Thursday, February 4, 2010

Keadaan diri...

Dah hampir tiga hari badan rasa lemah longlai.mcm tak bermaya.Mungkin sebab terlalu stress dengan master, kerja plus keadaan hidup..Aku perlu siapkan thesis aku ASAP sebab kerana thesis aku macam tak boleh tido gara-gara terkenangkan betapa nak cepatnye aku viva (kereta viva dah ada...tp viva belum lg). Aku perlu cepat cepat viva.Sebab selepas viva insyaallah hidup aku akan serba sedikit berhidup dengan izin Allah.

Untuk ke kehidupan yang lebih baik, aku tau aku perlu bekerja keras. Macam tu jugak dgn kerja...Aku perlu cepat belajar. Pasal cinta....aku serahkan semua pada Allah...

Mungkin kerana aku terlampau menekan hidup aku ke tahap maksimum, aku jadi terlalu stress. Selera makan aku pun dah makin berkurang...bila masuk makanan, perut mcm tak selesa. klu tak ditahan,mungkin boleh muntah (mmg dah muntah pun...tp bkn mengandung ek.tlg jgn salah faham). Aku rasa badan aku dah makin susut. Baju sume dah longgar...pakai mcm baju pinjam je...aku perlu buat sesuatu.Aku dah tak sanggup dgr rakan sekerja tegur aku dah makin susut...

Maka, aku berharap perjalanan viva dan thesis aku berjalan dgn mudah dengan izin Allah...Bantulah hamba mu ni Ya Allah....

1 comment:

crocodot said...

aku doakan sumenye bjalan dgn baik.viva forever!