Tuesday, June 29, 2010

Mahu cerita-cerita yang best pulak...

Sejak kebelakangan nie, asyik cerita yang tak best je tertulis di blog nie. Saya mahu sesuatu yang gembira, fun & mengasyikkan hati pula di tulis. Apabila saya menulis perkara-perkara yang tidak menyeronokkan, ia tidak bermakna yang hidup saya sangat boring, dan tidak gembira...

Banyak perkara menarik yang telah saya lakukan cuma tidak saya ceritakan di sini...Kerana saya tidak pula mengambil gambar untuk setiap tempat yang saya tuju...

Saya perlu lebih alert lepas nie....Dan patutkah saya bawa kamera saya di setiap tempat yang saya tuju....

Monday, June 28, 2010

Pencuri

Pencuri ada di mana mana sahaja. Wah sangat ganas kan statement saya hari ini. Yer...Pencuri memanglah seorang yang jahat. Kerana pencuri la, hari ini menjadi sangat lah tidak best...Kenapa saya sangat marah kepada pencuri?

Sebab:-
PencuriItuTelahMencuriCompressorAirCondBilikResearchLabSaya.MacamManaSayaNakBuatResearchSaya.WahaiEncikPencuriKayaSangatKeKoNakJUalBenda-BendaTu..DosaJeBenyakKoDapat.

Maka,pagi tadi masa saya banyak dihabiskan untuk menyelesaikan masalah itu...Sungguh Jahat Encik Pencuri itu...Bukankah benda itu sangatlah besar untuk dibawa...Dan FYI, selain compressor bilik lab saya, ada 4 biji compressor juga hilang pada masa yang sama. Secara keseluruhan 6 biji air-cond compressor dicuri dalam masa satu hari. Maka secara logik akalnya, bagaimana pencuri itu berjaya melakukan perkara itu dan membawa ia keluar dari kawalan phak sekuriti universiti...Adakah mereka sudah membomohkan pihak berkuasa universiti sehingga pihak universiti lepa dengan perkara ini. Atau Encik-Encik Pencuri menganggap Universiti ini adalah tempat harta karun & mereka nampak kelemahan kita dari segi kawalan keselamatan...

Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak. Tapi sekiranya pihak keselamatan memarahi kami (ahli bilik research lab) kerana tidak menjaga compressor air cond itu, maka inilah jawapan saya...
"Adakah kamu semua nak kami berkhemah tidur di tepi compressor air-cond itu!!!!!!!!!!!"

Maaf sekiranya bahasa saya agak kasar. Saya sudah terlampau bengang ok...

Saturday, June 26, 2010

PERINGATAN atau PAKSAAN

Adakah  anda suka sekiranya terdapatnya seseorang yang suka memaksa anda melakukan sesutau perkara. Dan sesungguhnya anda melakukan ia tanpa kerelaan hati anda...Dan seseorang itu telah juga mendakwa yang paksaan itu adalah peringatan...Wah sungguh mendalam kan maksud saya...Apa yang anda perlu buat untuk megatasi masalah itu.

Pada pendapat saya, paksaan itu akan menjadi sesuatu yang baik sekiranya ia mendatang kebaikan untuk kehidupan kita contohnya berjaya dalam hidup, pelajaran, mencapai segala impian hidup kita. Namun, paksaan itu mendatangkan keburukan sekiranya ianya menyebabkan anda tertekan, merana, dan menjatuhkan motivasi diri anda sendiri.

Mungkin berikut adalah perkara yang perlu anda buat untuk mengatasi masalah PAKSAAN daripada seseorang:
  1. Anda perlu 'speak out' untuk diri anda. Anda perlu memberitahu pihak yang sedang memaksa anda yang anda tidak suka dipaksa. Ceritakan apa yang dilakukan oleh seseorang itu hanya menyebabkan anda tertekan.
  2. Meminta nasihat daripada orang lain sekiranya anda tidak mampu untuk menyatakan bagi pihak anda
  3. Anda perlu percayakan diri anda sendiri.
  4. Anda perlu yakin dengan diri anda kerana hanya anda tahu kemampuan diri anda sendiri.
  5. Anda perlu lebih kuat semangat. Jangan biarkan perkara tersebut membinasakan diri anda.... Jangan biarkan orang lain menjatuhkan motivasi diri anda.
  6. Anggap paksaan daripada pihak berkenaan bagai angin yang berlalu....
  7. Yang terakhir....Putuskan hubungan dengan pihak yang berkenaan (tapi nie giler kejam plak. Islam pun tak bagi kita memutuskan hubungan sesama insan. Tapi menurut pendapat saya...tak guna kiranya anda membiarkan orang lain terus memaksa diri anda...Pada saya, cukuplah tekanan yang telah anda terima. Tak perlu anda dapat lagi tekanan dari pihak yang lain...)
Anda perlu bangun untuk hak diri anda. Anda perlu sayangkan diri anda. Tiada yang berhak ke atas diri anda selain anda sendiri. Biar apa yang anda lakukan dengan kerelaan diri anda sendiri bukan dilakukan penuh tekanan.

Ini hanyalah sebahagian dari pendapat saya...

Hanya anda sahaja dapat menilai dan mempertimbangkan pendapat saya..

Saya mahu belajar masak!

Wah confession berat daripada saya kan...Saya memang mahu belajar masak kerana saya sememangnya tak pandai masak. Oleh kerana itu, saya selalu cuba memasak di rumah saya. Ala...masak pun perut saya sorang je kan yang makan. Tak kisah la sedap ke tak...asalkan saya mencuba memasak. Rujukan saya hanyalah mak saya yang tercinta. Sebelum memasak @ membeli barang adalah menjadi suatu perkara yang wajib untuk saya menelepon mak saya yang terchenta...

Saya telah cuba memasak makanan berikut...
  1. nasi dan air putih (hahaha...nie sume org pun tau kan...Sila jgn sumpah seranah saya yer..saya cuma mahu menyenaraikan milestone kegiatan memasak saya..ampunkan saya...hehehe)
  2. nasi ayam (ini sangat memenatkan...kerana banyak sungguh yang perlu disediakan..dari nasi, sup, sos, kicap dan seharusnya ayam yang sememangnya harus diperam...fuihhhh...)
  3. daging masak cabai
  4. ayam masak lemak cili padi
  5. ikan masak lemak cili padi
  6. sayur goreng
  7. sayur rebus
  8. ayam masak merah
  9. ayam goreng, ikan goreng, telur goreng
  10. tomyam
  11. sup
Apa lagi yer yang saya tak pernah cuba...Tapi sedap ke tak saya tak pandai nak komen kerana saya masak, sayalah makan. Tiada yang beri komen. Maka dengan perasaan tak malu, sedap kot sebab tekak saya boleh terima...hahahah...Sekarang saya mahu belajar buat kuih moden&tradisional, masak kek, buat muffin kek...
Sangat banyak saya mahu belajar lagi. tapi mana yer saya harus sumber-sumber berkenaan. Plus...macam mana yer nak masak kek guna microwave...Di microwave saya ada icon kek...tp saya tak pandai gunanya..Tolong ajar saya....

Sekian saja confession saya (yang tak pandai masak & guna microwave utk masak kek. Sungguh gadis zaman batu betul saya nie) untuk hari ini...


p/s: Mana saya nak belajar masak kek guna microwave nie...saya nak tau...tolong ajar saya kepada yang tau...sian saya...saya tak mau lagi jadi gadis zaman batu...saya nak jadi gadis zaman IT...huhuhu


Please...Please...Please....Bantu saya....

Friday, June 25, 2010

self-motivation

Apa yang kamu harus lakukan sekiranya anda hilang motivasi diri di atas sebab sebab tertentu. Berikut adalah cara mengatasi masalah ini.
  • Berkawan dengan mereka yang sentiasa memotivasikan diri anda.
  • Elakkan diri anda dari orang yang sentiasa berfikiran negatif
  • Cari hobi baru yang akan menyebabkan anda lupa kepada perkara yang menyebabkan anda hilang motivasi diri
  • sentiasa membaca buku yang menaikkan motivasi diri anda
  • lakukan perubahan kepada diri anda agar anda tidak lagi merendah diri contohnya jika dulu anda seorang yang comot, semak; maka anda haruslah berubah menjadi seorang yang pandai menghias diri...dari tak pernah make-up kepada seorang yang sentiasa make-up dengan niat anda kelihatankemas, rapi dan lebih menarik dari sebelum ini.
  • Jangan biarkan orang lain memijak mijak hak anda
  • sekali-sekala kita haruslah tegas dengan pendirian kita kerana orang lain pasti akan hormatkan pendirian kita.
  • Sentiasa ada perasaan dan semangat untuk memajukan diri.
  • Sentiasa bersemangat...aja-aja fighting !!!!
Inilah perkara-perkara yang telah saya lakukan untuk menaikkan motivasi diri saya...Mungkin cara-cara saya juga dapat memotivasikan diri anda....

Thursday, June 24, 2010

Puasa

Saya perlu ganti puasa sebanyak 10 hari...Banyakkan. Saya harus rajin menggantikan puasa berkenaan. Daripada 10 hari, saya baru ganti 5 hari (sehingga hari ni la).Ya Allah beri kekuatan yer...salah saya jugak melambatkan ganti puasa. Padahal boleh je start dari awal dulu. huhuhu...padan muka!!!

Saturday, June 19, 2010

Hidung berair!!! Mata saya pun berair!!!


Inikah simptom demam? Air hidung asyik mengalir...bersin jangan cakapla....Mata pun dah membengkak sebab asik berair je, mata pun rasa panas je...adoi...haritu lepas viva, saya demam, skang bile dah abis buat correction plak, saya demam semula ke...adoi...badan pun dah start lenguh2...

Tapi saya haruslah tak memikirkan pasal sakit. Saya seorang di sini. Saya harus kuat lawan sakit. Kalau kat umah mak ayah boleh lah mengada-ngada. Tapi bila sesorang kat umah sendiri; haruslah saya kuat, cari ubat sendiri, kalau sakit sangat sapu ubat&letak tuala kat kepala...Memandangkan saya tak larat nak bawak kete, maka haruslah saya kuatkan semangat&badan untuk masak...Adoi...sangatlah mencabar diri saya apabila tinggal berseorangan.

Tuesday, June 15, 2010

a-d-i-n-d-a

Malam pertama sangat sempurna
Duhai adinda sungguh jelita
Selama ini hanya kau yang kutunggu

Bukannya rahsia di antara kita
Semakin membara jiwa gelora
Selama ini hanya kau di hatiku

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Apa saja yang kau mahu

(Chorus)

Semua untukmu oh adindaku
Dengarlah rayuan di hatiku
Sesungguhnya aku mencintaimu
Selalu di hatiku memanggil namamu

Oh adindaku oh adindaku
Semua kerana, kerna kamu

Engkaulah permata hatiku
Suluh menyinar hidupku
Yang selalu menerangi hari gelapku

Nantikan dinda yang satu
Tak akan pernah ku jemu
Semakin hari semakin ku rindu

Tak mudah kumelupakanmu
Hanya engkau yang kuperlu
Bayang-bayangmu masih menghantuiku
Kamu selalu dihatiku
Semua yang kau mahu

(Chorus)

Walau berjauhan
Suaramu mengakhiri penantian
Tabah mengharungi cinta
Semua dugaan Maha Esa

(Chorus)


Sunday, June 13, 2010

Mari melawat muzium negara

Aktiviti
1. Pergi kenduri kahwin di Meru, Klang
2. On the way balik, singgah Muzium Negara

Muzium Negara...Here i come!!!!hehehe...Saya sangatlah teruja ketika sampai di muzium ini.  Sesungguhnya dah lama saya teringin untuk sampai di sana. Akhirnya termakbul juga cita-cita saya. Selama ini saya hampir terlupa akan asal usul negara kita. Yer...saya mempunyai semangat kenegaraan yang kuat yer kawan2. hehehe. 

Ok...Untuk masuk ke Muzium itu, bayaran masuk sebanyak RM2 dikenakan ke atas orang dewasa. Dan sekiranya anda menaiki kereta, RM2 juga dikenakan untuk tempat memparking kereta. Muzium Negara mempunyai 2 tingkat. Di tingat bawah adalah pameran zaman pra-sejarah & di tingkat atas adalah pameran Malaysia di zaman pra-moden dan Malaysia Kini...Banyak yang boleh diperolehi di sana. Saya tak sempat nak melawat semuanya kerana masa amatlah mencemburui saya..Cewah...hehehe...

Di luar muzium, diadakan pameran keranda untuk sesiapa yang sangat meminati perkara-perkara misteri...hehehe. Tapi saya seharusnya tidak memasuki tempat itu kerana saya sangatlah "TAKUT" walaupun ia hanyalah keranda...Hahaha...

Secara keseluruhannya, saya amat gembira kerana impian saya untuk ke Muzium Negara tercapai...Thank you my driver...

Wajah-wajah kegembiraan apabila sampai di muzium negara. Hati saya melonjak lonjak kegembiraan. Rasa macam nak terkeluar hati dari badan sebab seronok sangat...Mengalahkan budak kecik plak saya ketika itu..hehehe

'A Night To Remember'

'A Night To Remember' Banner

Hadiah-hadiah yang saya balut sehingga rabak mata saya.

Dari jarak dekat pulak

Pn Hawa, Kak Shazura + Aliyyah

Registration counter. Credit to Natrah dari ITMS sbb dia telah memastikan segala AVA berfungsi dengan baik.

The students...

Akhir sekali haruslah muka saya mencapap di blog saya sendiri bersama Farhaniza. We have fun together...

Walaupun sambutan dari students adalah tidak meberansangkan, namun saya puas hati. Saya faham keadaan students yang baru habis final exam. Of course mereka mahu celebrate bersama rakan-rakan mereka berbanding dengan aktiviti yang kami anjurkan. Namun, saya bersyukur kerana masih ada segelintir students sanggup mengorbankan masa mereka untuk menghadiri aktiviti ini...Kredit kepada student-student ini....

Friday, June 11, 2010

Mata saya sudah merabak, membengkak dan letih

Apabila kita menjalankan sesuatu aktiviti untuk students, haruslah kita yang paling bersemangat dan paling kurang tidur. Hari ini adalah kelompok aktiviti yang dinamakan 'A Night To Remember' anjuran kelompok Ilmu. tetapi saya juga terjebak sama untuk aktiviti kali ini memadangkan saya adalah ketua biro kesenian dan kebudayaan untuk kelompok murni (sila muntah darah kerana sesiapa yang tahu saya, pasti kutuk saya dengan nada yang sangat terbaek kerana saya adalah seorang manusia yang buta seni...hahaha)

Saya sangat menanti-nantikan aktiviti malam ini walaupun mata & badan saya sgt penat kerana membalut hadiah...huhu...tetapi...its fun ok...
hahaha

p.s:next  entry saya akan sertakan gmbr yer memandang otak saya sudah tidak bermaya lagi untuk memikirkan dimanakah saya letakkan kamera...huhu...Maka, malam nie haruslah posing-mosing ek untuk letak dlm entry seterusnya
hahahaha

Monday, June 7, 2010

Puting beliung @ Penyakit Marah @ Tak pandai control amarah ????

Iyer...Inilah yang terjadi kepada saya. Gara-gara sedikit kesalahan, saya mengamuk sakan malam tadi sehinggalah tak boleh tido & bangun dengan penuh moody... Pergi keje dengan muka yang sangatlah tidak seceria biasa.Ibaratnya macam muka Singa-Betina-Yang-Sedang-Kelaparan-Dan-Sedang-Tunggu-Mangsa-Untuk-Dibaham-Ha-Ha-Ha-Ha.

Saya sedikit pun tak berasa ceria sehinggalah petang tadi apabila menyedari bagai ada yang kosong...hahaha...baru tau kan...bila orang pujuk dari pagi, jual mahal kan...hehehe...Tapi mana yang penting...Senyum ke @ Bengang yang tak habis-habis lagi..Adoi...

Nak dibuat cerita Hindustan lagi, tetiba phone line saya di interrupt pulak. Maka, setiap message daripada pihak itu adalah tidak dibalas. Berlaku lah drama-drama yang mana message si dia mengandungi ayat-ayat yang menyatakan kerisauannya pada saya. Oh...so sweet... Secepat kilat saya pergi membayar bil....hahaha...untuk kembali mengaktifkan line phone saya semula (Apakah ini...Ohhhhhhh).

Sunday, June 6, 2010

Hitam Merah

Hitam Merah? Sungguh menarik perhatian saya dan tumpuan saya. Selama ini saya tidak pernah menyedari  kombinasi kedua-dua warna ini...Selama ini hanyalah Putih Merah. Kehadiran Hitam Merah ini disedari ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan kawan kepada kawan saya...Hahaha...Sungguh complicated untuk difahami tetapi sila lah faham apa maksud tersirat...hahaha...

Setelah menghadiri majlis perkahwinan, persinggahan bermula di tempat training adik saya di selangor medical centre...Alasan nya adalah untuk mengedik dengan adik walaupun telah spend weekend together. Tapi still mahu jumpa. Ala saya kan kakak. Maka haruslah saya mengambil berat keadaan adik saya kan...hehehe...

Kemudian, tanpa membuat persinggahan di tempat lain, kereta yang dipandu terus menyusur ke rumah. Sesungguhnya rumah adalah tempat yang terbaik...hehehe

Oh saya sudah mengantuk.Nanti kita sambung lagi yer...

Nanti apabila saya ada cerita-cerita sensasi, saya akan laporkan di sini yer...

Saturday, June 5, 2010

Puting beliung

Ganas tak bunyi tajuk kali nie...Hehehe.Ini perihal perasaan saya yang saya pun rasa amat menakutkan. Perasaan ini dinamakan penyakit PMS. Tetapi, saya mempunyai persoalan tentang kitaran period yang mana bulan ini period saya sangatlah awal dari biasa. Saya telah perasan perkara ini dari bulan lepas. Adakah ini perkara biasa. Tapi pada bulan ini, kitaran period saya adalah 24 hari..Auwwww...sangat awal...Maka saya memulakan misi membuat research....Adakah ini perkara biasa atau luar biasa? Antara fakta yang meyakinkan bahawa period saya dalam keadaan normal adalah:-

  • Kitaran period antara 21 hingga 35 hari (which is OK for me...yes yes)
  • Macam mana nak mengira kitaran period:- bermula dari hari pertama datang period dan berakhir pada sebelum period yang baru bermula
Maka, hati saya melonjak kegembiraan kerana perkara ini...yes yes...i likeand love this...so tak payah risau lagi untuk keadaan bulan ini...

Dan seterusnya PMS...Apa itu PMS? Atau erti kata lain Sindrom Prahaid....Selalunya orang akan mengatakan yang PMS adalah Perempuan Marah Sangat...Wah....janganlah begitu...Mari bersama membaca artikel yang saya kepilkan di bawah...

  • Berlaku kira-kira 2 minggu sbelum haid (period) bermula
  • Wanita yang sihat pun akan turut mengalaminya
  • Perkara-perkara yang akan dialami sebelum didatangi haid:-
    • Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
    • Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
    • Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
    • Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
    • Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.

Inilah perkara-perkara yang perlu sangat diambil tahu...Dan saya lebih yakin dengan kitaran saya sendiri. Dan tiada lagi yang perlu ditakutkan...

Friday, June 4, 2010

VIVA result!!!

The result is:
*
*
*
*
*
*
*
i-successfully-passed-my-VIVA.

Minta maaf kerana terlampau lewat nak memblogkan perkara ini. Mungkin kerana telah terlalu penat & terlalu banyak tekanan, saya telah jatuh sakit tapi setelah berakhirnya VIVA la....Sekarang, saya perlu enjoy to the limit setelah lama saya menyekat keinginan saya unutk berhibur untuk sekian lamanya...

Alhamdulillah....



To my mom, dad & lovely sisters; Thank you so muchhhhhhh for your love, support, advice....

To my supervisor& co-supervisor; Thank you for your kind supervision and support

To all my dear friends; Thank you so much for all your love & support

Tuesday, June 1, 2010

The day has come...

The day i've been waiting for has come...Yeahhhh...Its my VIVA day...And its TODAY...
  • My preparation....Almost well-prepared...I've rehearsed my slide so many times and study hard...Whats left are doa & tawakal
  • Confidence level....I'm become more confident than before
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Well this is the information for my 'BIG' day hehehehe...
  1. Date: 1 June 2010 (Tuesday)
  2. Time: 2.30pm
  3. Venue: BA-4-013, Meeting Room, College of Graduate Studies
I really hope that i give all my best & receive excellent feedback & result from examiners...Aminnn

Please Pray Hard for me....