Di pagi Jumaat ini, Cik Bada telah berjaya mencelikkan mata dengan awalnya. Semuanya gara-gara kena menghadiri 'Morning Talk' yang bertajuk...Penghayatan terhadap sifat bertanggungjawab terhadap organisasi. Dengar tajuk pun dah rasa teramat boring. So..semalam Cik Bada siap berangan lah betapa boringnya talk itu nanti. Siap fikir lagi nak buat muka macam mana, nak duduk macam mana and so on haha...You can call me budak-budak but thats the fact =D...Pagi tadi walaupun berat hati nak pergi tetapi di atas dasar bertanggungjawab Cik Bada terhadap organisasi, melangkah dengan penuh longlai dan berat ke ofis. Sampai-sampai je, talk masih belum bermula sebab person-in-charge pun tak sampai-sampai lagi. APAKAH??? Maybe PIC tu pun malas hahaha...
Setelah bilik dibuka, bermula morning talk...And amazing...Apa yang Cik Bada bayangkan sangatlah tersimpang jauh..There's no such boring talk...It is more on knowledge sharing. Terus otak tukar tune. dari tak suka dan ada rasa boring terus berubah menjadi semangat. Morning Talk telah bertukar menjadi Motivation Talk. Jom Cik Bada share apa yang Cik Bada dapat:
Approach yang digunakan adalah menggunakan HELANG KEPALA PUTIH sebagai analogi terbaik untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab. Daripada penyampaian beliau, dapat disimpulkan seorang pekerja harus FOKUS dengan apa yang dilakukan. Yang mana kerja yang kita lakukan mestilah mempunyai fokus yang khusus. Contohnya helang kalau nak cari makan, dia akan aim pada satu binatang yang memang dia aim. Walaupun ada binatang yang lebih lazat,gemuk atau menarik, dia tetap pada apa yang di fokuskan daripada awal.Helang juga adalah binatang yang BERANI UNTUK BERUBAH. Bayangkan helang boleh hidup dalam masa 60-70 tahun. tetapi dalam masa 30 tahun, helang terpaksa memilih untuk HIDUP ATAU MATI. Hidup bermaksud helang terpaksa melalui fasa yang menyakitkan. Ini kerana pada umur 30an, paruh helang akan menjadi bengkok yang mana ia menyukarkan helang untuk memburu binatang dan kuku helang akan menjadi panjang dan bengkok dan sangat lembut untuk mencengkam binatang dan bulunya akan tumbuh tebal yang mana ia akan menyukarkan helang untuk terbang lebih tinggi. Jadi untuk meneruskan hidup, helang perlu berani berubah. Caranya ia perlu melalui suatu fasa yang menyakitkan selama 150 hari. Bayangkan 150 hari itu, helang akan pergi ke puncak gunung yang paling tinggi untuk memulakan proses yang menyakitkan. Fasa bermula dengan ia mengetukkan paruh pada batu agar paruh itu terpatah dan paruh baru akan tumbuh bagi menggantikan paruh yang patah itu. Selepas tumbuh paruh yang baru, paruh akan digunakan untuk untuk mengcabut kuku yang panjang dan bengkok agar tumbuh kuku yang baru. Dan setelah kuku baru tumbuh, kuku dan paruh akan digunakan untuk mengcabutkan bulu-bulu yang tak elok dan akan digantikan dengan tumbuhnya bulu baru yang memudahkan ia terbang seperti helang muda yang lain.
Menarikkan hidup helang ini...Dan yang pasti boleh digunakan untuk kita...Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu ada:
1) Target ataupun tahu apa yang kita hendak ataupun kejayaan yang kita mahu kecapi.
2) Fokus dengan apa yang kita buat. Jangan mudah terpesong dengan segala keseronokan. Fokus dengan apa yang kita mahu!.
3) Berani berubah untuk menjadi yang lebih baik.
Dan untuk menjadi yang terbaik, kita perlulah mempunyai sahabat yang hebat dan mahu berjaya dalam hidup.
Ermmm...Saya MAHU menjadi seperti seekor helang...Di pagi Jumaat ini, marilah kita berubah kepada seseorang yang lebih baik dari semalam...Aminnnn...
Friday, December 30, 2011
Thursday, December 29, 2011
Tak takut ke????
Cik Bada terpanggil-panggil untuk menulis di sini setelah mendapat banyak sangat pertanyaan berkenaan PERGI KE BALI SESORANG...TAK TAKUT KE PERGI KE TEMPAT ORANG-ORANG SSORANG? Perghhhh...sungguh banyak betul soalan. Maka, di sini Cik Bada akan berkongsi pengalaman ke tempat orang berseorangan (perkongsian ini adalah untuk simpanan sendiri sebab tahu takde orang nak baca pon =D)...
Tipulah kalau cakap tak takut pergi sana sesorang..Memula tu menangis tahap bengkak mata jugaklah tapi lama-lama tu rasa macam orang bodoh pulak. Nak tak nak kena jugak pergi sorang-sorang kan. Pada mulanya macam-macam benda negatif tetiba singgah kat otak..Makan la, takut tersalah kapal terbang la, takut orang kacau la, segalanya takutla...Bayangkan sebelum pergi, siap nangis-nangis bagai sebab NAK CARI HOTEL JE PUN..hahaha....Bayangkan teruk ke tak kan hahaha...Makin hari makin takut. Tapi seminggu sebelum pergi baru rasa confident skit...Sebab dok fikir apala nak takut-takut sangat. Baik la buat confident and cool je sebab kalau dok takut, benda yang kita takutkan sangat itulah yang akan jadi...Perghhh..simpang malaikat 44.
Jadi pada 21-11-2011 bermulalah perjalanan secara seorang diri ke Bali Indonesia. Pergi LCCT en.tunang hantar. Memula tu happy je tapi bila en.tunang balik nak pergi kerja,boleh la pulak berjurai-jurai air mata hahaha. Buat malu aje sampai en.tunang pun naik malu hahaha...
So...kat sini Cik Bada nak tulis apa yang penting untuk travel seorang diri:
1) Perlu confident and tunjuk cool...
2) Buat research pasal tempat yang kita hendak pergi. Itu penting sebab nanti di sana kalau kita tak tentu arah, orang mesti pelik. So jangan jadikan diri sendiri pelik yer...
3) Perlu ringan mulut dengan orang sana. Jangan tunjuk sombong di tempat orang..Bahaya tau!
4) Kalau boleh carilah kawan...Cik Bada ke Bali untuk menghadiri conference. So waktu itu ramai juga yang datang sorang-sorang. So...bergaul lah dengan mereka sebab best tau dapat kawan baru! Boleh share a lot of things! Dan paling penting berkembanglah sikit otak kita ni =).
5) Pasal makanan...Memang payah sikit nak cari halal food di sana...So kata kuncinya..tanya orang tempatan di mana tempat makan nasi padang atau nasi minang atau KFC atau Dunkin Donut...Itu pentingnya jadi peramah..Lagi satu jangan banyak complain makanan tak sedap...Kata pergi tempat orang. Confirm lah rasa makanan itu tak sama dengan tekak kita...
6) Seperti yang diketahui Cik Bada memang suka membeli belah. Kalau boleh tiang lampu nak beli...hahaha..Bila sesorang, pasti rasa takut kan nak jalan sesorang. So apa yang Cik Bada buat, Cik Bada redah je and doa banyak-banyak supaya takde orang kacau. Alhamdulilah..Berjaya!
7) Jangan sombong! Cik Bada tengok ada ramai sangat orang Malaysia yang datang sesorang sombong...Come on abang, adik dan kakak..Kita 1Malaysia kot. Dahla kat negara orang. Nak sombong pun tak guna. Pastu nak takut-takut dan mengadu takde yang nak kawan dia kat sana. Pelik!! Camne la orang nak kawan kalau awak tu sombong...
8) Pastikan pakai kasut yang selesa sebab senang untuk lari sekiranya kena kejar dengan anjing hahaha..This is the true story hahaha....
9) Lastly, make sure dah tukar duit kat Malaysia atau kata lain pastikan ada duit negara yang kita kunjungi mencukupi di tangan...Itu penting kerana ini terjadi pada Cik Bada. Tapi itulah..semuanya nasib badan. Untuk pengetahuan, untuk keluar dari negara Indonesia, kita perlu sediakan 150,000 rupiah sebagai tax yang mana itu perlu dibayar on the dot. Nasib waktu ada banyak lagi duit Indonesia Cik Bada. Kalau tak pengsan la....
10) Eh belum last lagi...ada lagi satu benda penting...Sila bawa ubat yer. Tak kisahlah vicks ke, minyak cap kapak ke sebab kadang-kadang tendency untuk sakit itu teramatlah tinggi. Ini terjadi pada Cik Bada...sampai je kat Bali terus rasa pening dan malam itu kena sakit perut pulak...siap cirit-birit lagi...Nasib waktu itu bawak minyak angin...maka,bolehlah tido dengan aman. Terima kasih mak sebab haritu ingatkan Cik Bada sebelum pergi =)...
Itu baru sedikit...Nanti Cik Bada sambung lagi yer...Banyak sangat nak di kongsi tapi tangan dah tak larat menaip...Semoga ini akan menjadi panduan pada masa akan datang...Dan pada yang terbaca tulisan Cik Bada ini (sila jangan perasan...sapalah yang nak baca blog awak ni hehehehe)..
Apa-apa pun; CONFIDENT + PERAMAH + BUAT RESERACH itu penting ketika travel seorang diri.
Friday, December 23, 2011
Bila seseorang bertanyakan tentang masa depan
Cik Bada bukanlah seorang yang mungkin terbaik untuk menjadi penasihat. Tetapi, walaupun begitu, Cik Bada suka bila ada seseorang yang datang meminta nasihat Cik Bada. Itulah yang berlaku sebentar tadi. Seorang pelajar yang Cik Bada nampak sangatlah berdaya saing (is it the right word?...=D)...Pada mulanya beliau datang untuk bertanyakan soalan dan mungkin melihatkan Cik Bada yang teramatlah sempoi menjawab soalan beliau, terus perbualan bermula dengan sesuatu yang melibatkan masa hadapan. Rupanya beliau sedang confuse untuk sambung MASTER dalam bentuk course work atau pun research. Dan sekali lagi Cik Bada terangkan kepada beliau yang Cik Bada bukanlah orang yang selayaknya menjawab soalan itu..cuma bolehlah memberi sedikit gambaran sebenar sekiranya membuat dalam bentuk research. Cik Bada bercerita mengikut pengalaman yang telah dilalui.
Dan yang pasti, Cik Bada tidaklah bercerita yang manis-manis sahaja. Ini kerana hidup ini bukanlah selalunya manis. Hampir 80% perbincangan tadi berkisarkan fakta yang sebenar-benarnya. Macam ini yer...Bila buat Master by Research, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Kalau ada kekasih, kita perlu menerangkan segalanya dan persediaan yang perlu diambil. Kalau ada kawan-kawan yang baik, perlu juga diterangkan kepada mereka. Persiapan mental dan perasaan juga adalah penting. Tapi Cik Bada asyik cakapkan berulang kali kepada beliau "Kalau yang lain kita hilang takpe...Yang penting kita ada mak ayah dan Allah. Apa jua yang kita buat dan fikirkan, mestilah sentiasa dahulukan mak ayah...Dan apa-apa yang terjadi hendaklan selalu kembali pada Allah...Itu jela sumber kekuatan.."...
Mau terkeluar woo air mata Cik Bada waktu nasihat kan pelajar itu. Yelah bila mengenangkan kembali segala perit jerih, kehilangan dan segalanya. Dan yang masih kekal adalah mak ayah dan Allah. Dan melalui apa yang terjadi, kita baru kenal dan tahu siapa yang sebenar-benar kawan kita. Kawan yang mengerti segala kesusahan kita.Yang kenal dan bersama kita di kala susah dan senang. Cik Bada bersyukur...Alhamdulilah!
Wednesday, December 21, 2011
Hello!I miss my own page!!!
Masyaallah...Dah 3 bulan wooo page ni ditinggalkan tanpa update. Serius sedih kot. Yelah sejak addicted dgn Twi***, sume update dan leteran diletakkan di situ =P. Selama 3 bulan, banyak yang terjadi. Travelling alone to Bali, mencari rumah untuk di sewa dan di beli, sibuk dengan preparation adik kahwin dan now it's time for me. PREPARING FOR MY BIG DAY!!! Maybe akan menjadi lebih sibuk dan kelam kabut dan sekali lagi page ni akan di tinggalkan. huhu..
Buat masa sekarang, 3 items dari list persediaan dah selesai. Alhamdulilah...Mood nak prepare baru datang. Sebelum nie buat tak kisah je. Bak kata mak "Dah terberak baru nak korek lubang =)"...Apa-apa jela hehe..
Ok la...Got to go!
p/s: I tgh kemaruk nie dgn cerita Korea sebab pelakon dia sgt kiut-miut =D
Buat masa sekarang, 3 items dari list persediaan dah selesai. Alhamdulilah...Mood nak prepare baru datang. Sebelum nie buat tak kisah je. Bak kata mak "Dah terberak baru nak korek lubang =)"...Apa-apa jela hehe..
Ok la...Got to go!
p/s: I tgh kemaruk nie dgn cerita Korea sebab pelakon dia sgt kiut-miut =D
Friday, September 16, 2011
Have you ever think about yourselves?
Have you? What are your future plans? In 10 years from now...how's your life will be? Is it much better from now or just remain the same without any improvement. I do agree with Allah plans. Since we were born, Allah has planned every thing for us. We MUST believe in Qadho' and Qada'. But it doesn't mean that we have to just wait and see without doing anything! It is absolutely wrong... So, let's plan our future and don't forget to pray and ask for Allah help. Don't ever stop praying and asking His help.
So....Let's start identify and think about your own future. And make sure you are trying hard to achieve it. Insyaallah...It will be yours...Aminnnnnn!!!!
So....Let's start identify and think about your own future. And make sure you are trying hard to achieve it. Insyaallah...It will be yours...Aminnnnnn!!!!
Monday, September 12, 2011
Just to share my feeling
People always said that "Past is Past"..."Live your life and do forgive and forget." Memanglah sangat betul dan perjalanan baru telah bermula. Alhamdulilah...saya sangat happy dengan kehidupan baru saya. Saya bersyukur berjumpa dengan tunang saya, semakin hari semakin sayang dan cinta. Cewahhh..
Apa yang masih menjadikan saya sakit hati dan geram ialah apabila seorang perempuan yang suatu masa dahulu menyebabkan hidup saya kucar-kacir asyik datang dalam mimpi saya. Menyampah okeyyyyyy!!!!Saya selalu cerita pasal benda kat tunang saya dan selalu sangat pelik. Kenapalah perempuan itu selalu datang dalam mimpi saya????Menyampah okeyyyyy!!!!!Puas saya fikir...Saya rela tunang saya yang datang dalam mimpi saya...Lagi best kot dari jumpa perempuan yang sangat menyampahkan. If it is happen to you what you will do? Saya tak boleh tahan oooo kalau asyik mimpi itu perempuan. Dahlah sangat jahat!!!
Setelah berbincang dengan tunang saya semalam, baru saya terdetik...Mungkin inilah sebabnya kalau kita melupakan tetapi tak pernah memaafkan. Memang betul saya tak pernah memaafkan perempuan itu. Bernanah tau hati saya dulu hasil perbuatan perempuan itu. Dan kerana itu saya sangatlah trauma. Tunang saya pun boleh nampak tau ke'trauma'an saya ini.
Jadi...saya dah berada di mood yang mahu menghilangkan perempuan itu dari mimpi saya. Tak payahla nak datang dalam mimpi saya kalau nak bagitau yang dia sangat happy dengan life dia and so on. Please leave me alone. I need a good sleep with a good dream and a good feeling.
Untuk memaafkan....Masa amat diperlukan untuk itu. Insyaallah kemaafan itu pasti akan datang tapi hanya masa sahaja yang menentukan.
Aminnnnnn...
Tapi...
Apa yang masih menjadikan saya sakit hati dan geram ialah apabila seorang perempuan yang suatu masa dahulu menyebabkan hidup saya kucar-kacir asyik datang dalam mimpi saya. Menyampah okeyyyyyy!!!!Saya selalu cerita pasal benda kat tunang saya dan selalu sangat pelik. Kenapalah perempuan itu selalu datang dalam mimpi saya????Menyampah okeyyyyy!!!!!Puas saya fikir...Saya rela tunang saya yang datang dalam mimpi saya...Lagi best kot dari jumpa perempuan yang sangat menyampahkan. If it is happen to you what you will do? Saya tak boleh tahan oooo kalau asyik mimpi itu perempuan. Dahlah sangat jahat!!!
Setelah berbincang dengan tunang saya semalam, baru saya terdetik...Mungkin inilah sebabnya kalau kita melupakan tetapi tak pernah memaafkan. Memang betul saya tak pernah memaafkan perempuan itu. Bernanah tau hati saya dulu hasil perbuatan perempuan itu. Dan kerana itu saya sangatlah trauma. Tunang saya pun boleh nampak tau ke'trauma'an saya ini.
Jadi...saya dah berada di mood yang mahu menghilangkan perempuan itu dari mimpi saya. Tak payahla nak datang dalam mimpi saya kalau nak bagitau yang dia sangat happy dengan life dia and so on. Please leave me alone. I need a good sleep with a good dream and a good feeling.
Untuk memaafkan....Masa amat diperlukan untuk itu. Insyaallah kemaafan itu pasti akan datang tapi hanya masa sahaja yang menentukan.
Aminnnnnn...
Thursday, September 8, 2011
Believe in Yourself.
Picture from Google.com
Yesterday i posted the same quote (in this blog) by Marilyn Monroe at my facebook wall. But the weird things had happened. More than 10 people like the quote including my bosses. It is seriously amazing hahaha. Hopefully they didn't take it seriuosly. For those who are reading my blog, surely know why i posted it. But i am afraid with those who didn't read my blog and suddenly manipulate and making up the story.
BUT...
"I believe lies so eventually i learn to trust no one BUT myself"
Wahhhh...there's again...I keep quoting Marilyn Monroe Quote. I love her quote so much...It's like i'm learning to know others and be good to myself.
p/s: Pasni kalau i jumpa quote best-best lagi, i letak kat sini yer.=)...
Subscribe to:
Posts (Atom)
