Inilah cubaan pertama saya masak Puding Caramel...Kenapa rajin sangat? Ini kerana tetiba aura nak mencuba memasak puding itu tetiba datang...dan sesungguhnya peralatan saya sungguhlah tidak mencukupi.Apa yang ada itulah saya bubuh. Harap maaf...
Untuk memasak ini, saya telah menelefon Ros (yang sungguh rajin memasak) untuk resepi dan cara memasak. Namun, resepi Pn. Ros ini saya ubah sedikit antaranya; saya hanya menggunakan 6 biji telur instead of 8 biji kerana telur saya sangatlah besar. Saya selalu beli telor yang besar..hehehe... Kemudian saya tidak membubuh esen vanilla. Alasan, rumah saya tak ada benda itu. Jadi saya sertakan resepi puding karamel saya yang serba kekurangan...hehe
Untuk Gula Hangus:
1. Secawan Gula - Gula saya cairkan dengan api yang sangat perlahan. Kacau sehingga hancur.
2. Secawan air - Apabila gula sudah mencair, air dibubuh untuk mencairkan gula yang likat sebelum ini.
* Setelah cair, transfer gula tersebut ke dalam loyang. Sejukkan gula tersebut.
Untuk puding:
1. 6 biji telur (jika telur itu besar). Bagi telur yang bersaiz kecil, 8 biji telur digunakan.
2. 1 tin susu Ideal
3. 1 tin air
4. 2 sudu esen vanilla. (Ni kalau ada. Saya takde...maka saya tak guna)
* Bahan-bahan atas di blend @ gunakan mixer untuk mencampurkan bahan-bahan di atas.
Kemudian kukus gula+puding di atas mengunakan pengukus. Jika menggunakan pengukus, puding anda boleh siap dalam masa 30 minit. Tetapi saya menggunakan;
Tadaaaaa.....
(
Tolong maafkan saya & sila jangan menjerit..hehehe). Ini kerana saya tidak mempunyai pengukus. Maka, saya perlu beli nie...
Oh..lama sungguh saya tunggu..kerana tadi saya tengok tak masak lagi...dan saya telah menambah air kerana air sudah semakin berkurangan..
Dan keputusannya:-
TUNGGU....
*
*
*
*
*
Nanti saya letak yer...Puding tu tak siap lagi...Al-maklumlah...:)