Friday, December 30, 2011

Morning Talk...

Di pagi Jumaat ini, Cik Bada telah berjaya mencelikkan mata dengan awalnya. Semuanya gara-gara kena menghadiri 'Morning Talk' yang bertajuk...Penghayatan terhadap sifat bertanggungjawab terhadap organisasi. Dengar tajuk pun dah rasa teramat boring. So..semalam Cik Bada siap berangan lah betapa boringnya talk itu nanti. Siap fikir lagi nak buat muka macam mana, nak duduk macam mana and so on haha...You can call me budak-budak but thats the fact =D...Pagi tadi walaupun berat hati nak pergi tetapi di atas dasar bertanggungjawab Cik Bada terhadap organisasi, melangkah dengan penuh longlai dan berat ke ofis. Sampai-sampai je, talk masih belum bermula sebab person-in-charge pun tak sampai-sampai lagi. APAKAH??? Maybe PIC tu pun malas hahaha...

Setelah bilik dibuka, bermula morning talk...And amazing...Apa yang Cik Bada bayangkan sangatlah tersimpang jauh..There's no such boring talk...It is more on knowledge sharing. Terus otak tukar tune. dari tak suka dan ada rasa boring terus berubah menjadi semangat. Morning Talk telah bertukar menjadi Motivation Talk. Jom Cik Bada share apa yang Cik Bada dapat:

Approach yang digunakan adalah menggunakan HELANG KEPALA PUTIH sebagai analogi terbaik untuk menunjukkan sikap bertanggungjawab. Daripada penyampaian beliau, dapat disimpulkan seorang pekerja harus FOKUS dengan apa yang dilakukan. Yang mana kerja yang kita lakukan mestilah mempunyai fokus yang khusus. Contohnya helang kalau nak cari makan, dia akan aim pada satu binatang yang memang dia aim. Walaupun ada binatang yang lebih lazat,gemuk atau menarik, dia tetap pada apa yang di fokuskan daripada awal.Helang juga adalah binatang yang BERANI UNTUK BERUBAH. Bayangkan helang boleh hidup dalam masa 60-70 tahun. tetapi dalam masa 30 tahun, helang terpaksa memilih untuk HIDUP ATAU MATI. Hidup bermaksud helang terpaksa melalui fasa yang menyakitkan. Ini kerana pada umur 30an, paruh helang akan menjadi bengkok yang mana ia menyukarkan helang untuk memburu binatang dan kuku helang akan menjadi panjang dan bengkok dan sangat lembut untuk mencengkam binatang dan bulunya akan tumbuh tebal yang mana ia akan menyukarkan helang untuk terbang lebih tinggi. Jadi untuk meneruskan hidup, helang perlu berani berubah. Caranya ia perlu melalui suatu fasa yang menyakitkan selama 150 hari. Bayangkan 150 hari itu, helang akan pergi ke puncak gunung yang paling tinggi untuk memulakan proses yang menyakitkan. Fasa bermula dengan ia mengetukkan paruh pada batu agar paruh itu terpatah dan paruh baru akan tumbuh bagi menggantikan paruh yang patah itu. Selepas tumbuh paruh yang baru, paruh akan digunakan untuk untuk mengcabut kuku yang panjang dan bengkok agar tumbuh kuku yang baru. Dan setelah kuku baru tumbuh, kuku dan paruh akan digunakan untuk mengcabutkan bulu-bulu yang tak elok dan akan digantikan dengan tumbuhnya bulu baru yang memudahkan ia terbang seperti helang muda yang lain.

Menarikkan hidup helang ini...Dan yang pasti boleh digunakan untuk kita...Untuk berjaya dalam hidup, kita perlu ada:
1) Target ataupun tahu apa yang kita hendak ataupun kejayaan yang kita mahu kecapi.
2) Fokus dengan apa yang kita buat. Jangan mudah terpesong dengan segala keseronokan. Fokus dengan apa yang kita mahu!.
3) Berani berubah untuk menjadi yang lebih baik.

Dan untuk menjadi yang terbaik, kita perlulah mempunyai sahabat yang hebat dan mahu berjaya dalam hidup.

Ermmm...Saya MAHU menjadi seperti seekor helang...Di pagi Jumaat ini, marilah kita berubah kepada seseorang yang lebih baik dari semalam...Aminnnn... 

No comments: