Taylor Swift latest album...Speak Now....
Memula saya cuma suka 2 buah lagu sahaja (Mine & Speak Now). Tapi rupa-rupanya berbaloi beli album budak cantik ni hehehe...
Lirik untuk setiap lagu mempunyai kata-kata yang amat mendalam. Mungkin ini adalah cara si cantik ini meluahkan segala yang terbuku di hatinya. Bagaimana pula cara kita meluahkan segalanya?
Adakah kita meluahkan segalanya tanpa memikirkan perasaan orang lain dengan niat untuk mendapatkan kepuasan diri kita sendiri?
Adakah kita meluahkannya kepada orang yang kita percayai?
Dan adakah kita hanya memendamkan segalanya tanpa meluahkannya sehingga tertekan seorang diri?
Dan adakah kita hanya membiarkan segalanya berlalu pergi begitu sahaja?
Pada pendapat saya, setiap orang ada cara tersendiri untuk meluahkan perasaan (sedih,benci dan gembira)...Satu perkara saya belajar dari si cantik ini:-
"Words can break someone into a million pieces, but they can also put them back together. I hope you use yours for good, because the only words you'll regret more than the ones left unsaid are the ones you use to intentionally hurt someone"-Quote from Taylor Swift album...
Sesuatu yang sangat mendalamkan kata-kata dari si cantik ini. Saya faham keadaan di mana penggunaan perkataan yang sangat menyakitkan hati yang akhirnya sukar untuk dirawat. Saya fikir banyak yang telah mengalami keadaan ini. Hanya masa dan kesabaran sahaja yang dapat merawat hati yang terluka (cewah)....
** Tak guna sakitkan hati orang kerana suatu hari nanti pelaku perbuatan akan pasti menerima hal yang sama dan merasainya. Mungkin kurang pedih tetapi bagaimana pula kalau perkara yang diterima itu terlalu pedih untuk si pelaku itu terima. Fikir-fikir kan....
Hanya Masa dan Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya...

No comments:
Post a Comment