Tuesday, March 23, 2010

I heart PD...

Sebenarnya dah lama saya teringin nak pegi ke pantai. Akhirnya tercapai juga hajat saya bersama dengan staff-staff dari EC Department, UNITEN. Sangat seronok berada di sana cumanya saya tak berkesempatan mandi laut dan main Banana Boat. Saya perlu menjalankan tanggungjawab saya sebagai Organizing Committee. Walaupun penat tetapi saya gembira kerana semua gembira di sana. Gambar-gambar di bawah adalah snap shot di kala berada di sana...

"Kami antara orang yang bertanggungjawab memastikan semua teratur"
Sesi membungkus hadiah...
Sesi mengbungkus dan saya diberi taklimat oleh kak zeti tentang pemberian hadiah dan door gift
Gambar sebelum telematch bermula...Sempat saya dan kak azlina berposing sambil menunjukkan tanda peace yang mengambarkan ketenangan kami di sini
Akhir sekali adalah gambar yang diambil ketika sedang menjamah makanan...walaupun hujan, tetapi kami tetap makan kerana mahu mengambil feeling keseronokan makan di tepi pantai walaupun gelap. Jika melihat makanan yang berada di atas meja pasti anda akan mengatakan kami ini sangatlah gelojoh. Tetapi pada hakikatnya kami berkongsi makanan tau.

No comments: