Friday, August 26, 2011

Think positive

Dulu-dulu waktu Cik Bada masih jadi RA, Cik Bada teramatlah rasa rendah diri. Selalu fikir yang tak best-best je pasal diri sendiri. Rasa teramatlah rendah diri. Rasa macam diri ini sangat tak lengkap. Rasa diri sangat tak sempurna. Serba-serbi tak kena la... Rasa serabut pun ada tau... Tak tau nak cerita macam mana la rasa dan perasaan itu. Kekadang rasa malu pun ada.

Rasa rendah diri makin menjadi selepas berlaku suatu perkara yang sangat pahit dalah hidup Cik Bada tetapi perkara yang sangat pahit itu adalah sebenarnya titik permulaan kemanisan yang Cik Bada rasai ketika ini. Alhamdulilah..Pengalaman telah banyak mengajar Cik Bada...Mengubah diri Cik Bada...Alhamdulilah syukur Ya Allah...Ameeennnnn...

Coretan Cik Bada pada kali ini bukanlah untuk membuka pekung di dada. Cuma untuk menjadikan atau dijadikan suatu peringatan untuk Cik Bada seandainya suatu hari nanti Cik Bada terlupa. Yelah kan...Banyak sangat termakan dan tertelan semut sebab semut suka hurung mineral water kat rumah nie. Maybe sebab dia kena kencing manis kot sebab asyik makan gula hehehe.. Just joking =)...Ok back to my story...

Kalau nak tahu dulu Cik Bada selalu tak bergaya...semua pakai ikut dan je. No make-up on my face, no beautiful dresses, no beautiful smiles and with the low self-esteem... Muka garang je u ooollllsss...Semut pun lari tau tengok muka i nie..hehehe..Tapi itulah Cik Bada ketika dahulu kala. Campur la pulak waktu tu kan tengah sangat serabut dengan MASTER. Can u imagine how 'serabut' i am...Fuiiiihhhh...Tak mau ingat sebab malu...huhuhu. Selepas itu kenangan pahit telah datang dan itulah permulaan perubahan diri Cik Bada...Permulaan untuk mencari kebahagian untuk diri sendiri. Waktu itu Cik Bada dah bertekad untuk mengubah diri Cik Bada dari Zero to Hero...Hehehe..Cewah Ko ingat ko ni superwoman ke Cik Bada hahaha... Cik Bada banyak membaca buku-buku motivasi waktu itu. Yelah untuk mengubah dan memotivasikan diri sendiri teramatlah susah tau. Dan terima kasih pada Paie...Paie banyak tolong Cik Bada. Dari kata-kata nasihat sehinggalah kepada mengubah penampilan diri yang ketika itu amatlah serabut.

Perubahan penampilan yang pertama pada ketika itu adalah dengan SENYUMAN. Cik Bada belajar untuk SENYUM dengan penuh ikhlas. No more fake smiles. Yes...the real smiles make my life far much better than before. Betul cakap orang, "Senyumlah pada dunia, kerna nescaya dunia juga akan senyum pada anda..". Bermula dari saat itu Cik Bada memang suka senyum sebab Cik Bada rasa hepi bila Cik Bada tengok banyak muka-muka yang berubah menjadi ceria selepas Cik Bada lontarkan senyuman pada mereka. Till now, i believe with the power of smile...Kemudian, Cik Bada perlahan-lahan meningkatkan cara komunikasi Cik Bada dengan orang lain. Cik Bada dah pandai bergaul, peramah dan pada ketika itu sudah pandai menghargai diri sendiri yang mana pada ketika dahulu Cik Bada tak pernah buat tau. Setiap kali Cik Bada berjaya menyelesaikan sesuatu perkara, Cik Bada pasti akan reward kan diri sendiri..Kalau terlebih duit,Cik Bada beli barang yang menjadi idaman Cik Bada. Tapi kalau tengah pokai, Cik Bada hanya menepuk bahu Cik Bada dan mengatakan "Good Job Bada...I'm proud with you!!!"...

Then, Paie ajar Cik Bada untuk mengenakan tudung dengan kemas. Dulu selalu Cik Bada pakai tudung selempang je tau..Dulu dok perasan tudung selempang tu dah cukup cun la hahahaha.. Dari tak reti belit-belit tudung kepada reti dan dari tak reti make-up kepada tak boleh kuar rumah tanpa make-up. Tapi Cik Bada make-up natural saje sebab tak pandaila make-up tebal-tebal. Sekadar untuk menampakkan kekemasan diri sahaja. 

Pemikiran Cik Bada pun dah semakin positif. Tak lagi sentiasa fikir negatif je tetapi masih ada lagi. Sebab Cik Bada selalu terlupa yang Cik Bada ni tak kurang hebat nye. Hanya pemikiran sahaja yang buatkan Cik Bada rasa down. Lagi satu, Cik Bada sentiasa cakap macam ni...'Hebatnye dia...Comelnye dia...Cantiknye dia...Bijaknye dia...Pandainye dia...Bestnye dia dah sambung PhD,aku ni bila nak sambung.(pastu terus rendah diri sebab masih takde idea dan jumpa orang yang boleh bimbing dan push Cik Bada untuk sambung)'dan tanpa sedar percakapan itu kekadang mendatangkan impak negatif kepada pemikiran Cik Bada. Tapi Cik Bada bertuah...Bila negatif itu datang segera ia dipadamkan oleh En.Tunang. Yelah..bila rasa rendah diri confirm Cik Bada nanges kat dia. Tapi dia selalu cakap; "Sayang ayang ni pon hebat juga...Ayang boleh nampak yang sayang boleh pergi jauh cuma lambat atau cepat itu Allah yang tentukan. Jangan sedih yer..Sekarang kita concentrate apa yang ada dulu..." See....Cik Bada dah boleh hafal tau ayat En. Tunang...Bayangkan itu jela yang diulang oleh beliau. Dan ayat-ayat itu telah membuatkan Cik Bada tenang kembali dan sentiasa positive tau. Itu belum lagi kalau Cik Bada cakap macam ini "Eeeeeeiiiiii...Comel dan cantik nye dot dot dot ni..Jelesnya...." dan jawapan beliau wajib macam ni "Sayang...sayang ni cantik and comel jugak tau. Patutla sentiasa rendah diri. So..ayang tau apa yang buat sayang selalu rendah diri". Ermmmmm...malu kat diri sendiri jugak =(. Terima kasih En. Tunang..Cik Bada selalu tak sedar dengan diri sendiri. Tolong ingatkan Cik Bada bila Cik Bada yang kuat pelupa ini yer =)...

Kesimpulan dari cerita di atas ialah apa jua yang datang pada kita, janganlah kita sentiasa berasa rendah diri. Diri kita juga hebat sebab kita sememangnya hebat. Cuma apabila kita terlupa, kita perlu ada seseorang yang selalu mengingatkan kita. Jadi...sentiasalah berfikiran positif...Reminder untuk semua dan juga untuk diri sendiri...=)   

Tuesday, August 23, 2011

Bila Cik Bada bagi Tazkirah...

Tadi Cik Bada terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat baik Cik Bada. Semuanya adalah berkisarkan aduan rakyat =). Kesian kawan Cik Bada ni..Selalu kena buli. Geram jugak bila dengar. Rasa nak pukul-pukul je orang yang buat kawan Cik Bada macam tu. Orang tu pulak tak reti-reti ke nak berhenti kacau orang. Dah jadi perangai kegemaran kot =P. Dalam borak-borak, dan senda tawa kami berdua, terkeluar satu kisah yang sememangnya patut dijadikan teladan.

Ok...ceritanya berbunyi begini....Hari tu kawan Cik Bada ini pergilah ke suatu tempat perbincangan tertutup yang mana di situ ada 4 orang. 2 orang (A, B) memang dah boleh dikira sebagai otai la, 1 orang (C) lagi baru suam-suam kuku dan 1 orang lagi memang sangat baru (D)... Pada waktu itu D ada menanyakan kepada semua begini;

D : Saya ni orang baru so banyak sikit benda-benda yang saya confius. Saya kena duty hari raya ni. Yang saya confius raya-raya pun kena duty ke..Tapi bila saya hantar email, takde pun orang jawab. Jadi saya tanya la Kak Za****. Dia cakap dulu waktu hari raya tak duty pun...
C : Ooooo...kalau pasal duty tak kan ada yang akan reply (dgn nada yg sgt sinis dan menyakitkan hati. Pada Cik Bada la kenapa C tak tolong jawab email D tu. Nak cakap pun pandang jugak diri sendiri tau).

C terus menyambung cakap;
C : Kita terpaksa cancel balik kampung belah suami sebab duty (semakin sinis)... I** pakai buat je..mentang-mentangla dia tak duty..(nada yang sinis dan memang berbaur hati yang busuk)..
Dan bla-bla...Si C terus bercakap tanpa henti tanpa menyedari yang perangai dia diperhatikan oleh A.

Kemudian A dan B yang dah panas telinga dan hati dengar pun menambah;
A : Dulu zaman Kak Za****, memang macam tu. Tapi HEP terima feedback yang waktu cuti raya international students still ada...So kena ada yang stand-by in case ada kejadian-kejadian yang tak diingini. Lepas itu ada felo bukan beragama Islam masuk. So bila time raya dia tolong cover. Plus Kak B pernah duty waktu raya. Betulkan Kak B?
B : Aaah...akak memang pernah duty waktu raya...Kira bahagi 2 la..Separuh Kak B ambil, separuh lagi felo bukan islam tu ambil.

Itula situasi pada waktu itu...ada banyak lagi yang kami bualkan. Tapi Cik Bada mahu bincangkan perangai atau sikap manusia. Kalau dalam keadaan sebenar, si C boleh dikatakan suka mengungkit dan berkira. Semua yang dia buat mestilah hendak dia ungkit... Tak boleh beralah langsung dan sangat mementingkan diri sendiri. Sebelum ni banyak je orang dah sacrifice untuk si C ni. Si C sedar ke tak???? Plus best je dia mengata I**. For your information, they always claim that they're bestfriend. Tapi betul ke bestfriend kalau memburuk-burukkan kawan baik depan orang lain? Sangat bahaya betul mulut si C ni. Sebelum ada beberapa situasi yang Cik Bada menguji I** tentang si C tapi I** tak pernah cakap buruk pasal si C ni tau tapi si C ni selamber je cakap buruk pasal si I** pada orang lain. Itukah kawan baik?

Kalau dilihat penampilan muslimah yang dibawa oleh si C ini memang sangat tak patut dengan perangai dan hati yang busuk berbau bangkai itu. Adakah ini contoh terbaik untuk yang baru berjinak-jinak untuk pergi ke arah kebaikan? Kalau ikutkan Cik Bada ni pernah juga kena dengan si C ni..Yela..tudung i ni senteng skit. Nampak je bukit-bukau kan. Dia punya tudung dah macam telekung sembahyang tapi hati Cik Bada tak lah berbau bangkai macam dia tau. Bak kata si A 'Hati si C yang busuk tu memang boleh nampak tau kat muka dia'...hehehe.. Kekadang Cik Bada rasa nak ambil je gunting-besar-yang-gunting-pokok-tu nak potong tudung dia bagi sama pendek dengan Cik Bada. Tak bagus langsung penampilan diri dia dengan perangai dia tau. Memburukkan imej wanita muslimah tau.

Moral of the story:-
Kita haruslah menjaga hati kita tau... Jangan biarkan dia membusuk sebab bila hati dah busuk, automatik diri tu sentiasa tak puas hati dengan orang lain dan tak boleh tengok orang senang. PLUS sekarang adalah bulan Ramadhan. Sepatutnya, pada bulan inilah kita menyucikan hati kita bukan mengotorkan nya. Lagi satu..cara pemakaian bukanlah satu pakej untuk melindungi hati yang busuk tau..Orang sekarang dah boleh menilai ketulusan hati kita tau... Dan akhir sekali...Tolonglah menyucikan hati anda itu sebelum ada lebih ramai lagi yang terasa dengan anda tau...

Cik Bada mohon pada Allah yang Cik Bada tak akan tergolong dalam golongan yang mempunyai hati yang busuk ini. Ammmeeeennnn... 

Monday, August 22, 2011

Self-measurement and evaluation

Haaa...Hambek kau!!! Tajuk sungguh serius sophisticated kan =). Tapi itulah yang perlu kita bincangkan sekarang. SELF-MEASUREMENT AND EVALUATION... 

Dalam sesuatu pekerjaan yang kita lakukan pasti ada impian dan target akhir. Selalu kita dengar 'I will make sure i dapat siapkan kerja itu dengan tip-top nyer tau', dan etc. Tapi jangan lupa, even kerja itu siap dengan tip-topnya, kita harus membuat analisis tentang apa yang kita perolehi. Maksudnya kita harus 'measure' dan setelah buat measurement, harusla ada 'evaluation'..Betul tak? Jangan dok measure je tapi tak evaluate pun kejayaan atau kegagalan kita. 

Konsep ini sangat penting dalam rutin kita. Ok...Mari Cik Bada kecilkan scope nya. Apa kata kita pilih scope lecturing... Zaman sekarang sebenarnya sukar tau nak measure students faham ke tak apa yang kita pong-pang-pong-pang dalam kelas. Bila ditanya semua faham. Semua takut nak tanya sebab takut kawan gelak dan fikirkan soalan dia adalah sangat tak sophisticated =). Tak pun bila cikgu bagi assignments, quizes dan test, semuanya tak pernah nak buat sendiri. Suka-suki je meniru tanpa rasa bersalahnya. Sedangkan itu adalah variables atau criteria yang digunakan oleh cikgu untuk menilai kefahaman students dengan apa yang di pong-pang-pong-pang dalam kelas. Ini dah jelas menunjukkan apa yang digunakan untuk menilai diri seorang cikgu adalah sangat tak tepat aka tak berguna langsung. Begitula yang jadi pada Cik Bada...Keadaan yang serupa seperti yang dialami oleh yang lain...Keadaan yang mana tak tahu apakah yang perlu dibuat untuk mengetahui tahap pengajaran sendiri..Teruk kah? Bagus kah?

Tetapi...variable measurement yang paling terbaik adalah Final Exam. Waktu inilah baru boleh kita menilai kefahaman students. Bayangkan soalan yang paling senang di dunia pun tak boleh jawab. Hahahaha... Examples dan soalan assignments (soalan dan nombor adalah sama..tak berubah langsung...)yang diuji semula pun masih tak boleh dibuat. Kenapa yer? Soalan yang berulang kot.... Masih tak boleh jawab. Dan evaluation yang memang dapat dibuat dan disimpulkan...Mereka tak faham apa yang kita ajar pun. Selama ini mereka bukan jawab semua tugasan yang diberi dengan jujur nampaknya. Berilah sepuluh tahun belajar pun belum tentu boleh jawab kalau macam ni. Impak yang sangat berat yang harus Cik Bada terima...Stress? Jangan cakapla... Rasa down sangat sebabnya dah tak tahu nak guna kaedah pengajaran apa yang terbaik. 

So conclusion nya; variable for measurement adalah perlu di 'maintain', cuma cara untuk 'evaluation' adalah berbeza. Tak boleh dah macam nie. Kalau maintain macam sekarang, confirm menangis air mata darah tiap kali akhir semester. Ini juga penting untuk kita menilai diri kita dan seterusnya evaluate cara pengajaran kita...Adakah ok dan mudah difahami atau adakah setakat so-so je atau memang students tak faham pun apa yang kita cakap kat depan itu???? Perlu fikirkan ni... Tetapi selepas ini mungkin Cik Bada perlu cari kaedah yang lebih berapi untuk memastikan yang students faham/masuk terus dalam otak apa yang Cik Bada sampaikan. Sebelum ini Cik Bada lebih kepada lepak sahaja mengajar. Mungkin selepas ini perlu lebih tegas...   

Monday, August 15, 2011

Kejutan luar biasa...

Di pagi yang sangat hening beserta bunyi cicak-cicak yang bercecet di dalam rumah, Cik Bada telah bangun dengan happy nyer. Kerana terlalu happy, tak sedar jam dah hampir pukul 8. Maka kelam kabut Cik Bada pakai make-up dan tudung. Make-up kena tau walaupun dah terlambat hehehe. Oleh kerana dah terlambat, contengan di muka adalah sangat minimize. Yang penting nampak cantik dan berseri suda..hehe...

Keluar dari rumah, terus meluru ke parking kereta untuk start kereta. Oleh kerana Cik VIVA Cik Bada itu manja, haruslah dipanaskan enjinnya sebelum bergerak. Tetapi...Cik VIVA tak boleh start...Start, pastu mati. Indicator minyak terus berkelip-kelip macam tak de minyak. Terus Cik Bada fikir..Hari jumaat lepas minyak ada 3 bar. Pastu dia tak jejalan mana-mana pun. Duduk je kat parking...Oleh kerana dah terlalu lambat, teruslah kaki berjalan ke pejabat. Nasib rumah dekat dengan pejabat. Kepala pun dok fikir-fikir..Cmne minyak boleh habis tapi tak sedar. Jalan-jalan dan jalan tetiba tangan gatal telefon Paie. Cakap yang kena jalan kaki sebab kereta tak boleh start langsung. Paie cakap maybe sebab bateri kot bukan minyak...Nasib la suami Paie hantar Paie kerja jadi boleh tolong tengok-tengok..Dan yesssss!!!! memang bateri kereta dah ting-tong...huwaaaaa!!!!! ini maksudnya duit akan melayang terbang dari bank ke tangan orang lain. huwaaaaaa!!!! stresssssss!!!!! inilah gara-gara tak tukar bateri selama EMPAT tahun...Cik Bada tak tahu kena tukar bateri selepas 2-3 tahun pakai. Bila jadi macam ni baru Cik Bada tau. Sungguh cetek ilmu kereta Cik Bada ni. Lepas ni perlu lebih alert!. Dengan bantuan Zamamy (Pegawai penginapan), Shahril (orang PPH) dan Paan (suami Paie) men'jump'kan bateri kereta, kereta dah boleh start dengan happy nyer. Bila dah start, kena terus pegi workshop untuk tukar bateri pulak. Jadi pergilah ke Bangi, tukar bateri. Cik Bada tukar bateri dan ambil maintenance free bateri. Ini maksudnya lepas ni tak payah dah bersusah payah check air bateri. Hanya bawa kereta dan harus alert dengan jangka hayat bateri...Horeyyyyyy hip hip horrreeeeyyyyyy!!!!!!...

Memang pengalaman yang sangat barulah..Ooooo sebelum terlupa dan pengetahuan semua, air bateri itu masih banyak tetapi bila jangka hayat bateri itu dah expired, bateri akan automatic mati. So, lepas ini tolong alert. Jangan bila dah rajin isi air aje, itu dah bermaksud bateri itu tahan lama tau. Perlu tukar setiap 2-3 tahun sekali...

To all ladies out there, please watch out your car battery ya!!!  Do alert!  Be independent... Because sometimes we've to do it by ourselves. Do get the contacts or know where is the nearest workshop from your place if this happen to you... And last but not least, try to being nice and friendly to other people. Because we didn't know our time... Maybe your boyfriend or your parents is too far from you. So these people who are very close to you will help you... Insyaallah...=)

Sunday, August 14, 2011

Habit 1: Suka nangis

Semalam malam Cik Bada tak tido lena. Dok nangis je sampai bangun pagi ni mata bengkak dah macam anak cina. Semalam baru buat eye treatment, tapi Cik Bada dah buat mata Cik Bada kembali tak lawa gara-gara menangis. Sebab menangis macam kanak-kanak tak dapat beli gula-gula hanyalah kerana nak balik Tapah jumpa mak ayah tapi tak dapat sebab next weekend hari sabtu pagi ada exam DSP dan petang ahad kena invigilate exam. Jadi menangisla teresak-esak...Sekarang pun masih rasa teresak-esak lagi. Bila tulis ni pun air mata dok bergenang je.

Di pagi hari di kala mata masih bengkak, dan suara segar kerana tak boleh tido, ayah tepon...Ayah cakap ayah nak bagi duit beli baju raya..Wahhhhh...macam kanak-kanak la pula rasanya. Ayah kata tahun ni last ayah bagi duit beli baju raya. Tahun depan minta kat suami sendiri. Seronok tu adalah...Eh sapa tak seronok weyyyy dapat duit beli baju raya tapi sedih sebab bila dah kahwin dah tak boleh macam sekarang..Manja lagi ngan mak ayah. Tanggungjawab pun dah ada...Mesti ayah pun terasa kehilangan anak dia bila Cik Bada dan adik-adik dah kahwin. Tapi ayah sempat buat lawak lagi...'Nanti dah kahwin, beli baju raya minta kat suami. Ayah tak boleh bagi dah...And guna duit yang ayah bagi cukup-cukup tau. Kalau terlebih, guna duit sendiri tau =)'...So sweet kan ayah Cik Bada...Ayah...Cik Bada akan pastikan next weekend Cik Bada balik juga jumpa mak ayah...Buka posa sesama, terawih sesama. Walaupun sekejap at least kita jumpa ek...

Ok nak stop dah sebab air mata dok mengalir je....Nak balik Tapah!!! Nak balik Tapah!!!!

Saturday, August 13, 2011

My happinest...

Ok...Semalam entry penuh emosional...skang kita happy happy plak yer. Orang selalu cakap "di belakang setiap lelaki yang berjaya ada seorang wanita ..."..Ermmm..biasakan kita dengar. Sebab dah boring dengar, Cik Bada nak tukar la pulak..."Di sebalik kejayaan seorang wanita, ada seorang lelaki..."hehehe...

Seperti yang kita ketahui, kini terlalu banyak wanita yang berjaya. Tak kira apa jua bidang, semuanya telah di isi dengan kaum wanita. Kalau dulu, wanita tempatnya hanyalah di dapur. Skang tak lagi tau...semua sudut tempat ada wanita. Lelaki pun apa kurangnya kan...Sama naik, sama hebat.

Begitulah diri Cik Bada... Berjaya ke peringkat ini, berjaya mengharungi pahit getir kehidupan bukan dengan seorang diri. Ramai yang ada di belakang dan di sisi Cik Bada. Apabila jatuh, ada sahaja tangan yang menyambut. Bila tegak bangun, ada juga yang selalu ingatkan diri Cik Bada yang hidup ini tak selalu indah. Mesti ingat keadaan susah dahulu. Insyaallah..Cik Bada tak akan lupa nasihat itu...Mereka adalah...Mak, Ayah, Adik, Angah, kawan-kawan, dan tak dilupa En.Tunang yang tersayang...=). Entry ini mungkin agak geli dan gatal skit sebab Cik Bada nak cerita skit pasal En.Tunang Cik Bada nie. Rasanya tak banyak entry pasal beliau. Kesian beliau... So, di hari yang sangat best ini sambil mendengar kilat yang meletup-letup, Cik Bada nak cerita pasal En. Tunang....

Kami berkenalan di UNITEN yang mana Cik Rubi ngan Faliq yang kenalkan. Ingat lagi waktu itu Cik Bada tengah ajar students Cik Bada kat UPTEN sebab keesokkannya ada final exam DSP. Tapi En.Tunang Cik Bada nie dulu-dulu pemalu sangat tau. Tak berani pon nak tegur Cik Bada...Cik Bada pun waktu tu tak la nak tegur dia sebab nanti orang cakap Cik Bada nie gatai...hahaha...Lagipun Cik Bada ni kalau memang sombong kalau dengan orang yang Cik Bada tak kenal. Kalau boleh mata Cik Bada ni berpusing-pusing nak menjeling hahaha. Jahat dan sombong kan Cik Bada ni...Haissshhhhh...Not good...En.Tunang nanti didik anak kita jangan jadi macam Cik Bada yer hehehe...Keadaan sombong Cik Bada ni tak kekal lama...Kalau dah memang dilahirkan memang mulut peramah, memang tak boleh dibuangkan. Pada suatu hari ketika melepak dengan Rubi n da geng n en.tunang pun ada, Cik Bada telah berjaya menegur beliau. Peramah juga en.tunang ni. Best sangat borak dengan dia. Rubi n da geng pulak tak habis-habis sakat kitaorg. Dok kenen-kenen kan la. Tapi Cik Bada ni jenis slow dan lembap skit pasal benda-benda ni. Sume Cik Bada ingat melawak. So...kami pun jadi kawan yang sangat baik. Teman borak-borak. Jadi teman Cik Bada buat hard-bound thesis...Jadi teman Cik Bada kalau nangis bila teringat ex-bf...Teman luahan perasaan kalau banyak kerja sangat...Dan teman gelak-gelak macam orang giler..hehe..Dan yang paling best, Cik Bada suke sakat en.tunang sebab beliau sangat cool..layan je even kena sakat. Kekadang kesian jugak tapi Cik Bada tak boleh dan tak tahan dengan orang cool macam tu. Lagi satu sebab beliau ada kening macam Bezita dalam criter Dragon Ball tue. One in the million tau....Tu sebab Cik Bada jatuh cinta kat en.tunang...hahaha...Hidung pun mancung.hehehe..Ok stop Cik Bada..hahaha..

Keintiman kami sebagai teman baik tak berhenti sampai situ...Kami start add mengadd kat facebook. Tukar-tukar no. phone dan start message-message di kala-kala mata dah nak tertutup tido. Wahhh...jangan tak tau...He's so romantic tau...Kalau ingat balik beliau punya ayat sangat la mencairkan hati..rasanya kalau Cik Bada ni tak keras hati, memang cairla. hahahha..Tapi memang akhirnya hati Cik Bada pun mencair...I can't remember the exact date we declared as couple. Sedar-sedar dah ada rasa sayang, cinta dan sangat prihatin dengan diri masing-masing. And i can feel that we're so cute together because at the earliest stage, we didnt tell our closest friends including Faliq and Rubi and my family. We pretend we are just close friends and not more than that when we're with them. Boleh imagine tak?Kelakar tak?  

Setelah masuk 7 bulan hubungan kami as couple, en.tunang telah bertekad memberitahu kawan-kawannya. Dan seharusnya itu adalah perkara yang sangat mengecut perut dan itu jugak telah mengecutkan perut dan uterus Cik Bada hahaha. DI kala perberitahuan en.tunang kepada kawan-kawannya, Cik Bada tak mau ikut sebab Cik Bada dapat rasa kawan-kawannya akan buat sesuatu...Yes...They did!!! Nasib Cik Bada tak ikut. Diorang telah pukul-pukul manja en.tunang sebab selama ini kami telah berlakon aka tipu mereka. Hahaha...

Tak lama kemudian Cik Bada dapat perintah mahkamah dari mak dan ayah mengatakan begini "Kalau sampai akhir tahun nie ko tak de sesapa, mak ayah carikan jodoh khas untuk ko"... Wahhhh...ibarat nak jatuh langit nie tau...Lalu Cik Bada telah berbincang dengan en.tunang, dan kami telah bersepakat untuk bercerita dengan mak dan ayah. So..Cik Bada pun telah balik bersama en.tunang ke tapah untuk kenalkan pada mak ayah...Alhamdulillah...mak ayah approved...Yeaaaa...Lompat bintang lagi kami berdua...=)...Lepas itu keluarga en. tunang hantar rombongan merisik...lepas lebih kurang 3-4 bulan dirisik, akhirnya kami bertunang...Sehinggalah sekarang...Sekarang Cik Bada ni adalah tunangan En.Tunang....Memang ada pahit getir nya sebelum ke tahap ini tapi en.tunang memang sangat cool orang nye. Kalau Cik Bada meroyan tetiba, en tunang handle Cik Bada dengan cool nyer...Sampai skang pun En.Tunang memang cool dan penyabar. Haiisshhh...

Itula...Perjalanan jodoh antara Cik Bada dengan En.Tunang. Kalau nak tau, segarang-garang Cik Bada, garang lagi en.tunang tau. Sekali dia marah, macam nak terkeluar biji mata beliau, kening jangan cakap la...hidung pun macam nak tercabut kuar kalau hilang ke'cool'an beliau... Takut woooooo...Tapi still Cik Bada suka buat dia marah-marah sebab itu kan favourite dan hobby Cik Bada hahahaha...



p/s: To En.Tunang...Kita sesama jaga hubungan kita bebaik yer sampai akhir hayat kita, di dunia dan akhirat yer...Cik Bada memang nakal..suka buat En.Tunang marah, suka test ke'cool'an en.tunang..En.Tunang sabar yer ngan Cik Bada. Pastu manja pulak tu..Suka nangis...En. Tunang tolong sabar yer dengan Cik Bada. CIk Bada dah janji ngan En.Tunang nak jaga En.Tunang bebaik sebab takut nanti ada orang curi en.tunang dari Cik Bada.. Cik Bada sayang En.Tunang...Tak mau en tunang kena curi...=)     

Friday, August 12, 2011

Entry emosional #2

Ramai yang cakap Cik Bada ni bertuah sangat... Senang-senang jer dapat jadi pensyarah. Tapi tak semua tahu semua yang Cik Bada dapat sekarang ini adalah anugerah dari Allah kepada Cik Bada. Semua ini adalah anugerah hasil kegigihan, ketabahan, kesabaran dan doa dari mak, ayah dan adik-adik Cik Bada. Pernah juga suatu masa dahulu, Cik Bada hampir rasa putus asa, rasa sedih dan rasa derita sangat-sangat. Tetapi, alhamdulilah...Cik Bada bangun semula dan berasa kuat selepas mendapat nasihat daripada supervisor master saya; Dato' Zainul dan juga mak ayah saya. Oh tak lupa juga adik-adik Cik Bada. Adik-adik Cik Bada suka buat saya gelak dan ketawa terbahak-bahak bila duduk dengan mereka. That's my family...We will laughing each other to release our stress.

Rentetan bermulanya kerjaya Cik Bada, selepas habis degree dan graduate, Cik Bada menganggur selama 6 bulan. Bayangkan 6 bulan Cik Bada tercari-cari kerja...pergi interview tapi still tak dapat. Sehinggalah pada suatu hari kawan Cik Bada; Cik Rubi suruh antar resume pada dia untuk jadi Research Assistant (RA) di UNITEN. Cik Bada seronok sangat ada kawan macam tu. Maka, terus Cik Bada forward resume Cik Bada pada beliau...Dan alhamdulillah...Cik Bada terima panggilan telefon dari Dato' Zainul untuk jadi RA di bawah projek technical research beliau. Dan di situ jugalah bermulanya perjalanan kehidupan Cik Bada...

Pada waktu itu, Cik Bada juga sambung pengajian Cik Bada di bawah supervision Dato' Zainul. Bermulalah turun naik, kesedihan, kesengsaraan, tangisan, dan kegembiraan saya. Saya pernah rasa putus asa dan mahu berhenti belajar...Dan tak mahu sambung dah. Tetapi saya fikir kalau saya berhenti, ia adalah sangat loser tau tak. Jadi saya bertekad untuk teruskan. Yuran pengajian saya, saya bayar menggunakan duit gaji RA. Tapi memang sangat tak cukup. Maka saya pun mengambil pekerjaan kedua iaitu mengajar tuition di pusat tuition Serdang...Penat memang penat tetapi saya perlu untuk membayar yuran pengajian dan to make sure my dream comes true. Dato' Zainul plak seorang yang agak pushy. Tapi memang sangat bagus sebab kalau tak, tentu tak habis-habis pengajian saya. Tiap-tiap minggu, saya mesti deliver target yang telah beliau tetapkan. Kalau tak dapat, confirm saya kena marah tau. Itulah sebab dulu saya tak banyak bersosial sangat. Dok mengadap kerja research sahaja dan menangis sorang-sorang. Giler psyhco kan!!!!But it true..That's me!!!I'm not nerdy but i'm striving hard for my future....Di samping itu juga, saya mengambil teaching load untuk menjadi lab instructor untuk Digital Signal Processing Lab dan tutorial. Ini semua adalah untuk mendapatkan diskaun yuran pengajian sebanyak 90%. 

Oleh kerana subjek yang saya ajar itu tak ada pelapis, UNITEN telah menyerap saya sebagai seorang Tutor di bawah Depart. Electronics n Communication Eng. Alhamdulillah...berkat kesabaran, saya telah mendapat tempat di UNITEN. At least gaji saya naik sedikit daripada gaji RA. Boleh bayar yuran pengajian tanpa ajar tuition dah. Lega sudah....Tapi nasib ketika itu, segala data-data dah Cik Bada siapkan. Jadi pada waktu itu Cik Bada hanya concentrate pada penulisan thesis sahaja. Namun di sebalik kesenangan yang Allah beri pasti ada kesusahannya. Kerja admin yang terlalu banyak telah menyebabkan saya lalai dan terhenti sebentar untuk menulis thesis. Kiranya macam distracted la...Bila terasa diri dah semakin jauh, Cik Bada telah berjumpa dengan HOD untuk meminta dikurangkan load kerja-kerja admin. Alhamdulillah...CIk Bada dapat..yeaaaaa...terus lompat bintang sebanyak 1000 kali hehehehe. Tapi, kesengsaraan itu tak berhenti di situ...Di akhir-akhir penulisan thesis, Cik Bada mengalami gangguan emosi pulak yang mana ketika itu Cik Bada telah putus cinta...Sedih? Allah sahaja yang tahu..Derita jangan cakap la. Waktu itu Cik  Bada dah tak tahu macam mana nak seimbangkan antara perasaan dan pelajaran. Pada waktu itu, mak, ayah, adik-adik dan kawan-kawan sangat membantu. Kata-kata semangat memang teramatlah banyak. Bayangkan pada waktu itu, berat badan saya merosot dengan banyak sehingga saya di ibaratkan seperti jerangkung yang begerak. Kurus cengkung sangat. Sakit jangan cakapla kan. Dengan semangat dan nasihat yang diberi, Cik Bada kembali kuat dan berjaya habiskan penulisan thesis...Ameeeennnnn...

Selepas itu Cik Bada bekenalan pula dengan En. Tunang...Dia lah yang menjadi peniup semangat Cik Bada untuk VIVA MASTER. Seram sejuk hilang bila dengar kata-kata semangat beliau...Alhamdulillah...Berjaya...Ameeeennn...Waktu itu ada pembetulan yang Cik Bada perlu siapkan. Cik Bada viva pada 1-Jun-2010 dan Cik Bada hantar thesis pada 1-Julai-2010. Kenapa sebulan? Sebab 2 minggu pertama Cik Bada enjoy dengan jayanya...Dan hanya 2 minggu terakhir Cik Bada pulun mengadap thesis itu...hehehehe..

Habis pengajian MASTER dan graduate, terus UNITEN memanggil Cik Bada kembali untuk interview sebagai lecturer. Dan alhamdulillah Cik Bada lulus dan dinaikkan pangkat...Ammeeeennn...

Begitulah cerita susah senang Cik Bada sebelum ke peringkat ini. Dulu Cik Bada pernah rasa rendah diri sangat sebab selalu berasa Cik Bada ini sangatlah loser. Sangat tak berguna... Selalu menyusahkan orang... Tetapi...dengan izin Allah, segala usaha yang gigih, penderitaan, semangat dan yang penting doa dari mak dan ayah, alhamdulillah Cik Bada berjaya dan mencapai segala impian Cik Bada. Itulah, segala kesusahan pasti ada hikmahnya. Cepat atau lambat semuanya adalah kerja Allah S.W.T. Kita sebagai hamba hanya perlu berusaha, bertawakal dan jangan berhenti berdoa dan meminta. Allah suka hamba-Nya yang suka meminta kepada-Nya dan kuat berusaha. Semoga cerita Cik Bada ini boleh menjadi panduan kepada yang pernah merasakan diri sangat lemah dan berasa kurang berkeyakinan. Percayalah...Semua yang terjadi ada hikmahnya. Jangan berhenti berdoa dan putus harap yer...