Monday, March 29, 2010

Apa yang WANITA perlukan

Sering kali kita mendengar dari kaum ADAM bahawa wanita adalah ciptaan Allah yang sangat kompleks dan sukar difahami. Namun, hakikatnya wanita tidaklah sukar difahami sekiranya kaum ADAM benar-benar mengenali dan memahami kaum wanita ini. Wanita hanya perlukan:
1. Rasa Hormat
2. Perlu masa bersama walaupun seketika. Tidak perlulah berkepit 24 jam
3. Rasa disayangi dan dicintai
4. Kestabilan perhubungan
5. Suasana ceria & gembira ketika berjumpa. Bukannya kalau berjumpa hanya membawa muka masam & masalah. Rezeki pun takut nak masuk kalau macam tu kan.
6. Sentiasa memberi peransang motivasi (i.e. menasihati antara satu sama lain, berada di sisi pasangan ketika susah dan senang)
7. Jujur...Ini yang paling penting. Tak kiralah kaum adam atau hawa.
8. Berkongsi masalah satu sama lain. Kaum adam gemar memendam perasaan & hanya mahu berkongsi perasaan dengan kawan-kawan dan kekadang mereka lebih gemar berkongsi masalah dengan wanita lain. Ini seharusnya tidak terjadi dalam perhubungan. Seharusnya segala masalah perlu dikongsi bersama. Kekadang wanita ini terlupa bahawa kaum adam juga mempunyai masalah. Di sini kaum adam memainkan peranan yang penting yang mana mereka haruslah menceritakan dan menerangkan masalah mereka agar kaum wanita memahami keadaan anda.
9. Kaum wanita tidak perlukan dan TIDAK SUKA kaum adam yang berlagak hebat...Sungguh tidak cool kan...kami hanya mahu lelaki yang sederhana kerana adakalanya kami mudah meluat dan malu dengan tingkah laku, riak& berlagak anda
10. Kaum wanita hatinya sangat halus, mudah terguris dan mudah patah semangat. Maka, wahai kaum adam, janganlah anda merendah-rendahkan kami. Kalau anda mempunyai masalah dengan tingkah laku kami, berterus teranglah. Bukannya merendah-rendahkan kami di hadapan orang lain. Kami mudah berasa malu...
11. Dan terakhir... Terimalah kami seadanya. Sekiranya kalau pada permulaannya anda menyukai kami kerana hidung kami penyek, manja, kuat merengek, maka terimalah kami seadanya sepanjang perhubungan.

Ini cuma pendapat dan pengalaman saya tentang apa yang diperlukan oleh wanita. Mungkin anda mempunyai pendapat anda tersendiri. Yang pasti wanita bukanlah terlalu kompleks dan sempurna untuk difahami. Kaum adam hanya perlu memahami dan menerima segala kelemahan dan kelebihan wanita tersebut seadanya. 

No comments: