Di pagi yang sangat hening beserta bunyi cicak-cicak yang bercecet di dalam rumah, Cik Bada telah bangun dengan happy nyer. Kerana terlalu happy, tak sedar jam dah hampir pukul 8. Maka kelam kabut Cik Bada pakai make-up dan tudung. Make-up kena tau walaupun dah terlambat hehehe. Oleh kerana dah terlambat, contengan di muka adalah sangat minimize. Yang penting nampak cantik dan berseri suda..hehe...
Keluar dari rumah, terus meluru ke parking kereta untuk start kereta. Oleh kerana Cik VIVA Cik Bada itu manja, haruslah dipanaskan enjinnya sebelum bergerak. Tetapi...Cik VIVA tak boleh start...Start, pastu mati. Indicator minyak terus berkelip-kelip macam tak de minyak. Terus Cik Bada fikir..Hari jumaat lepas minyak ada 3 bar. Pastu dia tak jejalan mana-mana pun. Duduk je kat parking...Oleh kerana dah terlalu lambat, teruslah kaki berjalan ke pejabat. Nasib rumah dekat dengan pejabat. Kepala pun dok fikir-fikir..Cmne minyak boleh habis tapi tak sedar. Jalan-jalan dan jalan tetiba tangan gatal telefon Paie. Cakap yang kena jalan kaki sebab kereta tak boleh start langsung. Paie cakap maybe sebab bateri kot bukan minyak...Nasib la suami Paie hantar Paie kerja jadi boleh tolong tengok-tengok..Dan yesssss!!!! memang bateri kereta dah ting-tong...huwaaaaa!!!!! ini maksudnya duit akan melayang terbang dari bank ke tangan orang lain. huwaaaaaa!!!! stresssssss!!!!! inilah gara-gara tak tukar bateri selama EMPAT tahun...Cik Bada tak tahu kena tukar bateri selepas 2-3 tahun pakai. Bila jadi macam ni baru Cik Bada tau. Sungguh cetek ilmu kereta Cik Bada ni. Lepas ni perlu lebih alert!. Dengan bantuan Zamamy (Pegawai penginapan), Shahril (orang PPH) dan Paan (suami Paie) men'jump'kan bateri kereta, kereta dah boleh start dengan happy nyer. Bila dah start, kena terus pegi workshop untuk tukar bateri pulak. Jadi pergilah ke Bangi, tukar bateri. Cik Bada tukar bateri dan ambil maintenance free bateri. Ini maksudnya lepas ni tak payah dah bersusah payah check air bateri. Hanya bawa kereta dan harus alert dengan jangka hayat bateri...Horeyyyyyy hip hip horrreeeeyyyyyy!!!!!!...
Memang pengalaman yang sangat barulah..Ooooo sebelum terlupa dan pengetahuan semua, air bateri itu masih banyak tetapi bila jangka hayat bateri itu dah expired, bateri akan automatic mati. So, lepas ini tolong alert. Jangan bila dah rajin isi air aje, itu dah bermaksud bateri itu tahan lama tau. Perlu tukar setiap 2-3 tahun sekali...
To all ladies out there, please watch out your car battery ya!!! Do alert! Be independent... Because sometimes we've to do it by ourselves. Do get the contacts or know where is the nearest workshop from your place if this happen to you... And last but not least, try to being nice and friendly to other people. Because we didn't know our time... Maybe your boyfriend or your parents is too far from you. So these people who are very close to you will help you... Insyaallah...=)
2 comments:
bada..bada..lawak la ko nie..
xpe belajar dr pengalaman ek..
hahaha...itu belum ko tengok orang-orang yang tolong aku.kalau boleh nak tergolek atas jalan sebab aku tak penah tukar bateri...hahaha
Post a Comment