Tersebutlah kisahhhhhhh ...
Saya sebenarnya masih dalam keadaan terkejut...Waktu menulis ini pon tangan saya masih mengigil...Kenapa?
Hari ini adalah hari yang mana saya harus membuat keputusan untuk memilih sama ada duit atau nyawa. Dan keputusannya haruslah NYAWA. Jika saya masih buat tak tahu kepada keadaan tayar kereta saya, mungkin nyawa saya akan melayang meninggalkan dunia ini. Sesuatu pelajaran yang juga saya pelajari pada hari ini.
TAYAR dan
BREK kereta bukan lah sesuatu yang boleh dibuat main. Kerosakan kedua-dua objek ini akan menyebabkan nyawa kita berada di hujung tanduk.
(Wahai pemandu-pemandu wanita, saya nasihatkan jangan pandang ringan kepada kedua-dua tayar dan brek kereta.)
Seperti biasa saya lansung tidak mengambil berat akan kesihatan kereta saya. Yang saya tahu hanyalah pandu saja kereta saya (tapi saya hanya mengambil berat pasal enjin kereta sahaja.Kiranya taklah loser sangat kan.=) )... Tapi malam tadi saya terdetik untuk berjumpa doktor tayar =)... Tapi sebelum pergi, saya haruslah mendapatkan nasihat daripada kawan-kawan kerja saya agar saya tidak ditipu.
Maklumlah perempuan kan selalu ditipu oleh pakar-pakar kereta nie. Dan...
YES!!!!....Tayar kereta saya memanglah bermasalah...Tayar saya telah botak dengan licinnya.
Maka saya telah membuat keputusan untuk berjumpa doktor tayar secara
seorang diri (sambil ditemani dengan nasihat ayah yang saya telefon sewaktu dalam pejalanan. Thanx ayah sebab tenangkan hati saya yang sangat risau) dan hati yang penuh harapan agar doktor tayar tidak menipu saya. Nasib saya sangatlah baik hari ini. Mungkin berkat doa dan nasihat ayah yang suruh saya kelihatan konfiden agar tidak ditipu. (Ayah juga sempat bagi ilmu tayar kereta skit. Ayah takut anak perempuan dia yang comel ni kena tipu).
Hasilnya...Memang saya tidak ditipu...Kenapa?????Saya senaraikan yer sebab-sebabnya:-
1. Tayar kereta saya sememang sudah
expired. Tayar pun ada expired date tau...Maka terdapat gelembung-gelembung di tayar-tayar saya. Patutlah apabila saya memandu saya dapat rasa yang kereta saya beralun-alun. Tak stabil.
2. Tayar saya sudah sangatlah botak...
3. Kerana peristiwa langgar lubang yang besar suatu ketika dahulu yang telah menyebabkan tayar kereta saya pecah...Chamber belah kiri kereta saya bengkok. Maka...Ia perlu ditukar tapi harus ditukar dengan belah kanan sekali...Melayang RM90... =( Apa nak buat...Patutlah sebelum nie even baru buat balancing, kereta saya masih macam tak balance saja..Asyik nak ke kiri-kiri je...Menakutkan....
Untuk semua alasan di atas saya telah melabur
RM690. Sungguh banyak hasil pelaburan. Tetapi bila difikirkan keselamatan nyawa, saya redha...
Saya juga dinasihatkan oleh doktor tayar itu..."
Amoi...Make sure setiap 10,000km, datang ke kedai tayar semula untuk mengubah position tayar (tayar depan gi belakang, tayar belakang datang depan...). Ini untuk jaga health tayar..." ....Saya akan ingat nasihat doktor tayar itu...
Saya sayang nyawa saya...