Tuesday, February 23, 2010

Alamak...kenapa masih ada sakit hati

Kenapa hati saya sangat sakit hari ini. Adakah saya sakit hati apabila membaca komen-komen 2 makhluk Allah itu.
Saya sakit hati kenapa mereka sangat mesra. Saya sakit hati kerana mereka seakan dah lama bercinta. Saya sakit hati kerana tertekan kenapalah cepatnya si lelaki itu menjumpai penganti saya sedangkan kami baru sahaja break (baru 2 bulan lebih yer kawan-kawan). Saya sakit hati kerana mereka seakan-akan menunjukkan yang mereka meang sedang berkasih sayang. Saya sakit hati kerana kawan-kawan mereka seakan-akan meng'support' kasih sayang&cinta mereka. Kawan-kawan mereka tidakkah mereka mengetahui yang sang lelaki itu baru sahaja break dengan saya. Of coursela...saya ada rasa sayang terhadap lelaki itu lagi kerana baru 2 bulan sahaja....bolehkah sayang saya itu hilang dalam masa 2 bulan?
          Tolong tunjukkan saya cara yang sangat mudah untuk melupakan lelaki itu. Kenapa lelaki itu masih menyeksa & menyebabkan saya derita sedangkan dia tahu siapa saya. Lelaki itu tidak ada apa-apa untuk diri saya dah. Semakin dia menghentam diri saya, semakin derita hati & perasaan saya. Dia seolah-olah tahu bagaimana untuk menderitakan saya.

4 comments:

melur.roslan said...

bada..banyak2 bersabar..semua nie dugaan ALLAH kepada ko. sabar..sabar..sabar..ada hikmah di sebalik nye..

Nama saya Badariah said...

huhuh...aku rasa lemah plak skang nie ros...mungkin terbawak-bawak cara dia mengecewakan aku.

melur.roslan said...

u will be fine time to time..dun wori..ok..

Nama saya Badariah said...

Insyaallah...Please pray for me my dear...