Monday, April 5, 2010

Ketika hari sabtu & ahad

Wah...saya sangat gembira pulang ke kampung halaman. Sudah sebulan tidak pulang ke rumah mak ayah saya. Saya sudah rindukan mak dan ayah saya...Memang sungguh selesa, tenang dan damai ketika pulang ke kampung halaman berserta menatap wajah mak dan ayah saya. Ditambahkan pula adik saya pun balik setelah 3 bulan training di KPJ Bukit Mertajam. Maka riuh rendahlah rumah itu dengan hilai tawa, jeritan manja kami dan usik mengusik. Saya dapat melihat yang mak dan ayah saya bahagia walaupun kekadang berlaku juga jeritan dari mereka kerana kami ini tak dengar cakap dan mungkin terlalu kecoh. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama yang mana semua aktiviti hanyalah di dalam rumah dan sekitar kawasan rumah. Antaranya:-
1. Kemas bilik stor sambil berlaku jerit-menjerit kerana banyak cicak. Cicak itu telah melompat di tangan adik saya...Fuhhh....serius sangat geli ok
2. Kemas dapur rumah (tapi ayah ngan mak yang banyak buat sebab kami mencuri tulang. Ketika itu berlaku jeritan drakula dari mak ayah sebab kami sangat malas. Ampunkan kami mak ayah lain kali kami buat lagi ye. hehehe
3. Program membakar sampah... Yes i loike...Saya suka merosakkan lapisan ozon.hehehe
4. Melihat kembali album-album lama sambil bercerita apa yang berlaku... Saya suka & paling over adalah saya
5. Aktiviti yang paling disukai....BERBORAK...Ya kami berborak sampai penat...Semua nak cerita pengalaman & cerita masing-masing sampai mak ayah penat la nak dengar (Maafkan kami mak ayah...Memang begitulah perempuan...Suka bercakap)

Ini hanyalah sebahagian sahaja aktiviti kami. Saya sangat suka berada di sisi mak ayah saya. Saya rasa sangat tenang dan kembali kuat semangat... Mahu balik lagi !!!!! sok sok sok

No comments: