Ramai yang cakap Cik Bada ni bertuah sangat... Senang-senang jer dapat jadi pensyarah. Tapi tak semua tahu semua yang Cik Bada dapat sekarang ini adalah anugerah dari Allah kepada Cik Bada. Semua ini adalah anugerah hasil kegigihan, ketabahan, kesabaran dan doa dari mak, ayah dan adik-adik Cik Bada. Pernah juga suatu masa dahulu, Cik Bada hampir rasa putus asa, rasa sedih dan rasa derita sangat-sangat. Tetapi, alhamdulilah...Cik Bada bangun semula dan berasa kuat selepas mendapat nasihat daripada supervisor master saya; Dato' Zainul dan juga mak ayah saya. Oh tak lupa juga adik-adik Cik Bada. Adik-adik Cik Bada suka buat saya gelak dan ketawa terbahak-bahak bila duduk dengan mereka. That's my family...We will laughing each other to release our stress.
Rentetan bermulanya kerjaya Cik Bada, selepas habis degree dan graduate, Cik Bada menganggur selama 6 bulan. Bayangkan 6 bulan Cik Bada tercari-cari kerja...pergi interview tapi still tak dapat. Sehinggalah pada suatu hari kawan Cik Bada; Cik Rubi suruh antar resume pada dia untuk jadi Research Assistant (RA) di UNITEN. Cik Bada seronok sangat ada kawan macam tu. Maka, terus Cik Bada forward resume Cik Bada pada beliau...Dan alhamdulillah...Cik Bada terima panggilan telefon dari Dato' Zainul untuk jadi RA di bawah projek technical research beliau. Dan di situ jugalah bermulanya perjalanan kehidupan Cik Bada...
Pada waktu itu, Cik Bada juga sambung pengajian Cik Bada di bawah supervision Dato' Zainul. Bermulalah turun naik, kesedihan, kesengsaraan, tangisan, dan kegembiraan saya. Saya pernah rasa putus asa dan mahu berhenti belajar...Dan tak mahu sambung dah. Tetapi saya fikir kalau saya berhenti, ia adalah sangat loser tau tak. Jadi saya bertekad untuk teruskan. Yuran pengajian saya, saya bayar menggunakan duit gaji RA. Tapi memang sangat tak cukup. Maka saya pun mengambil pekerjaan kedua iaitu mengajar tuition di pusat tuition Serdang...Penat memang penat tetapi saya perlu untuk membayar yuran pengajian dan to make sure my dream comes true. Dato' Zainul plak seorang yang agak pushy. Tapi memang sangat bagus sebab kalau tak, tentu tak habis-habis pengajian saya. Tiap-tiap minggu, saya mesti deliver target yang telah beliau tetapkan. Kalau tak dapat, confirm saya kena marah tau. Itulah sebab dulu saya tak banyak bersosial sangat. Dok mengadap kerja research sahaja dan menangis sorang-sorang. Giler psyhco kan!!!!But it true..That's me!!!I'm not nerdy but i'm striving hard for my future....Di samping itu juga, saya mengambil teaching load untuk menjadi lab instructor untuk Digital Signal Processing Lab dan tutorial. Ini semua adalah untuk mendapatkan diskaun yuran pengajian sebanyak 90%.
Oleh kerana subjek yang saya ajar itu tak ada pelapis, UNITEN telah menyerap saya sebagai seorang Tutor di bawah Depart. Electronics n Communication Eng. Alhamdulillah...berkat kesabaran, saya telah mendapat tempat di UNITEN. At least gaji saya naik sedikit daripada gaji RA. Boleh bayar yuran pengajian tanpa ajar tuition dah. Lega sudah....Tapi nasib ketika itu, segala data-data dah Cik Bada siapkan. Jadi pada waktu itu Cik Bada hanya concentrate pada penulisan thesis sahaja. Namun di sebalik kesenangan yang Allah beri pasti ada kesusahannya. Kerja admin yang terlalu banyak telah menyebabkan saya lalai dan terhenti sebentar untuk menulis thesis. Kiranya macam distracted la...Bila terasa diri dah semakin jauh, Cik Bada telah berjumpa dengan HOD untuk meminta dikurangkan load kerja-kerja admin. Alhamdulillah...CIk Bada dapat..yeaaaaa...terus lompat bintang sebanyak 1000 kali hehehehe. Tapi, kesengsaraan itu tak berhenti di situ...Di akhir-akhir penulisan thesis, Cik Bada mengalami gangguan emosi pulak yang mana ketika itu Cik Bada telah putus cinta...Sedih? Allah sahaja yang tahu..Derita jangan cakap la. Waktu itu Cik Bada dah tak tahu macam mana nak seimbangkan antara perasaan dan pelajaran. Pada waktu itu, mak, ayah, adik-adik dan kawan-kawan sangat membantu. Kata-kata semangat memang teramatlah banyak. Bayangkan pada waktu itu, berat badan saya merosot dengan banyak sehingga saya di ibaratkan seperti jerangkung yang begerak. Kurus cengkung sangat. Sakit jangan cakapla kan. Dengan semangat dan nasihat yang diberi, Cik Bada kembali kuat dan berjaya habiskan penulisan thesis...Ameeeennnnn...
Selepas itu Cik Bada bekenalan pula dengan En. Tunang...Dia lah yang menjadi peniup semangat Cik Bada untuk VIVA MASTER. Seram sejuk hilang bila dengar kata-kata semangat beliau...Alhamdulillah...Berjaya...Ameeeennn...Waktu itu ada pembetulan yang Cik Bada perlu siapkan. Cik Bada viva pada 1-Jun-2010 dan Cik Bada hantar thesis pada 1-Julai-2010. Kenapa sebulan? Sebab 2 minggu pertama Cik Bada enjoy dengan jayanya...Dan hanya 2 minggu terakhir Cik Bada pulun mengadap thesis itu...hehehehe..
Habis pengajian MASTER dan graduate, terus UNITEN memanggil Cik Bada kembali untuk interview sebagai lecturer. Dan alhamdulillah Cik Bada lulus dan dinaikkan pangkat...Ammeeeennn...
Begitulah cerita susah senang Cik Bada sebelum ke peringkat ini. Dulu Cik Bada pernah rasa rendah diri sangat sebab selalu berasa Cik Bada ini sangatlah loser. Sangat tak berguna... Selalu menyusahkan orang... Tetapi...dengan izin Allah, segala usaha yang gigih, penderitaan, semangat dan yang penting doa dari mak dan ayah, alhamdulillah Cik Bada berjaya dan mencapai segala impian Cik Bada. Itulah, segala kesusahan pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat semuanya adalah kerja Allah S.W.T. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha, bertawakal dan jangan berhenti berdoa dan meminta. Allah suka hamba-Nya yang suka meminta kepada-Nya dan kuat berusaha. Semoga cerita Cik Bada ini boleh menjadi panduan kepada yang pernah merasakan diri sangat lemah dan berasa kurang berkeyakinan. Percayalah...Semua yang terjadi ada hikmahnya. Jangan berhenti berdoa dan putus harap yer...
2 comments:
biasala bada..org nk tau yg manis je..yg susah duka suka tue org xnk tau..hehe
hahaha..betul-betul.orang xnampak n xnak tau..jadi geram pon ada bila orang bising-bising yang senangnya hidup kita...kesian orang tu sebab dok pk manis orang je sampai lupa manisnya hidup dia kan...aku xnak orang tu sentiasa down n compare diri dia ngn hidup orang lain..betul tak?
Post a Comment