami termasuk mak ayah Cik Bada ni sangat tak bagus (tak pernah jaga Wan, tak kisah pasal Wan, biar je Wan kat rumah itu sorang-sorang..)...
Cik Bada sangat tak puas hati. Kalau yer pon nak cakap satu dunia yang dia itu SANGAT BAGUS, tak payah lah canang-canang dan merapu kat wall anak sedara sendiri. Bongoks ke apa? Setahu Cik Bada Wan selalu cerita yang tak best je pasal pelaku ini kat kami adik-beradik dan mak ayah kami. Tapi ada ke kami nie buruk-buruk kan di wall fb si pelaku dan anak-anaknya? Semuanya sebab kami nak jaga air muka dia...Kami tahu perihal keluarga adalah sebuah maruah yang tak terhingga nilainya. Kami tak mahu termasuk dalam golongan yang suka buka hijab orang sebab kami tahu apa hukumnya.
Dan bila si pelaku mengeluarkan kenyataan (refer gambar di bawah) dia seolah-olah mempunyai agenda memalukan keluarga Cik Bada. Kenyataan yang dikeluarkan adalah kenyataan FITNAH yang mana sekiranya orang yang tidak kenal keluarga Cik Bada pasti anggap betapa teruk dan buruknya keluarga kami =(...Alhamdulilah...Angah terbuka hati mengeluarkan kenyataan yang membalas semula kenyataan FITNAH itu... Ya Allah...Busuknya hati si pelaku ini...Apa salah keluarga Cik Bada???Mungkin si pelaku ini dah tak sabar kot nak makan daging sedara dia sendiri ini..Haissshhhh...Giler karnivor ini orang. Sure tak sabar tu =P..
Kesimpulan cerita:-
1. Kami sekeluarga selalu dan sentiasa MELAWAT, MENJAGA Wan...Tak pernah lupakan Wan. Tak pernah sakitkan hati Wan sebab kami sayang Wan..Cuma kami tak lah beritahu SATU DUNIA!!!!
2. Menjaga Wan adalah tanggungjawab kami juga tetapi bila kami buat sesuatu untuk Wan kami tak pernah canang-canangkan SATU DUNIA!!!!
3. Kami tak pernah mengungkit jaga Wan pada SATU DUNIA!!!!
Kepada si pelaku;
Terima kasih banyak-banyak kerana menyakitkan hati kami sekeluarga. Kami buat semua tanggungjawab kami seikhlasnya demi ALLAH S.W.T. Sebenarnya banyak kami tahu tentang kamu sekeluarga tapi kami tak pernah kecoh walaupun kadang-kadang rasa sakit hati itu WAJIBlah ada kerana kami juga manusia. Sesungguhnya FITNAH yang kamu taburkan kepada kami, kami terima dengan hati yang terbuka luas kerana kami tahu balasan ALLAH S.W.T sangatlah adil...Kami tak perlu balas-membalas kerana kami yakin dengan kekuasaan ALLAH S.W.T. Kami yakin ALLAH S.W.T sentiasa bersama dengan kami sekeluarga.
Akhir sekali..Terima kasih banyak-banyak.
p/s: Buat masa ini...Cik Bada macam tak boleh terima sebab si pelaku itu telah membuat nama baik keluarga Cik Bada busuk.
Ya Allah...Tolong kami Ya Allah..Semua ini adalah sangat keterlaluan untuk kami.....
Aktiviti Hujung Minggu
Selamat Pagi dan Selamat Hari Isnin...
Hari Isnin adalah hari yang plaing tak best dan seronok kerana perlu bangun pagi-pagi dan perlu kelam kabut nak pergi kerja. Rasa yang teramatlah malas sehingga baju dan tudung untuk bergaya ke tempat kerjadicantikkan digosok tepat pada pukul 7.30am yer...Cik Bada sengaja buat macam tu kekonon nak menunjukkan rasa yang teramatlah MALAS tetapi silalah merungut dan memberontak sesorang kerana kerja itukan amanah. Nak tak nak Cik Bada WAJIB pergi kerja...=)
Di kala hendak mencari mood bekerja, Cik Bada mulakan dengan cerita-cerita di waktu hujung minggu yang super duper best!!!!!
Sabtu
AM:-
Pergi kenduri aqiqah baby Faeq (Baby Paie)...Baby itu sangat comel. Cik Bada asyik cium pipi baby je sebab dahlah comel pastu wangi betul bau baby.Ermmmm...bestnyerrrrr!!!!Nak cium lagi =P Balik dari kenduri dalam pukul 2.00pm.
PM:-
Dari Seremban terus pergi tengok movie; Harry Potter Part 2. Super best jugak =) Habis tengok wayang jalan-jalan sekejap.
Lalu tetiba terfikir dan rasa rindu sangat-sangat adik. Lalu dengan pantasnya terus memecut ke Ampang. Semua cerita kami berkongsi dan gelak tawa beserta hilai ketawa bak pontianak mengilai kami buat di Restoran Subway. Tapi kami hiraukan kerana kami dah bayar and makan makanan dia kot =P...
Then terus pulang...Menjalani kehidupan membujang semula :,(...
Ahad
Hari Ahad adalah dipenuhi dengan hari untuk diri sendiri.
Pagi-pagi telah dipaksa untuk membuka mata agar boleh pergi membeli barang rumah. Terasa lama sudah dapur telah tidak berasap. Mulalah otak Cik Bada mencongak nak masak apa...Jadi terus mandi, start enjin dan terus memecut pergi beli barang ke Mydin.
Ambil sayur,ayam,daging,sabun kain,sabun basuh pinggan zup zap zup zap sehingga penuh troli dan terus memecut ke kaunter. Dan Cik Bada terus membocorkan poket dengan membayar RM 12x.xx..:,( PADAN MUKA... Membeli tak sedar diri...
Terus balik rumah masak pasta untuk dimakan tengahhari together makan breakfast aka BRUNCH...Adat orang bujang kan...=P...
Bila perut dah penuh dengan pasta, terus bersedia untuk masak trifle. Banyak proses yang perlu dibuat dan dipatuhi tau. Tapi Cik Bada suke sebab teringin sangat nak makan =)..Pastu jumpa buah hati sambil bagi sedikit trifle sebagai tanda ingatan Cik Bada kepada si buah hati =P..Pastu buah hati Cik Bada sangat baik sebab belanja Cik Bada makan kayeefceee..Sedap sebab buah hati belanja..
Malam:-
Terus tetidur dalam keadaan happy. Oooopsss sebelum tengok TV dan tengok cerita Full House dulu...Sebab sebelum tidur kena happy-happy...
Itulah aktiviti Cik Bada yang sangat penuh kan...Overall Cik Bada sangatlah gembira....
Hari Isnin adalah hari yang plaing tak best dan seronok kerana perlu bangun pagi-pagi dan perlu kelam kabut nak pergi kerja. Rasa yang teramatlah malas sehingga baju dan tudung untuk bergaya ke tempat kerja

Wednesday, July 13, 2011
Bila lagi masa CIK BADA akan datang???
I just received an email from my friend that she has passed her PhD viva this morning!!!Best kannnnnn....=)
Ermmm...Bila turn Cik Bada pulak?????Motivation is there BUT i just dont know where and when to start...Kekadang takut sebab Cik Bada dah dapat bayangkan kesusahan untuk siap kan PhD tau. Seluruh jiwa dan raga kene serahkan untuk siapkan PhD tau.Bersediakah Cik Bada?????
Ya Allah...Permudahkan perjalanan & tunjukkan jalan-mu kepada hambamu ini Ya Allah...Aminnnnnn...

Tuesday, July 12, 2011
-
I am so happy BUT I am going to miss you so much =(...
+
+
+
+
+
Ermmmm...En.Tunang telah dapat kerja di tempat yang lain...Which gives him a very good offer than his current job...Congratulation En.Tunang!!!!.Cik Bada sangat gembira tetapi disebalik rasa yang sangat seronok pasti ada yang sedih kan. Kerja itu akan membawa En.Tunang jauh dari Cik Bada. Walaupon main office En.Tunang di Shah Alam tapi En.Tunang harus pergi ke merata-rata tempat (depend on project). So...untuk masa terdekat adalah di Pasir Gudang, Johor...Sangat jauh kan...Pasni Cik Bada perlu begerak solo semula. Tapi boleh ke sebab sebelum ni semuanya kalau boleh Cik Bada nak En.Tunang selalu join ke mana-mana Cik Bada nak pergi...Semoga Cik Bada kuat untuk semua ini. Sebelum ini boleh...tak kan dah tak boleh kan...hahaha=)...
Thursday, July 7, 2011
Keje Cik Bada bermula pukul 8am-12am
Ermmmm...apakah Cik Bada nak mengomel kan...Tak habis-habis nak mengomel. Story nie saje-saje di letakkan di sini sebagai bukti yang Cik Bada pernah berkerja dari pagi ke malam. Penat? MESTILAH sangat penat tetapi semua itu perlu dilontar jauh-jauh bila duduk ramai-ramai sambil gelak-gelak sampai lupa diri.
Kerja...Kerja...Untuk bergembira di tempat kerja, pada pendapat Cik Bada, semestinya kita mesti mencari kegembiraan itu sendiri. Ia tidak akan datang dengan mudah kerana seharusnya kita akan berdepan dengan masalah seperti berikut:-
1. Ketua yang TAK best. Everybody has his/her own experience with this kind of leader. Itula fakta yang selalu kita jumpa kat mana-mana buku pun. Apa-apa pun, walaupun tak sebest mana pun ketua kamu, kamu haruslah bekerja dengan gembira dengan mencari keseronokan anda sendiri.Contoh: cari pengalaman dan kawan-kawan barusewaktu melakukan kerja kerana kekadang kekawan baru ini ada banyak idea-idea yang gila sehingga kita rasa 'eleh best je keje ni walaupun ketua tak best'. Cik Bada dah cuba kaedah ini...Ia sangat berkesan.
2. Apabila ketua/partner yang tak ikhlas dan jujur...Ini sangat payah untuk dicakap. Sebenarnya ini ikut individu masing-masing.Pada Cik Bada, Allah Maha Mengetahui segala-galanya even sehalus kuman niat anda. Setiap manusia ada agenda tersendiri yang perlu dikejar. Kekadang agenda itu amat menyusahkan orang lain. Tetapi seperti yang selalu kita dengar, sekarang Allah bayar semua perbuatan secara CASH...Perbuatan baik pasti dibalas baik dan jahat pasti dibalas jahat. TITIK.....
3. Berurusan dengan yang bermuka-muka...Cik Bada paling tak soka ok makhluk macam ini. Tapi seperti yang dinyatakan di atas; setiap orang ada hidden agenda memasing...
4. Mengheret kita ke dalam masalah dia. Ermmmmm...ini yang paling tak best...Oleh sebab tak mahu dikatakan syok sendiri dengan mengatakan orang lain tak bagus dan dia sahajala yang bagus, dia mengheret kita kepada kontroversi yang dia sendiri cipta. Gile busuknya hati org itukan. Ini Cik Bada baru terkena semalam. Rasa nak pukul jer orang itu...Pleasela...Muak la..Si pembuat kontroversi itu harus sedar yang ANDA itu adalah senior lecturer dan ada pangkat Doctor lagi tau...Janganlah nak memalukan status anda dengan buat perangai macam orang yang tak pandai berfikir...
Banyak lagi yang nak diletakkan di sini tapi semuanya berpokok pangkal nye dari hati. Kalau hati kita baik, insyaallah semuanya akan berjalan dengan baik.
Mari kita menjamu mata tengok gambar yang diambil sebelum berkerja malam semalam.Senyum adalah WAJIB sebab itukan sedekah....=) Tak payah bayar pon....
3 orang anak dara pingitan dan Mama Fatih...
Azreen (Kawan baru saye!!!), Cik Bada and Mama Fatih
Monday, July 4, 2011
Random talk
Sudah lamanya tak menyentuh @ menulis sesuatu di sini. Rinduuuuunyer...Semua ini kerana Cik Bada telah kering idea-idea untuk menulis dan termasuklah perangai yang haruslah dibuang jauh jauh iaitu PEMALAS. Cik Bada sangatlah memuji rakan-rakan Cik Bada yang rajin menghidupkan belog mereka. Dan kegiatan mereka yang sangat rajin menyebabkan Cik Bada menjadi sangat rajin untuk melawat belog mereka. Cerita-cerita yang disampaikan sangatlah menghiburkan hati...Syiok betul!!!!!!!
Hari ini Cik Bada nak share cerita pasal JAGA...Ermmmm...banyak maksudnya itu...Kalau tengok cerita drama/movie selalu kita semua terjiwang sekejapkan bile pelakon itu cakap contah:- "Saya janji akan jaga awak dengan baik sepanjang hidup saya"... Lalu, menjadi seorang perempuan teruslah terlentok kesukaan. hahaha...Sebenarnya ramai je lelaki-lelaki suke sangat kuarkan ayat mcm tu sebab perempuan memang cair lah dengar ayat tu (tapi depend juga la kekadang ada juga yang tak cair pon=)).
Persoalan yang selalu Cik Bada terfikir berkenaan jaga adalah Adakah mahu JAGA macam jaga baby @ kanak-kanak?hahaha...Confirmla tak kan..sungguh tak romantik sungguh Cik Bada ini.
Meh sini Cik Bada nak romantik...Pada pendapat Cik Bada untuk ayat di atas, kalau nak JAGA dengan baiknya, bukanlah dengan hanya jaga fizikal yer. Perasaan, jiwa dan rasa juga haruslah dijaga dengan baik. 3 perkara ini adalah sangat discrete dan sangat sukar disukat kerana anda tak akan sedar atau tahu sekiranya si perasa @ sensitif tidak meluahkan nya...Menakutkan kan kan...Sangat takut kalau kita ada buat orang terasa...Konfirmla perasaan terasa tak kan hilang sejam dua..percayalah...macam mana kalau si perasa tetibe termeninggal...Kan susah kite nak minta maaf. Jadi kesimpulan ceritanya...cubalah berhati-hati dengan perbuatan kita. Ingatlah setiap perbuatan kita pasti mendatangkan impak positif/negatif terhadap orang lain. Semua orang ada perasaan yer. Jangan fikir orang tu keras macam batu dan asyik gelak je dia takde perasaan yer..
Hahaha...nape tetiba rasa nak emo plak ni bile cerita pasal ni? hahaha...Its something good to share kan?

Subscribe to:
Posts (Atom)