Saya amatlah mengalami masalah sekiranya makan di waktu tengah hari. Saya akan mengantuk yang mana saya berada di suatu fasa rasa badan macam sengal-sengal yang badan saya akan menjadi lemah longlai. Jadi, saya amat mencari terapi dan cara terbaik untuk menghilangkan rasa itu. Saya telah berusaha mengatasi masalah itu. Antaranya melayan facebook, dengar lagu sehingga gegendang telinga terasa sakit, minum nescafe, blogging, membaca blog rakan-rakan yang lain dan bersembang.
Namun hasilnya tetap sama...SAYA MASIH MENGANTUK...Maka, sebenarnya apakah terapi yang terbaik untuk menghilangkan mengantuk selepas makan. Dan terapi itu haruslah jangan melibatkan tidur semestinya kerana mengikut mitos@fakta (ni saya tak pasti) tidur ketika perut masih kenyang akan menyebabkan perut buncit. Betulkah?
1 comment:
jgn makan tgh hari.. mknlah di kala waktu ptg.. :P
Post a Comment