Thursday, December 29, 2011

Tak takut ke????

Cik Bada terpanggil-panggil untuk menulis di sini setelah mendapat banyak sangat pertanyaan berkenaan PERGI KE BALI SESORANG...TAK TAKUT KE PERGI KE TEMPAT ORANG-ORANG SSORANG? Perghhhh...sungguh banyak betul soalan. Maka, di sini Cik Bada akan berkongsi pengalaman ke tempat orang berseorangan (perkongsian ini adalah untuk simpanan sendiri sebab tahu takde orang nak baca pon =D)...

Tipulah kalau cakap tak takut pergi sana sesorang..Memula tu menangis tahap bengkak mata jugaklah tapi lama-lama tu rasa macam orang bodoh pulak. Nak tak nak kena jugak pergi sorang-sorang kan. Pada mulanya macam-macam benda negatif tetiba singgah kat otak..Makan la, takut tersalah kapal terbang la, takut orang kacau la, segalanya takutla...Bayangkan sebelum pergi, siap nangis-nangis bagai sebab NAK CARI HOTEL JE PUN..hahaha....Bayangkan teruk ke tak kan hahaha...Makin hari makin takut. Tapi seminggu sebelum pergi baru rasa confident skit...Sebab dok fikir apala nak takut-takut sangat. Baik la buat confident and cool je sebab kalau dok takut, benda yang kita takutkan sangat itulah yang akan jadi...Perghhh..simpang malaikat 44.

Jadi pada 21-11-2011 bermulalah perjalanan secara seorang diri ke Bali Indonesia. Pergi LCCT en.tunang hantar. Memula tu happy je tapi bila en.tunang balik nak pergi kerja,boleh la pulak berjurai-jurai air mata hahaha. Buat malu aje sampai en.tunang pun naik malu hahaha...

So...kat sini Cik Bada nak tulis apa yang penting untuk travel seorang diri:
1) Perlu confident and tunjuk cool...
2) Buat research pasal tempat yang kita hendak pergi. Itu penting sebab nanti di sana kalau kita tak tentu arah, orang mesti pelik. So jangan jadikan diri sendiri pelik yer...
3) Perlu ringan mulut dengan orang sana. Jangan tunjuk sombong di tempat orang..Bahaya tau!
4) Kalau boleh carilah kawan...Cik Bada ke Bali untuk menghadiri conference. So waktu itu ramai juga yang datang sorang-sorang. So...bergaul lah dengan mereka sebab best tau dapat kawan baru! Boleh share a lot of things! Dan paling penting berkembanglah sikit otak kita ni =).
5) Pasal makanan...Memang payah sikit nak cari halal food di sana...So kata kuncinya..tanya orang tempatan di mana tempat makan nasi padang atau nasi minang atau KFC atau Dunkin Donut...Itu pentingnya jadi peramah..Lagi satu jangan banyak complain makanan tak sedap...Kata pergi tempat orang. Confirm lah rasa makanan itu tak sama dengan tekak kita...
6) Seperti yang diketahui Cik Bada memang suka membeli belah. Kalau boleh tiang lampu nak beli...hahaha..Bila sesorang, pasti rasa takut kan nak jalan sesorang. So apa yang Cik Bada buat, Cik Bada redah je and doa banyak-banyak supaya takde orang kacau. Alhamdulilah..Berjaya!
7) Jangan sombong! Cik Bada tengok ada ramai sangat orang Malaysia yang datang sesorang sombong...Come on abang, adik dan kakak..Kita 1Malaysia kot. Dahla kat negara orang. Nak sombong pun tak guna. Pastu nak takut-takut dan mengadu takde yang nak kawan dia kat sana. Pelik!! Camne la orang nak kawan kalau awak tu sombong...
8) Pastikan pakai kasut yang selesa sebab senang untuk lari sekiranya kena kejar dengan anjing hahaha..This is the true story hahaha....
9) Lastly, make sure dah tukar duit kat Malaysia atau kata lain pastikan ada duit negara yang kita kunjungi mencukupi di tangan...Itu penting kerana ini terjadi pada Cik Bada. Tapi itulah..semuanya nasib badan. Untuk pengetahuan, untuk keluar dari negara Indonesia, kita perlu sediakan 150,000 rupiah sebagai tax yang mana itu perlu dibayar on the dot. Nasib waktu ada banyak lagi duit Indonesia Cik Bada. Kalau tak pengsan la....
10) Eh belum last lagi...ada lagi satu benda penting...Sila bawa ubat yer. Tak kisahlah vicks ke, minyak cap kapak ke sebab kadang-kadang tendency untuk sakit itu teramatlah tinggi. Ini terjadi pada Cik Bada...sampai je kat Bali terus rasa pening dan malam itu kena sakit perut pulak...siap cirit-birit lagi...Nasib waktu itu bawak minyak angin...maka,bolehlah tido dengan aman. Terima kasih mak sebab haritu ingatkan Cik Bada sebelum pergi =)...

Itu baru sedikit...Nanti Cik Bada sambung lagi yer...Banyak sangat nak di kongsi tapi tangan dah tak larat menaip...Semoga ini akan menjadi panduan pada masa akan datang...Dan pada yang terbaca tulisan Cik Bada ini (sila jangan perasan...sapalah yang nak baca blog awak ni hehehehe)..

Apa-apa pun; CONFIDENT + PERAMAH + BUAT RESERACH itu penting ketika travel seorang diri.

No comments: