Thursday, February 25, 2010

Hero

Whatever happened to your life, dont ever regret...
YOU still have friends, mum, dad and sisters
And the MOST important thing is: YOU still have ALLAH
ALLAH is always there with YOU

If you realise it or not, your HERO is actually lies in YOU
Your HERO make your life stronger and even better
You HERO is there for you whenever you feel sad, fear, happy and down

"So when YOU feel like hope is gone
Look inside YOU and BE STRONG
And YOU finally see the truth
That a HERO lies in YOU" - Mariah Carey; HERO 

Wednesday, February 24, 2010

Drama King...I love this song

Black & Meet Uncle Hussain - Drama King

Kali pertama aku mengenalimu
Mahu bersama
Mahu bersama
Raut wajahmu bersih
Meyakinkan hati ini
Aku terpaut

Semua dusta palsu
Aku tertipu
Keperibadianmu
Berubah menurut nafsu
Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu

Chorus

Lakon layarmu hebat
Terpukau ku melihat
Isi hati upahan
Sampai bila
Kau mahu tersesat
Tidak kau penat
Hidup penuh muslihat
Mahkotamu Raja Drama

Kau masih berpura-pura
Kata-katamu hanya propaganda
Mengejar hijau ungu
Mata kelabu
Ini bukan kau yang pernah ku kenal dulu
Panggilanmu gelaranmu
Baruku tahu

Ulang Chorus

Panggilanmu gelaranmu
Baru ku tahu
Kau bertapa
Bagai maharaja di atas lembah
Lakon layarmu yang terhebat
Memukau mata melihat
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama

Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat
Sampai bila Raja Drama
Sampai bila Raja Drama
Tidak kau penat
Hidup penuh dengan tipu muslihat


I feel better now...

 Just now, i'm having small chit-chat with Mak Long...I feel better now..I believe Allah loves me..And believe that everything will be fine after this.... .....Please pray for me....
And i will not stop praying for my heart and feeling.
Now its time for me to wake up....
No more ALI...& ALI cant hurt my heart & feeling anymore
For ALI;
 I think what you have done to me is enough & extremely break my heart. Are you trying to wrenching my heart forever? You should stay with your current love (i dont want to know who she is). And FYI, i'm not a kind of woman who like 'menagih simpati' which you mentioned before and i'm not so called 'pendek akal a.k.a otak pendek'. You should think about yourself first. Actually, you can be called as 'pendek akal @ otak pendek'. I think it has been shown.

For my friends;
I will never mention about ALI anymore in my life. He has become my past. Now, i want to move on....
I will be stronger than before. I believe i can get someone better than him. He will regret because doing  this  to me. I'm such a GOOD, LOVING and WONDERFUL woman for him. He dont know how to appreciate me..That's why he's not deserved me... I will never regret with what have happen to my life and no turning back. This is my story and i'm happy that Allah  shows this to me before i getting engage @ married with him...Alhamdullilah...Syukur...

Tuesday, February 23, 2010

Alamak...kenapa masih ada sakit hati

Kenapa hati saya sangat sakit hari ini. Adakah saya sakit hati apabila membaca komen-komen 2 makhluk Allah itu.
Saya sakit hati kenapa mereka sangat mesra. Saya sakit hati kerana mereka seakan dah lama bercinta. Saya sakit hati kerana tertekan kenapalah cepatnya si lelaki itu menjumpai penganti saya sedangkan kami baru sahaja break (baru 2 bulan lebih yer kawan-kawan). Saya sakit hati kerana mereka seakan-akan menunjukkan yang mereka meang sedang berkasih sayang. Saya sakit hati kerana kawan-kawan mereka seakan-akan meng'support' kasih sayang&cinta mereka. Kawan-kawan mereka tidakkah mereka mengetahui yang sang lelaki itu baru sahaja break dengan saya. Of coursela...saya ada rasa sayang terhadap lelaki itu lagi kerana baru 2 bulan sahaja....bolehkah sayang saya itu hilang dalam masa 2 bulan?
          Tolong tunjukkan saya cara yang sangat mudah untuk melupakan lelaki itu. Kenapa lelaki itu masih menyeksa & menyebabkan saya derita sedangkan dia tahu siapa saya. Lelaki itu tidak ada apa-apa untuk diri saya dah. Semakin dia menghentam diri saya, semakin derita hati & perasaan saya. Dia seolah-olah tahu bagaimana untuk menderitakan saya.

Senyum

Senyum
Senyum itu sedekah
Senyum adalah cara yang mujarab untuk menenangkan diri
Senyum menampakkan anda bertambah cantik
Tidak perlu anda memilih kepada siapa anda mahu senyum
Senyumlah kepada sesiapa sahaja yang anda temui walaupun jiwa dan hati anda ketika itu tidak gembira, gundah, kecewa dan sebagainya.
Tidak salah kiranya anda menyinari hidup orang lain walaupun jiwa dan hati anda meronta melawan penderitaan diri.

Hanyalah gambar untuk selingan sahaja

Monday, February 22, 2010

Bagaimana kawan-kawan saya mempengaruhi saya

Wah...Tajuk memang sangatlah menakjubkan. Memang benar...kawan-kawan saya mempunyai pengaruh besar dalam kehidupan saya. Kenapa?
Sejak menjadi 'single' ini, saya menjadi seorang yang sangat mudah patah semangat, kurang bermotivasi, sering menangis, sering membiarkan diri, hati & hak saya dipijak seenak-enaknya oleh manusia yang mungkin ada tekanan perasaan, gila & mungkin sengaja untuk membalas dendam. Namun, dengan adanya kawan-kawan saya, saya semakin kuat untuk menempuh segala masalah. Kekuatan saya banyak datangnya dari kawan-kawan saya. Mereka tak henti-henti mengembalikan semula diri saya, keyakinan diri saya& perwatakan diri saya yang sebenar.Mereka bersabar mendengar kesedihan+menasihati hati&diri saya.
Sehingga ke hari ini, saya hanya didampingi kawan-kawan yang memang bersemangat untuk membantu saya memulihkan semangat diri. Saya masih mengumpul semangat untuk terus bersemangat..Kumpul kekuatan dan ketabahan hati untuk melawan segala penderitaan diri. Namun, setiap kali saya kembali dengan semangat baru, pasti penderitaan itu datang kembali menjenguk hati saya. Apakah kesalahan saya sehingga menjadi begini...Kenapa penderitaan itu tak memberi saya bernafas walaupun untuk seketika. Cukuplah derita...Kamu perlu berhenti di sini. Bahagia datanglah, saya amat menanti kedatangan kamu... Kawan...Saya bersyukur kerana anda semua 'hero' untuk hati dan jiwa anda... Intan, Paie & Ros...saya amat memerlukan anda...kata-kata anda amat menyedarkan diri saya. Saya& hati saya berhak menikmati kegembiraan. Masa yang akan menentukan semuanya. Ya Allah... Tolong bantu saya merawat hati dan perasaan saya. Sesungguhnya saya memerlukan Mu Ya Allah... Saya mohon pertolongan Mu...

Sudah jumpa lirik lagu betapa (Sheila on 7).

Intan, lirik lagu betapa sudah dijumpai. Sila dengar dan hayati...hehehe... Untuk kawan-kawan sila dengar yer lagu ini. Tidak kisahla anda single atau pun yang sudah mendirikan rumah tangga. Lagu ini hanya untuk hiburan. Tiada niat lain walaupun untuk 'Menagih Simpati'.Tidak juga berkaitan dengan sesiapa pun.. I love u, Duta...Tetiba sahaja....hahahaha...

Seminggu setelah kau pergi
Teman silih berganti menghiburku
Berkata semua teratasi
Kan Terus sembunyi di balik senyum palsu

Ku dengar dirimu tak sendiri lagi
Betapa hancurnya hati dan jiwaku

Setahun setelah kau pergi
Ku masih sembunyi di balik senyum palsu

Ku dengar dirimu tak sendiri lagi
Betapa hancurnya hati dan jiwaku
Betapa hancurnya .....

Tolong bantu aku melewati semua

Wah penat menaip sebab mengejar Duta menyanyi.Adoi....Bukan sebab mengejar Duta ek...hahaha...

Aktiviti pada hari Ahad...

Hari ahad adalah hari untuk menghappykan diri...Kerana hari ahad adalah hari memanjakan diri.Secara keseluruhannya, aktiviti tersebut sangat best, menghiburkan&berlaku kejadian gelak ketawa smpi nak terkeluar anak tekak. Penceritaan adalah seperti berikut:
Masa: 11.30-7.00 malam
Lokasi: UNITEN&Putrajaya adalah lokasi yang paling kritikal
Aktiviti: Bergelak ketawa, ronda-ronda putrajaya bersama kereta VIVA ku dan sesi fotografi
Yang ada bersama: Intan. Yang sanggup datang dari Kelana Jaya semata-mata mahu kawan baiknya ini bergembira.
Props: Beng tangan memasing, rumput, bunga, bangunan dan camera

Wah...ini baru brief idea je...Gambar-gambar bakal menyusul kemudian kerana gambar-gambar itu berada di tangan Intan. Sila rujuk facebook saya untuk melihat gambar dengan lebih lanjut...

Friday, February 19, 2010

..........

Mulai selepas ini saya akan mula menghentikan penceritaan tentang lelaki itu...Itu janji saya untuk intan&ros....Walaupun lelaki itu masih berbuat mess pada saya selepas ini, saya akan anggap itu nyamuk &lalat je yang membuat bising di telinga saya. Lelaki itu mahu balas dendam mungkin. Jadi saya tak akan balas lagi cuma bagi layanan yang professional je...Saya yakin & percaya, Allah sentiasa bersama saya. Allah akan balas apa yang lelaki itu lakukan kepada saya. Saya sayang hati saya. Saya tak mahu di siat-siat oleh lelaki itu lagi. Cukup cerita sedih tentang saya terhadap saya diblogkan...Sekarang saya mahu bertukar kepada 'happy' mode. No sad mode anymore cuma klu melepaskan geram terhadap diri sendiri, org sekeliling & kerja shj akan diblogkan. Saya kan happy-go-lucky person. Dimanakah-hilangnya-happy-go-lucky-saya?seorang-yang-ceria-happening-pelawak-akan-kembali-mengegarkan-belog-ini....So, ini& Ros dont worry about me...i'm okay now...Thank you for all ur support...Plus paie....You inspired me a lot...Banyak lagi kumbang di taman...hahaha....

Hope see you all next week. Weekend kerja memblogging adalah disekat. Weekend hanyalah untuk bercuti...Selamat bercuti my friends.Tido bebanyak&makan berbanyak...bye!

I dont care!

Haaa...This means "Aku tak kisah"....Baru terjumpa lagu ni...Khas ditujukan utk lelaki playboy aka tak handsome berlagak handsome. Lelaki itu baru saja membuat mess pada kawan saya. Apakah? Sungguh nak menjaga air muka sungguh... Dulu lelaki itu cakap pada saya yang kawan saya itu menyebabkan kami break. Tetapi, pada kawan saya pula, lelaki itu berkata saya fikir kawan saya penyebab kami break..Apakah ini. Adakah lelaki itu mahu menafikan kesalahan dia...Yang kami break sebab sudah tidak ada keserasian & FYI saya dah bernanah hati waktu couple dengan lelaki itu. Namun kesabaran sahaja yang suruh saya stay.

Berbalik pada cerita semalam, lelaki itu message kawan saya. Bunyinya lebih kurang begini sbb saya dah tak hingat la...'Aku ingat ko ni kawan aku...Ko penyebab aku ngan bada break...&bla bla' sudah tak ingat&takut tertulis salah. Beginila playboy, apa yang awak buat ini... Saya dengar macam macam awak cerita kat dayat ek. Saya tahu awak sedang menunding jari ke arah saya. Cakap sume saya salah kan. Saya redha apa yg awak ckp&kutuk saya. Awak tak penah ngaku salah kan. Meh saya amik sume salah tu kan.Awak je yg betul kan. Plus awak kan dah couple ngn Kak Putri... Dulu, after kita break & sebelum dpt kak putri awak dok adjust kawan saya ek...Apakah jenis lelaki kamu ini...B**OH...

Sebelum terlupa, ini lirik lagu itu;
Hey playboy

It's about time

And your time's up

I had to do this one for my girls you know

Sometimes you gotta act like you don't care

That's the only way you boys learn
 
Yeay...Puas hati setelah meluah perasaan....Lega....

Thursday, February 18, 2010

Ya Allah saya memerlukan ketenangan hati, perasaan dan semangat yang kuat

Hati dan Perasaan adalah sesuatu yang sangat unik. Kerana hatilah kita jatuh cinta, kerana hati jugalah kita putus cinta, kerana hati kita gembira, kerana hati juga kita menangis, kerana hati kita marah dan kerana hatilah kita menjadi tenang. Jadi itulah kaitan antara hati dan perasaan. Dari hati lahirnya perasaan. Kalau mengikut bahasa kejuruteraannya "hati berkadar terus dengan perasaan".

Setelah melalui ujian dari Allah, saya dapat simpulkan yang hati dan perasaan memang tidak boleh dipisahkan. Justeru itu, bagaimana untuk mendapatkan ketenangan hati dan perasaan? Di harap segala persoalan anda terjawab apabila anda membaca perenggan seterusnya;
1. Kita haruslah mengkaji tentang diri kita dengan lebih mendalam. Apakah kita telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Adakah selama ini kita menyakiti hati&perasaan orang lain?Adakah kita menjaga hati kita dari disakiti dan kebersihan hati?
2. Sentiasa memaafkan orang lain walaupun dalam keadaan yang amat sukar.Ini dapat dilakukan sekiranya kita redha dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Namun, saya juga mengalami kesukaran dlm konteks ini namun kita harus mencuba untuk melupakan apa yang telah terjadi.
3. Sentiasa menjadikan zikir dan al-Mathurat sebagai amalan.
4. Luah kan rasa tidak puas hati anda. Jangan pendam perasaan itu kerana ia menyebabkan kita makin berdosa kerana kita akan mengata orang itu dalam hati. Jadi, hal ini menyebabkan hati kita sebagai kotor dan semakin sukar mendapatkan ketenangan.
5. Sentiasalah anda senyum...Senyum itukan sedekah..Walau seberat mana ujian dan masalah anda, jangan terlupa untuk senyum. Apabila kita senyum pada orang lain, insyaallah orang itu akan doakan ketenangan dan kesejahteraan diri kita. Insyaallah.
6. Yang paling penting...Mohon kepada Allah untuk mendapatkan ketenangan hati, perasaan dan fikiran. Mohon Allah merawat hati kita. Itu yang paling penting....

The Wish Listssssssssssssss

The very long 's' indicate the long of my current wish. :) Nothing is impossible right... This wish list is especially dedicated to my heart for being so strong {sok sok}. Before this i never try to reward myself...So, now its time for me to  reward  myself. The lists are;

Short-term list (in year 2010):
  • MASTER (insyaallah in 2-3 months...My lovely friends, please pray for me...)
  • Perfume (kalau boleh nak berbotol botol...hahaha)
  • Fossil watch
  • New handphone (so far my favourite h/p is N97)
  • Guess Handbag
  • Reward for my viva car (ini dirahsiakan...yang pasti selepas ini viva saya akan jadi viva yang comel...Go viva Go bada...hehehehe)
  • Reward for my mom, dad, angah and adik....
Long-term list:
  • House
  • My dream car, Honda (ni tak kisah la...Honda civic ke city ke asalkan budget cukup...hehehehe)
  • PhD ---- yang ini memang sangat saya kepingin mahu dapatkan. Sebenarnya nak letak dalam short-term list. Tp over sangat la plak kan. Tapi PhD ini sangat dituntut untuk karier saya. Pasti akan saya dapatkan walau dalam apa pun keadaannya. PhD is my biggest reward for my myself, mom and dad. Mom and Dad, this is my promise for you
  • Kahwin ---- Ini siapala yang tak mau kan...Ini saya serah kepada Allah...Allah yang tentukan semuanya untuk saya...Tp kalau boleh nak kawin sebelum umur 28 tahun..Kahwin diletakkan di long-term list kerana perkara ini sangat tidak dipastikan lagi. Calon untuk itu pun tak ada...Saya akan terus rajin berusaha untuk cari calon yang terbaik untuk saya...wah wah....sudah merapu...

Wednesday, February 17, 2010

My sister's engagement day

Tarikh: 13 February 2010 (Saturday)
Tempat: PaMa House
Hantaran KRUL kpd ANGAH: 24
Hantaran ANGAH kpd KRUL: 37 (hambik ko...byk ke tak)
Kod pakaian tetamu: Bebas (tetapi tetamu yang tidak berpakaian dihalau)
Tema: PinkBelacan, Maroon, Pink kearah purple

Now, let's pictures talk  than words....

Gambar ini supaya kakak-kakak kedua-dua belah pihak mengambil berkat
Bak kata org...mana tau dok atas chor, bolehla jodoh datang bergolek..hihihi

Ini gadis-gadis tangga.

Cari di manakah saya.Wah baju sangat besar dari badan ni.
Harus menaikkan semula berat badan.

Mungkin ini sahaja dulu gambar sekitar majlis pertunangan angah. Nanti lebih sudu dari kuah pulak (betul ke peribahasa ini..hehehe). Overall, the day is very great..Alhamdulillah...Syukur.

So, Angah...Now you are in the another stage..We love you so much...(sok sok{sedih pulak})

Buat wanita-wanita yang patah hati...

Sekiranya anda senang patah hati, sedang menangis mengenang nasib diri, sedang menyalahkan diri anda dengan apa yang telah terjadi, maka, dengarlah lagu ini.

Lagu ini dicipta khas untuk wanita-wanita yang telah melakukan yang terbaik untuk pasangan masing-masing. Namun pengorbanan yang anda buat tidak dihargai pleh teman anda. Jangan terus meratap...Sila sedar dari tidur...Anda telah melakukan apa yang terbaik untuk hubungan anda.Namun, Allah Maha Mengetahui, Allah telah MERANCANG sesuatu yang baik dan indah untuk anda...Anda haruslah berbangga dengan diri anda kerana anda telah berusaha untuk berikan yang terbaik, anda telah banyak berkorban untuk pasangan. Pada saya, anda memang SANGAT istimewa...Sesuatu yang terbaik sedang menunggu anda di hadapan. Percayalah.. Perkara yang baik tidak pernah datang bergolek-golek. Ia tidak akan datang tanpa kita melalui kesusahan dan berusaha...

Marsha - Yang Terbaik

Ku selalu memikirkan tentang kita
Apa pun yang harapan yang dikejar
Kerna aku masih penuh rasa ragu
Melihat kau seperti tak bersungguh
c/o: Jika kau mencinta
Berikanlah ku rasa
Diriku dah berikan yang terbaik
Dan bukannya nak mengungkit
Siapa benar siapa salah
Siapa menang siapa kalah
Dah berikan yang terbaik
Memaksa hati merisik
Mungkin kau bukan teman hidup
Yang terbaik untukku

Memang benar ku amat mencintai mu
Dan harapkan di sana pun begitu
Tetapi kau tak luahkan perasaan
Apa lagi memberikan ku kasih

Ulang c/o 2X



Motivasi di pagi hari

"Hidup ini ibarat roda, ada masa kita berada dibawah & ada masanya kita berada di atas. Dalam keadaan mana pun jangan pernah lupa akan Allah. Semua yang terjadi adalah dugaanNya. Dugaan yang menguji diri kita supaya lebih mengingati diriNya. Dugaan dari Allah jugalah yang menunjukkan yang Allah tak pernah lupa akan kita. Cuma kita sahaja yang sentiasa lupa & ambil ringan tentangNya. Kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya, mengabaikan suruhanNya dan melakukan laranganNya. Kita selalu alpa dan kadang kadang kita tak sedar yang kita sedang mengabaikanNya walaupun berkarung-karung nikmat yang Dia beri kepada kita. Tetapi apabila kita ditimpa ujian dari Allah, kita menangis berkarung-karung & meratap kenapa semua terjadi pada kita. Walhal, Allah dah atur yang terbaik untuk kita & ujian yang datang adalah sebenarnya untuk menguji tahap keimanan kita"

Sungguh panjang motivasi diri aku hari ini....Pengajaran buat aku dan kawan-kawan di luar sana...Jangan pernah meratap&menangisi apa yang pernah terjadi. Ujian yang Allah beri kepada kita menunjukkn Allah sedar kehadiran kita di muka bumi ini&sayang kepada kita. Allah tidak akan sewenang-wenangnya memberi ujian yang tidak mampu kita pikul. Apa yang terjadi ingatla...Allah sayangkan kita.Allah hendak selamatkan kan kita dari jauh tersesat. Jangan berputus asa.Allah suka hambaNya yang rajin berusaha untuk berjaya.... 

Tuesday, February 9, 2010

Bila hati kena dihenyak-henyak dgn manusia yang tak punya hati ngn perasaan

Kenapa manusia ini Ali Akbar & Putri Seroja (mmg nama sebenar) mmg suka menyakitkan hati aku..Tak puas dgn gambar kamu berdua skrg dgn status relationship kamu berdua pulak yer.

Ali....
aku mmg bodoh sbb dulu aku pernah cinta&sayang kamu. Aku buta dulu sbb sayang&cinta kamu. Kekonon boleh jadi kawan...kawan yang bunuh kawan adalah...senang yer kamu buat aku macam ni...kekonon susah nak bagi aku 2nd chance.padahal kamu tu dah ada perasaan kat pompuan lain aka putri seroja. sekarang berseronok la kamu...dgr aku menangis2, tgk aku xgembira, tgk aku makin menyusut berat badan....tp penah tak kamu pk satu hari nnt, kamu berada kat tmpt aku.bagaimana kamu nak melawan hati kamu andai kata perkara sebegini terjadi pada kamu.sekarang Allah bayar cash sahaja apa yang kamu buat kat aku...yang penting hati aku dah teramat sakit bila kamu buat aku macam nie. Aku tak berniat berdendam dengan kamu..tp klu beginila kamu menyakitkan hati aku...its over...aku mmg benci kamu...I REALLY HATE U SO MUCH....aku dah rasa menyesal dgn apa yg yg aku korbankan utk kamu...
1. Sebab nak beli tiket MU, aku sanggup tahan makan plus tahan diri utk shopping
2. Sebab nak celebrate birthday kamu, aku sanggup berhabis duit gaji aku
3. Sebab xnak bergaduh dgn kamu, aku sanggup simpan semua dalam hati
4. Sebab xnak kamu mengeluh&pk aku ni gf yg teruk, aku sanggup buat semua perkara yang walaupun aku xmampu seorang diri
5. Sebab xnak bergaduh ngn kamu juga aku sanggup biar kamu enjoy ngan geng-geng honda kamu, modify kete kamu, bazirkan duit sbb kete...
6. Sebab aku malas nak dengar kamu merungut xde duit, aku tak ajak kamu keluar tgk wayang, bersiar-siar
7. Sebab aku ingat kamu sayang&cinta aku, aku sanggup ditipu oleh kamu...kekonon nak bagi jeansla, perfume la, apa lagi...aku xlarat nak list down kan...apa yang aku dpt hampeh...
8. Sebab aku tau ko banyak habis duit sbb kete&gi enjoy ngn budah honda...aku susah nak mintak ko belikan barang untuk aku. Aku sanggup xterima hadiah birthday dari ko sbb aku tau ko xde duit. Tapi mana pegi duit ko...dok xde duit je...keje dah besar, outstation sokmo.... boleh aku ckp tak 'pegi matila hidup ko ngn keje&outstation ko&kete honda ko...jgn bangga sgt kete ko tu hebat sgt...'
9. Sebab aku sayang ko jugak la, aku diam je bile ko ungkit pasal ko ada degree je...aku ada master...so, what's ur issue man...I think u feel insecure about this matter.pdhal dulu ko yg beria suruh aku smbg master kan...end up mcm ni plak
10. Tapi ini yang paling nyata...actually u are not my taste...u're actually not so called handsome man but i fall in love with becoz u really care about me...But now, its over...

'I finally hate u so much man....By right,i never regret that i broke up with u. U're such a bad person that i ever met.Allah will pay what u have done to me.....'

Putri Seroja...
tolong la wahai wanita..tolong faham perasaan aku..mudahnye kamu anggap semua ini main2...mudah nak memainkan perasaan wanita lain yang masih berharap kepada bekas bf nye.kamu patut letak diri kamu kat tempat aku...sewenang-wenangnya kamu buat aku macam ni...memain konon...apakah jenis kamu ni...mmg suka ek amik kesempatan dgn kesedihan org lain.Kekonon dah penah mengalami masa silam yang sangat dahsyat yang menjadikan kamu seorg pompuan yang kuat... Come on la...If this things have happened to u before, why u did this to me...Actually i never meet u, i hope i will never meet u till the end of this world..Patutkah aku mengeluarkan perkataan sarkastik pada ko...adakah ko nak bina kegembiraan dgn kesedihan aku. aku tau ko ada wajah yg cantik. but doesnt mean that u can use ur beauty to create this problem.Aku tak pernah lagi jumpa ko secara live...jadi aku xboleh nak tafsir ko ni macam mana orgnye kan...tp klu ko ni mmg jenis pompuan yang anggap perkara relationship ni boleh dibuat main-main, ko boleh la gelak secara besar smpi keluar anak tekak ek. jangan buat aku benci ko even aku tak penah jumpa ko.Dan jgn la mencari nahas ngn aku yer cik Putri Seroja...klu dlm facebook ko, ko tulis 'hate ppl talkshit about u'...i think its correct kak putri u wrote that but u create a problem that ask ppl to talkshit about u...make sure u think before u write ok...haaa...tlg buat research ngn bersungguh sungguh ek kenapa ppl talkshit about u....

Haaa....hari ini aku dah membenci&bengang terhadap dua org manusia...aku tak suka benci org tau...tp these two people ask me to hate them....What can i say now is....Allah will pay what you did to me ASAP...Remember guys, today Allah will pay everything by cash...

Monday, February 8, 2010

Hari sabtu yang mengembirakan

Aktiviti hari sabtu tersangat la sibuk...dari pagi sehinggalah ke malam. Aktiviti pada hujung minggu lepas adalah beraktiviti bersama kawan yang teramat baik, Intan.Dah lama tak jumpa intan..Jadi, last weekend adalah hari percutian aku & intan. Percutian yang sangat indah sambil ditemani Mali (tunang intan) & housemate intan (Nurul & her BF). Walaupun sedih sebab aku je yg takde BF tp it's ok...Inilah waktu yang sememangnye untuk aku bergembira bersama kekawan. Tak tahu nak bercerita panjang. Biar gambar bercerita ok...heheheh


Friday, February 5, 2010

Bagaimana mereka melakukan ini

Bagaimana anda mengendalikan perasaan anda sekiranya.....

Sejak akhir-akhir ini aku suka pergi ke FB seorang wanita yang namanya patut dirahsiakan. Yang pasti wanita ini nampak cantik, menarik dan lumayan la sekiranya di ambil sebagai isteri. Dan kerana FB wanita inilah, aku terlihat segala-galanya yang menyebabkan timbulnya perasaan yang tak puas hati. Tapi apakah salah wanita ini. Dia tak patut dihukum oleh perasaan aku ini.

Kenapa aku terlebih emosi terhadap wanita ini...Ini kerana di FB wanita inilah aku terjumpa gambar wanita ini bersama ex-bf aku yg aku pun xpasti bilakah mereka bergambar bersama. Di situ la juga berlaku komen komen yang agak kurang menyenangkan hati aku yang mana ada di antara komen komen tersebut dibuat sebelum aku & bf aku break lagi. Ya Allah kenapa sekarang baru aku terlihat semuanya. Kenapa ada perasaan tak puas hati sedangkan aku aku dah tak de apa2 relation pun dgn ex-bf aku..Adakah hati aku dah hancur bila melihat gmbr2 itu...

Aku teringin plus kepingin sangat nak berjumpa wanita itu. Tapi wanita itu nmpk terlalu baik, terlalu tulus dan tak layak dikatakan jahat...Dan seharusnya aku avoid diri dan mata aku dr trus tgk FB wanita berkenaan. Aku seharusnya menjaga hati aku dari jadi sakit hati. Tapi itula...aku tak dapat mngelak utk melihat FB wanita itu.
Namun, semua dah jd sejarah silam. Biarkan wanita itu berbahagia mungkin dgn ex-bf aku if mereka betul2 feeling satu sama lain..

Kepada wanita-wanita di luar sana, berwaspadalah. Janganlah terlampau nak mengikut perasaan hati anda sangat. Even awak sangat mempunyai perasaan terhadap lelaki itu atau tidak, seharusnya anda menjaga hati banyak pihak. Dalam context cerita aku, wanita tersebut haruslah menjaga perasaan aku ini even u know that there's nothing between him and me anymore. Tapi awak kena faham jugak. Perasaan patah hati tidak boleh dirawat dalam jangka masa sebulan dua. Maka jangan menabur minyak di kala api sedang marak menyala (betulkah peribahasa aku ini..hahaha.). Nasihat ini bkn sahaja utk peringatan wanita tersebut dan wanita-wanita di luar sana, tetapi ini juga untuk peringatan aku sendiri. Aku baru faham kenapa sebelum ini ada yang pernah berkata pada aku 'Kekadang kita wanita tak perasan yang sebenarnya wanita jugalah yang menyakiti hati wanita lain.'

Kepada wanita tersebut, aku mohon maaf yer sebab aku melihat FB anda secara curi dan memblogkan nya di sini.

Thursday, February 4, 2010

Keadaan diri...

Dah hampir tiga hari badan rasa lemah longlai.mcm tak bermaya.Mungkin sebab terlalu stress dengan master, kerja plus keadaan hidup..Aku perlu siapkan thesis aku ASAP sebab kerana thesis aku macam tak boleh tido gara-gara terkenangkan betapa nak cepatnye aku viva (kereta viva dah ada...tp viva belum lg). Aku perlu cepat cepat viva.Sebab selepas viva insyaallah hidup aku akan serba sedikit berhidup dengan izin Allah.

Untuk ke kehidupan yang lebih baik, aku tau aku perlu bekerja keras. Macam tu jugak dgn kerja...Aku perlu cepat belajar. Pasal cinta....aku serahkan semua pada Allah...

Mungkin kerana aku terlampau menekan hidup aku ke tahap maksimum, aku jadi terlalu stress. Selera makan aku pun dah makin berkurang...bila masuk makanan, perut mcm tak selesa. klu tak ditahan,mungkin boleh muntah (mmg dah muntah pun...tp bkn mengandung ek.tlg jgn salah faham). Aku rasa badan aku dah makin susut. Baju sume dah longgar...pakai mcm baju pinjam je...aku perlu buat sesuatu.Aku dah tak sanggup dgr rakan sekerja tegur aku dah makin susut...

Maka, aku berharap perjalanan viva dan thesis aku berjalan dgn mudah dengan izin Allah...Bantulah hamba mu ni Ya Allah....

Wednesday, February 3, 2010

Gambar waktu diajak oleh kak ita makan breakfast

Gambar ini dah lama diambil tapi tidak di letak dimana mana lg either facebook or friendster. Tapi sebab nak test blog ni, maka berlaku la situasi nak menayang muka sendiri.
Dah lama rasanya tak jumpa dengan si kembar ni. Asyik busy je...Adik dan kakak memanggilku 'Mama Bada'. (Adik yang sedang minum susu, kakak yang tgh tersenyum sambil pandang kamera) Hahaha..Lawak gak belum kawin dah ada title Mama kan. Terimala seadanya..Mereka berdua ni adalah contoh generasi masa kini.Baru kecik tp dah pandai meng'explore' handphone.Sabar je.Pastu pantang nmpk handphone berkamera sibuk nak tangkap gambar.Tapi si kembar ini la penawar suka dan duka. Mama Bada miss you both so much...Nanti Mama Bada datang tengok adik ngn kakak ek (dengan penuh emosinye...huhuhu)

Bersama si kembar 'adik & kakak'


Menarik lirik lagu ini

Selama ni dok dengar je lagu ni...Tak pernah pulak nak tgk lirik ke menghayati ke...But this song i dedicate to all ladies out there (cewah perasan mcm singer lagu ni plak.Ada yg muntah darah ni...hahaha).


Hari ni lagu ini je yang berkumandang di laptop ku.Akan ku dengar lagu ini sampai dah muak.

Sudah ku bilang jangan terlalu yakin
Mulut lelah banyak juga tak jujur
Bila sakit hati wanita bisa nya nangis

Sudah ku bilang jangan terlalu cinta
kalau patah hati siapa mau nolong
seperti langit dan matahari tak bersatu lagi

Hey Ladies
Jangan mau dibilang lemah
Kita juga bisa menipu dan menduakan
bila wanita sudah beraksi
dunia hancur
Hey Ladies
Sekarang cinta pakai otak
Jangan mau rugi hati juga rugi waktu
Bila dia merayumu
ingat semua bohong

Memang lah tak semua laki-laki busuk
namun ladies tetap lah harus waspada
semoga lah kita semua akhirnya
mendapatkan cinta yang tulus

Start a new day with smile

Hari ini aku perlu memulakan hidup baru....yang pasti hari ni kena lebih baik dari semalam.Hari ni dah tak nak nangis nangis dah.Semalam dah penat nangis. Mulai hari ini, aku berazam:
1. Siapkan thesis ASAP
2. Hantar draft pada COGS pada 24 Februari 2010...Insyaallah
3. Viva - middle of March or middle of April

Dan aku akan berhenti nangis kerana seorang lelaki yang which is aku tak pasti mampu bahagia kan aku & boleh terima aku seadanya...Means no turning back starting from today now...

Untuk my ex-bf; terima kasih dengan segala kasih sayang, nasihat & semangat yang awak beri pada bada.Mulai saat ni bada minta maaf sbb bada kena lupakan awak selama lamanya. Bada perlu sayang diri bada, ada perkara yang bada perlu kejar utk hidup bada. Bada percaya awak akan ketemu seorg yg lebih baik dari bada & bada akan jumpa seseorg yg bada nmpk,rasa blh terima bada seadanya, yg sayang&cinta bada sepenuh hatinya, yg tak membezakan status education,yang dapat bimbing hidup bada,yg tau appreciate bada&hargai hak bada sebg wanita...

The new me;
Badariah

Tuesday, February 2, 2010

I need peaceful life

Aku masih dalam keadaan sedih...tp aku xtau nak mengadu kat siapa...i made a wrong decision yesterday...i called my ex-bf, and that's made my life become more horrible. I need someone in my life; to share my problems, share my sadness and being there when i need him...I need someone who care about myself,someone who loves me and bring me to the right path.

Kenapa aku tak dapat lupakan dia?Kalau dia boleh kenapa aku tak?Hidup dia makin gembira tp aku...menangis, sedih...You deserve someone better...

I need my old me...who never regret about past and always think positive...

Ya allah, Please help me....

Kisah hidup ku...

Betul cakap orang....apa yang jadi mesti ada hikmahnye...same goes to my life.Bermacam perkara jadi kat aku...dr break up sampaila kepada kerosakan handphone.Sangat stresssssssssssss...