Wednesday, August 4, 2010

::Long Time No See::Sudah Lama Tidak Lihat::

Di antara sedar dan tidak...saya sudah lama tidak mengupdate aktiviti, cerita, perasaan dan lain-lain perkara di laman blog yang berwarna merah kepinknan ini. Bukan merajuk tetapi saya sangatlah sibuk menguruskan kehidupan saya yang semakin hari tidak terurus....

Kalau nak saya story mory segalanya mungkin 10 hari 10 malam pun tak habis...Maka, saya tidak mampu mengupdate kan segalanya skrg...yang saya mampu hanyalah mengatakan saya rasa SANGATLAH PENAT. Tetapi...kebaikan yang saya terima disebaliknya ialah saya dah semakin mampu membahagikan masa dengan baik walaupun ada beberapa perkara yang masih terawang-awang di udara...hahaha...

Tetapi...hari Sabtu ini (7 August 2010) adalah detik bersejarah kehidupan saya yang mana ia adalah perkara yang amat membahagiakan saya. Ia adalah hadiah daripada kepada mak, ayah dan 2 adik-adik kesayangan saya. Tetapi yang paling penting adalah inilah kemuncak kemenangan untuk segala masalah yang saya lalui selama ini. Segala tangisan, kesedihan terbalas dengan rasa riang, dan syukur kepada Allah. Dan disebalik kejayaan ini, saya semakin percaya dengan ketetapan takdir yang telah Allah tetapkan kepada saya. Dan ini semua adalah sesungguhnya menjadi titik permulaan untuk saya memulakan langkah yang selanjutnya....dan takkan pernah menoleh ke belakang lagi... Segalanya terbalas apabila Senat Universiti menyatakan mereka mengistiharkan secara rasminya saya sah bergelar graduan bagi program MASTER in Electrical Engineering... ALHAMDULILAH.

No comments: