Monday, September 20, 2010

Saya kagum

Jika saya berada ditempat kawan saya adakah saya mampu berbuat sedemikian...belajar,ibu kepada seorang anak yang sedang membesar,berjauhan dengan suami (nun jauh di utara)...Tetapi kawan saya ini sangatlah wanita yang tabah. Saya tahu ketabahannya adalah terselindung di sebalik keceriaan,kecomelan anaknya. Mana tidaknya,anaknya sangatlah ceria. Apabila pegang saja baby tu, hilang segala rasa sedih dan tekanan. Mungkin itulah yang menjadi sumber kekuatan kawan saya.

Kawan saya ini sangat boleh dijadikan contoh wanita tabah. Sesungguhnya ilmu agamanya sangat lah kuat untuk menjadikannya seorang yang redha dan ikhlas dengan kehidupannya. Bayangkan dari awal kehamilan sehinggalah ke saat mahu bersalin, hari-hari kawan saya ini dilalui berseorangan dan hanya di hujung minggu suaminya akan pulang (namun kawan saya ini sangat bertuah kerana dia mempunyai kawan yang sangat supportive). Saya masih ingat, di saat sarat mengandung, saya dan kawan saya ini ditugaskan untuk membuat tempahan shirt untuk program department. Kawan saya masih aktif dan kuat untuk menyiapkan tugasan itu. Bila saya tanya, dia hanya menjawab apa yang dia lakukan baik & memudahkan proses dia bersalin (bayangkan dia masih kuat berjalan dan sangat aktif seperti org tak mengandung pulak. Saya pulak waktu tu dah pancit separuh jalan hehehe).

Kemudian...kawan saya ini bersalin dan lahirlah seorang baby yang sangatlah comel. Bukan sahaja comel, baby itu bolehlah dikelaskan sebagai baby yang sangat cheeky. Kawan saya ini membesarkan baby beseorangan tetapi saya tahu setiap minggu suaminya pasti pulang. Saya tahu keceriaan baby itu membuatkan hari dia ceria dan kuat serta tabah menghadapi hari-harinya.

Andai saya ditempatnya..adakah saya mampu menghadapi semuanya. SAYA SANGATLAH KAGUM...Kehidupan kawan saya ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada kehidupan saya. Saya mahu menjadi seorang yang tabah...ceria...dan sentiasa redha dan ikhlas menghadapi cubaan hidup. Kisah kawan saya sebenarnya boleh menjadi contoh semua...jadi sebagai wanita...kita haruslah besedia menghadapi segala dugaan hidup...dan sentiasa redha dan ikhlas dengan segalanya...


1 comment:

alya said...

saya pun sangat kagum dangan wanita ini.....