Sudah lama saya tidak menulis tentang perjalanan hidup saya. Kesibukan dan kesuntukan masa telah menyebabkan saya terlupa untuk menulis. Tapi...saya telah kembali...Kembali dengan satu semangat baru setelah saya mengambil cuti yang sangat panjang semata-mata untuk menenangkan fikiran saya dan membuat slide untuk viva(hanya alasan). HaHaHa...Tetapi seperti kebiasaan, pasti ada sahaja yang tidak siap...SLIDE untuk VIVA...saya BELUM BUAT lagi bukan BELUM SIAP yer....saya rasa tidak semangat untuk memulakannya..adoila...kemana perginya semangat baru saya...HaHaHa...
Pelbagai perkara gembira saya perolehi setelah pulang dari kampung. Antaranya ialah saya dapat menjadi residen walaupun kerja agak banyak, tetapi saya memang mahu menyibukkan diri saya. Dan saya rasa bahagia dengan hidup baru saya. Saya bebas untuk melakukan apa yang saya mahu lakukan dahulu namun disekat oleh boneka jahat (saya rasa anda faham ini merujuk kepada apa...). Saya sudah mula mengembangkan social network yang mana dahulunya sangatlah sedikit. Saya juga telah berjumpa dengan hobi baru..HeHeHe... Saya suka dengan kehidupan baru saya ini...
Mungkin saya patut akhiri ayat sekarang juga...SLIDE VIVA lagi penting kot...Tapi......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
-Saya-Malas-Dan-Tak-Ade-Motivasi-Dan-Semangat-Nak-Memulakannya-Tapi-Saya-Takut-
*
*
*
-Saya-Malas-Dan-Tak-Ade-Motivasi-Dan-Semangat-Nak-Memulakannya-Tapi-Saya-Takut-
No comments:
Post a Comment