Hari Sabtu lepas (7 Ogos 2010), adalah detik bersejarah dalam hidup saya. Saya telah selamat bergelar
*
*
*
*
*
*
*
*
*
GRADUAN UNTUK PROGRAM MASTER OF ELECTRICAL ENGINEERING (MEE)
*
*
*
*
Perasaan: Tentulah sangat gembira apabila segala usaha saya terbalas..Segala keperitan yang saya lalui ketika menyiapkan MASTER terasa amatlah berbaloi. Walaupun pelbagai ujian yang datang, saya kuatkan semangat saya untuk menyiapkan MASTER saya. Sesungguhnya inilah hadiah saya untuk mak ayah , angah, adik, & kawan -kawan yang sanggup menadah telinga mendengar tangisan saya, rungutan dan memberi kata semangat & motivasi.
Berikut adalah sebahagian daripada gambar yang saya ambil dari kawan-kawan saya. gambar-gambar lain tak diupload lg oleh adik2 saya..nanti selepas terima, sepantas kilat akan ditayang di sini yer...
Credit to Yasmin&Faliq..:)
Di luar dewan ketika sesi menyiapkan aka mencantikkan diri...hehe
Gambar diambil tetapi sekiranya diperhatikan topi saya sangatlah senget..Apakah..Tapi abaikan..kegembiraan itu lagi penting..
Bersama Rubi...Sungguh gembirakan kami berdua..(Tapi sungguh merahnya saya pada hari itu...Dari tudung ke baju la merahnya..)
ACKNOWLEDGEMENT (wah macam tulis thesis la plak): Credit kepada Angah&tunangnya...kerana baju&tudung saya pakai adalah pemberian daripada mereka. Baik kan adik saya...
Okla..Will see u soon with more updated photos and story..
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
& SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT KEBERKATAN RAMADHAN




1 comment:
tahniah bada. ko tak gtau. kalu tak, mesti aku dtg bwk bunge.hihi
Post a Comment