Cik Bada bukanlah seorang yang mungkin terbaik untuk menjadi penasihat. Tetapi, walaupun begitu, Cik Bada suka bila ada seseorang yang datang meminta nasihat Cik Bada. Itulah yang berlaku sebentar tadi. Seorang pelajar yang Cik Bada nampak sangatlah berdaya saing (is it the right word?...=D)...Pada mulanya beliau datang untuk bertanyakan soalan dan mungkin melihatkan Cik Bada yang teramatlah sempoi menjawab soalan beliau, terus perbualan bermula dengan sesuatu yang melibatkan masa hadapan. Rupanya beliau sedang confuse untuk sambung MASTER dalam bentuk course work atau pun research. Dan sekali lagi Cik Bada terangkan kepada beliau yang Cik Bada bukanlah orang yang selayaknya menjawab soalan itu..cuma bolehlah memberi sedikit gambaran sebenar sekiranya membuat dalam bentuk research. Cik Bada bercerita mengikut pengalaman yang telah dilalui.
Dan yang pasti, Cik Bada tidaklah bercerita yang manis-manis sahaja. Ini kerana hidup ini bukanlah selalunya manis. Hampir 80% perbincangan tadi berkisarkan fakta yang sebenar-benarnya. Macam ini yer...Bila buat Master by Research, banyak pengorbanan yang perlu dibuat. Kalau ada kekasih, kita perlu menerangkan segalanya dan persediaan yang perlu diambil. Kalau ada kawan-kawan yang baik, perlu juga diterangkan kepada mereka. Persiapan mental dan perasaan juga adalah penting. Tapi Cik Bada asyik cakapkan berulang kali kepada beliau "Kalau yang lain kita hilang takpe...Yang penting kita ada mak ayah dan Allah. Apa jua yang kita buat dan fikirkan, mestilah sentiasa dahulukan mak ayah...Dan apa-apa yang terjadi hendaklan selalu kembali pada Allah...Itu jela sumber kekuatan.."...
Mau terkeluar woo air mata Cik Bada waktu nasihat kan pelajar itu. Yelah bila mengenangkan kembali segala perit jerih, kehilangan dan segalanya. Dan yang masih kekal adalah mak ayah dan Allah. Dan melalui apa yang terjadi, kita baru kenal dan tahu siapa yang sebenar-benar kawan kita. Kawan yang mengerti segala kesusahan kita.Yang kenal dan bersama kita di kala susah dan senang. Cik Bada bersyukur...Alhamdulilah!
No comments:
Post a Comment