Wednesday, March 31, 2010

Thank you my friends

Semalam memang saya berada di fasa yang tertekan sehingga air mata saya sentiasa mengalir.Memang  tak dinafikan saya kecewa dengan diri saya sebab saya seperti tak banyak berusaha untuk menghasilkan thesis yang baik. Kerana itu saya menyebabkan diri saya tertekan. Mungkin ini Allah nak tunjuk pada saya yang Bukan segala benda adalah mudah. Saya percaya perjalanan master saya mudah ketika dlm proses menghasilkan output. tetapi saya mengalami kesulitan untuk menceritakan segala yang telah saya buat. Tetapi segalanya akan berakhir...Segala pembetulan akan berakhir tak lama lagi. Saya yakin!!! Saya menjadi kuat untuk mengatasi semua ini kerana saya tahu dengan segala apa yang saya telah usahakan beserta doa dan izin Allah...semua ini pasti berakhir dengan baik dan cemerlang...
Chaiyok...Chaiyok Badariah...
You can do it... 

Tuesday, March 30, 2010

Dan air mata menitis lagi

Air mata saya menitis lagi. Dan kali ini bukan kerana rakan-rakan atau pun lelaki. Menitisnya air mata saya kerana Master Thesis saya. Namun ia menitis bukan di kala saya keseorangan atau bersama rakan saya. Dia menitis di hadapan co-supervisor saya. Gabra co-supervisor saya. Yela...di tempat kerja, saya boleh dikategorikan sebagai seorang yang periang, penuah gelak ketawa, tiada definisi susah untuk sesuatu perkara...tetapi hari ini semuanya hilang. Saya terlampau risau kerana sudah terlalu banyak correction yang saya buat. Saya masih ingat pujukan beliau..."Dont worry Badariah...everything will be fine. You have done a lot of work. That's why we're here (supervisor&co-supervisor) to help you...Dont worry so much about contents and flows. Everything is ok..."sok sok...

Saya menangis penuh teresak-esak...Saya terharu kerana mereka membantu saya dan menjadikan thesis saya sempurna... Terima Kasih...Dato' Zainul & Mr Syed Khaleel...

R.E.S.P.E.C.T...aka...H.O.R.M.A.T

Apakah anda faham mengenai hormat? Mengikut kamus dewan bahasa, Hormat adalah mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang sopan, khidmat dan takzim. Dan masyarakat melayu pula sememangnya dididik dengan sifat menghormati antara satu sama lain. Namun sifat ini semakin hilang,mungkin kerana kita sebagai manusia sentiasa terleka.

Begitulah yang berlaku kepada saya malam tadi. Seseorang telah menyebabkan saya hilang hormat lantas tidur saya dipenuhi dengan perasaan sakit hati. Saya tidak minta dihormati cuma cukuplah sekiranya hormat masa tidur saya dan kepenatan bekerja. Berikut adalah kronologi cerita:

-Saya masuk tidur pada pukul 11.30pm. Di kala itu saya lihat semua telah masuk tidur kecuali saya kerana saya sangat asyik menghadap cerita 'Tiga Abdul' (walaupun dah ditonton beribu kali...masih mahu tgk lagi).Maka, apabila diletakkan kepala ke bantal saya terus lena diulit mimpi. Namun pada pukul 12.15++am, tidur saya terganggu kerana terdengar bunyi TV dan terdengar seorang hamba Allah bercakap telefon. Saya pun membuka mata kerana mahu melihat apa yang terjadi. Namun, kerana mata saya terlampau berat, saya abaikan sahaja. Tetapi telinga saya sangat tidak boleh ditutup dari mendengar perbualan telefon berkenaan kerana suara hamba Allah itu kuat untuk didengari ditambahkan bilik saya memang betul-betul menghadap ruang tamu yang sememangnya bercahaya dan si hamba Allah itu duduk. Kerana saya tidak tahan, saya menutup sedikit pintu bilik dengan harapan hamba Allah itu memahami (saya tak nak tutup keseluruhan kerana saya dikategorikan sebagai takut dengan gelap). Namun saya masih mendengar perbualan manja&rengekan yang sememangnya menyebabkan saya mengambil bantal&tutupkan telinga saya. Namun tidak berhasil....Waktu itu saya berasa sangat bengang dan rasa mahu menitiskan air mata. Kenapakah si hamba Allah itu berbuat demikian. Sebelum ini boleh je cakap telefon dalam bilik sambil menutup pintu mungkin takut orang dengar kot. Tetapi kenapa malam tadi tak boleh. Cukup-cukuplah menyakiti orang lain. Tapi pengakhiran ceirta, saya tidur dalam keadaan bengang pada orang lain dan bangun pagi dengan kepala yang sangat sakit dan mata yang merah.

Sukar sangatkah mahu menghormati hak orang lain. Saya faham hamba Allah itu tengah mabuk cinta namun jangan pernah mengabaikan hak rakan anda. Sememangnya anda wajar hormati juga rakan anda. Saya faham anda tidak berniat menayang yang anda sedang mabuk cinta. Mungkin anda pun tidak sedar. Saya faham...Tetapi tolonglah hormati hak rakan anda yang penat bekerja dan hanya rumah lah tempat dia mencari ketenangan. Harap si hamba Allah itu faham....

Monday, March 29, 2010

Apa yang WANITA perlukan

Sering kali kita mendengar dari kaum ADAM bahawa wanita adalah ciptaan Allah yang sangat kompleks dan sukar difahami. Namun, hakikatnya wanita tidaklah sukar difahami sekiranya kaum ADAM benar-benar mengenali dan memahami kaum wanita ini. Wanita hanya perlukan:
1. Rasa Hormat
2. Perlu masa bersama walaupun seketika. Tidak perlulah berkepit 24 jam
3. Rasa disayangi dan dicintai
4. Kestabilan perhubungan
5. Suasana ceria & gembira ketika berjumpa. Bukannya kalau berjumpa hanya membawa muka masam & masalah. Rezeki pun takut nak masuk kalau macam tu kan.
6. Sentiasa memberi peransang motivasi (i.e. menasihati antara satu sama lain, berada di sisi pasangan ketika susah dan senang)
7. Jujur...Ini yang paling penting. Tak kiralah kaum adam atau hawa.
8. Berkongsi masalah satu sama lain. Kaum adam gemar memendam perasaan & hanya mahu berkongsi perasaan dengan kawan-kawan dan kekadang mereka lebih gemar berkongsi masalah dengan wanita lain. Ini seharusnya tidak terjadi dalam perhubungan. Seharusnya segala masalah perlu dikongsi bersama. Kekadang wanita ini terlupa bahawa kaum adam juga mempunyai masalah. Di sini kaum adam memainkan peranan yang penting yang mana mereka haruslah menceritakan dan menerangkan masalah mereka agar kaum wanita memahami keadaan anda.
9. Kaum wanita tidak perlukan dan TIDAK SUKA kaum adam yang berlagak hebat...Sungguh tidak cool kan...kami hanya mahu lelaki yang sederhana kerana adakalanya kami mudah meluat dan malu dengan tingkah laku, riak& berlagak anda
10. Kaum wanita hatinya sangat halus, mudah terguris dan mudah patah semangat. Maka, wahai kaum adam, janganlah anda merendah-rendahkan kami. Kalau anda mempunyai masalah dengan tingkah laku kami, berterus teranglah. Bukannya merendah-rendahkan kami di hadapan orang lain. Kami mudah berasa malu...
11. Dan terakhir... Terimalah kami seadanya. Sekiranya kalau pada permulaannya anda menyukai kami kerana hidung kami penyek, manja, kuat merengek, maka terimalah kami seadanya sepanjang perhubungan.

Ini cuma pendapat dan pengalaman saya tentang apa yang diperlukan oleh wanita. Mungkin anda mempunyai pendapat anda tersendiri. Yang pasti wanita bukanlah terlalu kompleks dan sempurna untuk difahami. Kaum adam hanya perlu memahami dan menerima segala kelemahan dan kelebihan wanita tersebut seadanya. 

Penceritaan tanpa tajuk

Oh...sungguh lama kepala&jari saya berehat daripada menulis. Sesungguh tiada yang istimewa berlaku ketika hujung minggu. Perjalanan hidup juga masih seperti biasa; tidak dilanda ombak bergelora...wah...bagai ayat orang bercinta (sila muntah kalau sesiapa tidak boleh terima yer)

Walaupun banyak perkara yang saya perlu siapkan, tetapi hidup mesti diteruskan walaupun perlu bekerja di hujung minggu. Tidaklah bosan sangat hidup saya kan. Ermmmm...mau tulis apa lagi ek....Otak saya tetiba sudah blank. Mungkin nanti saya akan meng'update' perkara lain..Dan akan ada perkara menarik yang akan saya kongsikan bersama selepas ini. Cuma sekarang tetiba otak saya tidak mahu berputar untuk mengeluarkan idea-idea yang bernas lagi bermanfaat.

Friday, March 26, 2010

R.E.F.R.E.S.H.M.E.N.T

Saya perlu buat sesuatu untuk hiburkan diri sendiri...Tapi apa yer.Sungguhnya weekend ini sangatlah singkat untuk saya berhibur. Banyak yang perlu saya lakukan dan perlu siapkan. Antaranya:-
  • Invigilate exam (Sabtu Petang)
  • Hadiri kenduri kahwin (Ini akan saya hadiri sebelum pergi invigilate exam)
  • Ahad :: Pergi Majlis Aqiqah Muhammad Fatih (anak Iza...)
  • Dan paling penting semua correction thesis harus dihabiskan hari Ahad juga kerana Isnin haruslah dihantar
Adakah saya akan menjadi wanita yang sangat busy di kala hujung minggu. Tetapi saya akan cuba mencari masa untuk mendapatkan hiburan diri

Thursday, March 25, 2010

Kenapa mesti hari ini

Saya rasa sungguh tak sedap hati. Kenapa? Sebabnya saya baru sangat terserempak dengan ex-boyfriend saya ketika sedang berbual mesra bersama Pn. Halimatun. Mamat itu datang untuk berjumpa Pn. Halimatun untuk memulangkan thesis nya. Dan paling mengejutkan dia mahu mintak kerja di sini.... di territory saya...APAKAH???? KENAPA DI SINI???? Mungkin dia terdesak kerana dia baru kehilangan kerjanya. Dan thesis dia itu dia bawa untuk bertemu Dr. Izham untuk memohon kerja di UNITEN sebagai TUTOR. Oh....kenapa instinct saya kuat mengatakan yang dia pasti diterima di sini. Kenapa harus disini? Ya Allah...Tolonglah saya Ya Allah...Saya mahu lari jauh dari dia tapi kenapa mahu ketemukan saya dan dia di sini juga. Saya mohon agar diberikan kekuatan hati...Saya Mohon Ya Allah...Kasihankanlah saya....