Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts
Showing posts with label Motivasi diri. Show all posts

Friday, August 12, 2011

Entry emosional #2

Ramai yang cakap Cik Bada ni bertuah sangat... Senang-senang jer dapat jadi pensyarah. Tapi tak semua tahu semua yang Cik Bada dapat sekarang ini adalah anugerah dari Allah kepada Cik Bada. Semua ini adalah anugerah hasil kegigihan, ketabahan, kesabaran dan doa dari mak, ayah dan adik-adik Cik Bada. Pernah juga suatu masa dahulu, Cik Bada hampir rasa putus asa, rasa sedih dan rasa derita sangat-sangat. Tetapi, alhamdulilah...Cik Bada bangun semula dan berasa kuat selepas mendapat nasihat daripada supervisor master saya; Dato' Zainul dan juga mak ayah saya. Oh tak lupa juga adik-adik Cik Bada. Adik-adik Cik Bada suka buat saya gelak dan ketawa terbahak-bahak bila duduk dengan mereka. That's my family...We will laughing each other to release our stress.

Rentetan bermulanya kerjaya Cik Bada, selepas habis degree dan graduate, Cik Bada menganggur selama 6 bulan. Bayangkan 6 bulan Cik Bada tercari-cari kerja...pergi interview tapi still tak dapat. Sehinggalah pada suatu hari kawan Cik Bada; Cik Rubi suruh antar resume pada dia untuk jadi Research Assistant (RA) di UNITEN. Cik Bada seronok sangat ada kawan macam tu. Maka, terus Cik Bada forward resume Cik Bada pada beliau...Dan alhamdulillah...Cik Bada terima panggilan telefon dari Dato' Zainul untuk jadi RA di bawah projek technical research beliau. Dan di situ jugalah bermulanya perjalanan kehidupan Cik Bada...

Pada waktu itu, Cik Bada juga sambung pengajian Cik Bada di bawah supervision Dato' Zainul. Bermulalah turun naik, kesedihan, kesengsaraan, tangisan, dan kegembiraan saya. Saya pernah rasa putus asa dan mahu berhenti belajar...Dan tak mahu sambung dah. Tetapi saya fikir kalau saya berhenti, ia adalah sangat loser tau tak. Jadi saya bertekad untuk teruskan. Yuran pengajian saya, saya bayar menggunakan duit gaji RA. Tapi memang sangat tak cukup. Maka saya pun mengambil pekerjaan kedua iaitu mengajar tuition di pusat tuition Serdang...Penat memang penat tetapi saya perlu untuk membayar yuran pengajian dan to make sure my dream comes true. Dato' Zainul plak seorang yang agak pushy. Tapi memang sangat bagus sebab kalau tak, tentu tak habis-habis pengajian saya. Tiap-tiap minggu, saya mesti deliver target yang telah beliau tetapkan. Kalau tak dapat, confirm saya kena marah tau. Itulah sebab dulu saya tak banyak bersosial sangat. Dok mengadap kerja research sahaja dan menangis sorang-sorang. Giler psyhco kan!!!!But it true..That's me!!!I'm not nerdy but i'm striving hard for my future....Di samping itu juga, saya mengambil teaching load untuk menjadi lab instructor untuk Digital Signal Processing Lab dan tutorial. Ini semua adalah untuk mendapatkan diskaun yuran pengajian sebanyak 90%. 

Oleh kerana subjek yang saya ajar itu tak ada pelapis, UNITEN telah menyerap saya sebagai seorang Tutor di bawah Depart. Electronics n Communication Eng. Alhamdulillah...berkat kesabaran, saya telah mendapat tempat di UNITEN. At least gaji saya naik sedikit daripada gaji RA. Boleh bayar yuran pengajian tanpa ajar tuition dah. Lega sudah....Tapi nasib ketika itu, segala data-data dah Cik Bada siapkan. Jadi pada waktu itu Cik Bada hanya concentrate pada penulisan thesis sahaja. Namun di sebalik kesenangan yang Allah beri pasti ada kesusahannya. Kerja admin yang terlalu banyak telah menyebabkan saya lalai dan terhenti sebentar untuk menulis thesis. Kiranya macam distracted la...Bila terasa diri dah semakin jauh, Cik Bada telah berjumpa dengan HOD untuk meminta dikurangkan load kerja-kerja admin. Alhamdulillah...CIk Bada dapat..yeaaaaa...terus lompat bintang sebanyak 1000 kali hehehehe. Tapi, kesengsaraan itu tak berhenti di situ...Di akhir-akhir penulisan thesis, Cik Bada mengalami gangguan emosi pulak yang mana ketika itu Cik Bada telah putus cinta...Sedih? Allah sahaja yang tahu..Derita jangan cakap la. Waktu itu Cik  Bada dah tak tahu macam mana nak seimbangkan antara perasaan dan pelajaran. Pada waktu itu, mak, ayah, adik-adik dan kawan-kawan sangat membantu. Kata-kata semangat memang teramatlah banyak. Bayangkan pada waktu itu, berat badan saya merosot dengan banyak sehingga saya di ibaratkan seperti jerangkung yang begerak. Kurus cengkung sangat. Sakit jangan cakapla kan. Dengan semangat dan nasihat yang diberi, Cik Bada kembali kuat dan berjaya habiskan penulisan thesis...Ameeeennnnn...

Selepas itu Cik Bada bekenalan pula dengan En. Tunang...Dia lah yang menjadi peniup semangat Cik Bada untuk VIVA MASTER. Seram sejuk hilang bila dengar kata-kata semangat beliau...Alhamdulillah...Berjaya...Ameeeennn...Waktu itu ada pembetulan yang Cik Bada perlu siapkan. Cik Bada viva pada 1-Jun-2010 dan Cik Bada hantar thesis pada 1-Julai-2010. Kenapa sebulan? Sebab 2 minggu pertama Cik Bada enjoy dengan jayanya...Dan hanya 2 minggu terakhir Cik Bada pulun mengadap thesis itu...hehehehe..

Habis pengajian MASTER dan graduate, terus UNITEN memanggil Cik Bada kembali untuk interview sebagai lecturer. Dan alhamdulillah Cik Bada lulus dan dinaikkan pangkat...Ammeeeennn...

Begitulah cerita susah senang Cik Bada sebelum ke peringkat ini. Dulu Cik Bada pernah rasa rendah diri sangat sebab selalu berasa Cik Bada ini sangatlah loser. Sangat tak berguna... Selalu menyusahkan orang... Tetapi...dengan izin Allah, segala usaha yang gigih, penderitaan, semangat dan yang penting doa dari mak dan ayah, alhamdulillah Cik Bada berjaya dan mencapai segala impian Cik Bada. Itulah, segala kesusahan pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat semuanya adalah kerja Allah S.W.T. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha, bertawakal dan jangan berhenti berdoa dan meminta. Allah suka hamba-Nya yang suka meminta kepada-Nya dan kuat berusaha. Semoga cerita Cik Bada ini boleh menjadi panduan kepada yang pernah merasakan diri sangat lemah dan berasa kurang berkeyakinan. Percayalah...Semua yang terjadi ada hikmahnya. Jangan berhenti berdoa dan putus harap yer...  

Tuesday, February 23, 2010

Senyum

Senyum
Senyum itu sedekah
Senyum adalah cara yang mujarab untuk menenangkan diri
Senyum menampakkan anda bertambah cantik
Tidak perlu anda memilih kepada siapa anda mahu senyum
Senyumlah kepada sesiapa sahaja yang anda temui walaupun jiwa dan hati anda ketika itu tidak gembira, gundah, kecewa dan sebagainya.
Tidak salah kiranya anda menyinari hidup orang lain walaupun jiwa dan hati anda meronta melawan penderitaan diri.

Hanyalah gambar untuk selingan sahaja

Wednesday, February 17, 2010

Motivasi di pagi hari

"Hidup ini ibarat roda, ada masa kita berada dibawah & ada masanya kita berada di atas. Dalam keadaan mana pun jangan pernah lupa akan Allah. Semua yang terjadi adalah dugaanNya. Dugaan yang menguji diri kita supaya lebih mengingati diriNya. Dugaan dari Allah jugalah yang menunjukkan yang Allah tak pernah lupa akan kita. Cuma kita sahaja yang sentiasa lupa & ambil ringan tentangNya. Kita tak bersyukur dengan nikmat yang diberi olehNya, mengabaikan suruhanNya dan melakukan laranganNya. Kita selalu alpa dan kadang kadang kita tak sedar yang kita sedang mengabaikanNya walaupun berkarung-karung nikmat yang Dia beri kepada kita. Tetapi apabila kita ditimpa ujian dari Allah, kita menangis berkarung-karung & meratap kenapa semua terjadi pada kita. Walhal, Allah dah atur yang terbaik untuk kita & ujian yang datang adalah sebenarnya untuk menguji tahap keimanan kita"

Sungguh panjang motivasi diri aku hari ini....Pengajaran buat aku dan kawan-kawan di luar sana...Jangan pernah meratap&menangisi apa yang pernah terjadi. Ujian yang Allah beri kepada kita menunjukkn Allah sedar kehadiran kita di muka bumi ini&sayang kepada kita. Allah tidak akan sewenang-wenangnya memberi ujian yang tidak mampu kita pikul. Apa yang terjadi ingatla...Allah sayangkan kita.Allah hendak selamatkan kan kita dari jauh tersesat. Jangan berputus asa.Allah suka hambaNya yang rajin berusaha untuk berjaya.... 

Wednesday, February 3, 2010

Start a new day with smile

Hari ini aku perlu memulakan hidup baru....yang pasti hari ni kena lebih baik dari semalam.Hari ni dah tak nak nangis nangis dah.Semalam dah penat nangis. Mulai hari ini, aku berazam:
1. Siapkan thesis ASAP
2. Hantar draft pada COGS pada 24 Februari 2010...Insyaallah
3. Viva - middle of March or middle of April

Dan aku akan berhenti nangis kerana seorang lelaki yang which is aku tak pasti mampu bahagia kan aku & boleh terima aku seadanya...Means no turning back starting from today now...

Untuk my ex-bf; terima kasih dengan segala kasih sayang, nasihat & semangat yang awak beri pada bada.Mulai saat ni bada minta maaf sbb bada kena lupakan awak selama lamanya. Bada perlu sayang diri bada, ada perkara yang bada perlu kejar utk hidup bada. Bada percaya awak akan ketemu seorg yg lebih baik dari bada & bada akan jumpa seseorg yg bada nmpk,rasa blh terima bada seadanya, yg sayang&cinta bada sepenuh hatinya, yg tak membezakan status education,yang dapat bimbing hidup bada,yg tau appreciate bada&hargai hak bada sebg wanita...

The new me;
Badariah