Monday, August 22, 2011

Self-measurement and evaluation

Haaa...Hambek kau!!! Tajuk sungguh serius sophisticated kan =). Tapi itulah yang perlu kita bincangkan sekarang. SELF-MEASUREMENT AND EVALUATION... 

Dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan pasti ada impian dan target akhir. Selalu kita dengar 'I will make sure i dapat siapkan kerja itu dengan tip-top nyer tau', dan etc. Tapi jangan lupa, even kerja itu siap dengan tip-topnya, kita harus membuat analisis tentang apa yang kita perolehi. Maksudnya kita harus 'measure' dan setelah buat measurement, harusla ada 'evaluation'..Betul tak? Jangan dok measure je tapi tak evaluate pun kejayaan atau kegagalan kita. 

Konsep ini sangat penting dalam rutin kita. Ok...Mari Cik Bada kecilkan scope nya. Apa kata kita pilih scope lecturing... Zaman sekarang sebenarnya sukar tau nak measure students faham ke tak apa yang kita pong-pang-pong-pang dalam kelas. Bila ditanya semua faham. Semua takut nak tanya sebab takut kawan gelak dan fikirkan soalan dia adalah sangat tak sophisticated =). Tak pun bila cikgu bagi assignments, quizes dan test, semuanya tak pernah nak buat sendiri. Suka-suki je meniru tanpa rasa bersalahnya. Sedangkan itu adalah variables atau criteria yang digunakan oleh cikgu untuk menilai kefahaman students dengan apa yang di pong-pang-pong-pang dalam kelas. Ini dah jelas menunjukkan apa yang digunakan untuk menilai diri seorang cikgu adalah sangat tak tepat aka tak berguna langsung. Begitula yang jadi pada Cik Bada...Keadaan yang serupa seperti yang dialami oleh yang lain...Keadaan yang mana tak tahu apakah yang perlu dibuat untuk mengetahui tahap pengajaran sendiri..Teruk kah? Bagus kah?

Tetapi...variable measurement yang paling terbaik adalah Final Exam. Waktu inilah baru boleh kita menilai kefahaman students. Bayangkan soalan yang paling senang di dunia pun tak boleh jawab. Hahahaha... Examples dan soalan assignments (soalan dan nombor adalah sama..tak berubah langsung...)yang diuji semula pun masih tak boleh dibuat. Kenapa yer? Soalan yang berulang kot.... Masih tak boleh jawab. Dan evaluation yang memang dapat dibuat dan disimpulkan...Mereka tak faham apa yang kita ajar pun. Selama ini mereka bukan jawab semua tugasan yang diberi dengan jujur nampaknya. Berilah sepuluh tahun belajar pun belum tentu boleh jawab kalau macam ni. Impak yang sangat berat yang harus Cik Bada terima...Stress? Jangan cakapla... Rasa down sangat sebabnya dah tak tahu nak guna kaedah pengajaran apa yang terbaik. 

So conclusion nya; variable for measurement adalah perlu di 'maintain', cuma cara untuk 'evaluation' adalah berbeza. Tak boleh dah macam nie. Kalau maintain macam sekarang, confirm menangis air mata darah tiap kali akhir semester. Ini juga penting untuk kita menilai diri kita dan seterusnya evaluate cara pengajaran kita...Adakah ok dan mudah difahami atau adakah setakat so-so je atau memang students tak faham pun apa yang kita cakap kat depan itu???? Perlu fikirkan ni... Tetapi selepas ini mungkin Cik Bada perlu cari kaedah yang lebih berapi untuk memastikan yang students faham/masuk terus dalam otak apa yang Cik Bada sampaikan. Sebelum ini Cik Bada lebih kepada lepak sahaja mengajar. Mungkin selepas ini perlu lebih tegas...   

No comments: