Hati dan Perasaan adalah sesuatu yang sangat unik. Kerana hatilah kita jatuh cinta, kerana hati jugalah kita putus cinta, kerana hati kita gembira, kerana hati juga kita menangis, kerana hati kita marah dan kerana hatilah kita menjadi tenang. Jadi itulah kaitan antara hati dan perasaan. Dari hati lahirnya perasaan. Kalau mengikut bahasa kejuruteraannya "hati berkadar terus dengan perasaan".
Setelah melalui ujian dari Allah, saya dapat simpulkan yang hati dan perasaan memang tidak boleh dipisahkan. Justeru itu, bagaimana untuk mendapatkan ketenangan hati dan perasaan? Di harap segala persoalan anda terjawab apabila anda membaca perenggan seterusnya;
1. Kita haruslah mengkaji tentang diri kita dengan lebih mendalam. Apakah kita telah melakukan yang terbaik untuk diri sendiri. Adakah selama ini kita menyakiti hati&perasaan orang lain?Adakah kita menjaga hati kita dari disakiti dan kebersihan hati?
2. Sentiasa memaafkan orang lain walaupun dalam keadaan yang amat sukar.Ini dapat dilakukan sekiranya kita redha dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Namun, saya juga mengalami kesukaran dlm konteks ini namun kita harus mencuba untuk melupakan apa yang telah terjadi.
3. Sentiasa menjadikan zikir dan al-Mathurat sebagai amalan.
4. Luah kan rasa tidak puas hati anda. Jangan pendam perasaan itu kerana ia menyebabkan kita makin berdosa kerana kita akan mengata orang itu dalam hati. Jadi, hal ini menyebabkan hati kita sebagai kotor dan semakin sukar mendapatkan ketenangan.
5. Sentiasalah anda senyum...Senyum itukan sedekah..Walau seberat mana ujian dan masalah anda, jangan terlupa untuk senyum. Apabila kita senyum pada orang lain, insyaallah orang itu akan doakan ketenangan dan kesejahteraan diri kita. Insyaallah.
6. Yang paling penting...Mohon kepada Allah untuk mendapatkan ketenangan hati, perasaan dan fikiran. Mohon Allah merawat hati kita. Itu yang paling penting....
1 comment:
alhamdulillah,
terima kasih sye suka dengan pandangan saudari di harap ramai lg yang akan mengunjungi laman ini ye......
insyaallah.
assalamualaikum
Post a Comment