Tadi Cik Bada terima satu panggilan telefon dari seorang sahabat baik Cik Bada. Semuanya adalah berkisarkan aduan rakyat =). Kesian kawan Cik Bada ni..Selalu kena buli. Geram jugak bila dengar. Rasa nak pukul-pukul je orang yang buat kawan Cik Bada macam tu. Orang tu pulak tak reti-reti ke nak berhenti kacau orang. Dah jadi perangai kegemaran kot =P. Dalam borak-borak, dan senda tawa kami berdua, terkeluar satu kisah yang sememangnya patut dijadikan teladan.
Ok...ceritanya berbunyi begini....Hari tu kawan Cik Bada ini pergilah ke suatu tempat perbincangan tertutup yang mana di situ ada 4 orang. 2 orang (A, B) memang dah boleh dikira sebagai otai la, 1 orang (C) lagi baru suam-suam kuku dan 1 orang lagi memang sangat baru (D)... Pada waktu itu D ada menanyakan kepada semua begini;
D : Saya ni orang baru so banyak sikit benda-benda yang saya confius. Saya kena duty hari raya ni. Yang saya confius raya-raya pun kena duty ke..Tapi bila saya hantar email, takde pun orang jawab. Jadi saya tanya la Kak Za****. Dia cakap dulu waktu hari raya tak duty pun...
C : Ooooo...kalau pasal duty tak kan ada yang akan reply (dgn nada yg sgt sinis dan menyakitkan hati. Pada Cik Bada la kenapa C tak tolong jawab email D tu. Nak cakap pun pandang jugak diri sendiri tau).
C terus menyambung cakap;
C : Kita terpaksa cancel balik kampung belah suami sebab duty (semakin sinis)... I** pakai buat je..mentang-mentangla dia tak duty..(nada yang sinis dan memang berbaur hati yang busuk)..
Dan bla-bla...Si C terus bercakap tanpa henti tanpa menyedari yang perangai dia diperhatikan oleh A.
Kemudian A dan B yang dah panas telinga dan hati dengar pun menambah;
A : Dulu zaman Kak Za****, memang macam tu. Tapi HEP terima feedback yang waktu cuti raya international students still ada...So kena ada yang stand-by in case ada kejadian-kejadian yang tak diingini. Lepas itu ada felo bukan beragama Islam masuk. So bila time raya dia tolong cover. Plus Kak B pernah duty waktu raya. Betulkan Kak B?
B : Aaah...akak memang pernah duty waktu raya...Kira bahagi 2 la..Separuh Kak B ambil, separuh lagi felo bukan islam tu ambil.
Itula situasi pada waktu itu...ada banyak lagi yang kami bualkan. Tapi Cik Bada mahu bincangkan perangai atau sikap manusia. Kalau dalam keadaan sebenar, si C boleh dikatakan suka mengungkit dan berkira. Semua yang dia buat mestilah hendak dia ungkit... Tak boleh beralah langsung dan sangat mementingkan diri sendiri. Sebelum ni banyak je orang dah sacrifice untuk si C ni. Si C sedar ke tak???? Plus best je dia mengata I**. For your information, they always claim that they're bestfriend. Tapi betul ke bestfriend kalau memburuk-burukkan kawan baik depan orang lain? Sangat bahaya betul mulut si C ni. Sebelum ada beberapa situasi yang Cik Bada menguji I** tentang si C tapi I** tak pernah cakap buruk pasal si C ni tau tapi si C ni selamber je cakap buruk pasal si I** pada orang lain. Itukah kawan baik?
Kalau dilihat penampilan muslimah yang dibawa oleh si C ini memang sangat tak patut dengan perangai dan hati yang busuk berbau bangkai itu. Adakah ini contoh terbaik untuk yang baru berjinak-jinak untuk pergi ke arah kebaikan? Kalau ikutkan Cik Bada ni pernah juga kena dengan si C ni..Yela..tudung i ni senteng skit. Nampak je bukit-bukau kan. Dia punya tudung dah macam telekung sembahyang tapi hati Cik Bada tak lah berbau bangkai macam dia tau. Bak kata si A 'Hati si C yang busuk tu memang boleh nampak tau kat muka dia'...hehehe.. Kekadang Cik Bada rasa nak ambil je gunting-besar-yang-gunting-pokok-tu nak potong tudung dia bagi sama pendek dengan Cik Bada. Tak bagus langsung penampilan diri dia dengan perangai dia tau. Memburukkan imej wanita muslimah tau.
Moral of the story:-
Kita haruslah menjaga hati kita tau... Jangan biarkan dia membusuk sebab bila hati dah busuk, automatik diri tu sentiasa tak puas hati dengan orang lain dan tak boleh tengok orang senang. PLUS sekarang adalah bulan Ramadhan. Sepatutnya, pada bulan inilah kita menyucikan hati kita bukan mengotorkan nya. Lagi satu..cara pemakaian bukanlah satu pakej untuk melindungi hati yang busuk tau..Orang sekarang dah boleh menilai ketulusan hati kita tau... Dan akhir sekali...Tolonglah menyucikan hati anda itu sebelum ada lebih ramai lagi yang terasa dengan anda tau...
Cik Bada mohon pada Allah yang Cik Bada tak akan tergolong dalam golongan yang mempunyai hati yang busuk ini. Ammmeeeennnn...