Apakah anda faham mengenai hormat? Mengikut kamus dewan bahasa, Hormat adalah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang sopan, khidmat dan takzim. Dan masyarakat melayu pula sememangnya dididik dengan sifat menghormati antara satu sama lain. Namun sifat ini semakin hilang,mungkin kerana kita sebagai manusia sentiasa terleka.
Begitulah yang berlaku kepada saya malam tadi. Seseorang telah menyebabkan saya hilang hormat lantas tidur saya dipenuhi dengan perasaan sakit hati. Saya tidak minta dihormati cuma cukuplah sekiranya hormat masa tidur saya dan kepenatan bekerja. Berikut adalah kronologi cerita:
-Saya masuk tidur pada pukul 11.30pm. Di kala itu saya lihat semua telah masuk tidur kecuali saya kerana saya sangat asyik menghadap cerita 'Tiga Abdul' (walaupun dah ditonton beribu kali...masih mahu tgk lagi).Maka, apabila diletakkan kepala ke bantal saya terus lena diulit mimpi. Namun pada pukul 12.15++am, tidur saya terganggu kerana terdengar bunyi TV dan terdengar seorang hamba Allah bercakap telefon. Saya pun membuka mata kerana mahu melihat apa yang terjadi. Namun, kerana mata saya terlampau berat, saya abaikan sahaja. Tetapi telinga saya sangat tidak boleh ditutup dari mendengar perbualan telefon berkenaan kerana suara hamba Allah itu kuat untuk didengari ditambahkan bilik saya memang betul-betul menghadap ruang tamu yang sememangnya bercahaya dan si hamba Allah itu duduk. Kerana saya tidak tahan, saya menutup sedikit pintu bilik dengan harapan hamba Allah itu memahami (saya tak nak tutup keseluruhan kerana saya dikategorikan sebagai takut dengan gelap). Namun saya masih mendengar perbualan manja&rengekan yang sememangnya menyebabkan saya mengambil bantal&tutupkan telinga saya. Namun tidak berhasil....Waktu itu saya berasa sangat bengang dan rasa mahu menitiskan air mata. Kenapakah si hamba Allah itu berbuat demikian. Sebelum ini boleh je cakap telefon dalam bilik sambil menutup pintu mungkin takut orang dengar kot. Tetapi kenapa malam tadi tak boleh. Cukup-cukuplah menyakiti orang lain. Tapi pengakhiran ceirta, saya tidur dalam keadaan bengang pada orang lain dan bangun pagi dengan kepala yang sangat sakit dan mata yang merah.
Sukar sangatkah mahu menghormati hak orang lain. Saya faham hamba Allah itu tengah mabuk cinta namun jangan pernah mengabaikan hak rakan anda. Sememangnya anda wajar hormati juga rakan anda. Saya faham anda tidak berniat menayang yang anda sedang mabuk cinta. Mungkin anda pun tidak sedar. Saya faham...Tetapi tolonglah hormati hak rakan anda yang penat bekerja dan hanya rumah lah tempat dia mencari ketenangan. Harap si hamba Allah itu faham....