Monday, January 24, 2011

Membazir masa

Saya telah membuat perkara yang sangatlah membazir masa. 1 jam saya berada di bank dengan niat yang baik iaitu membuka akaun ASB (Saya  tak ada lagi akaun ASB walaupun umur dah makin meningkat huhu). Tetapi malangnya apabila sampai di kaunter (setelah nombor saya dipanggil) tetiba orang itu cakap saya tak boleh bukak akaun sbb IC saya rosak. Alamak membazirnye masa saya...Kalau itulah SOP bank itu untuk membuka ASB, kenapalah pihak bank itu tak buka 1 kaunter hanya untuk memeriksa IC pelanggan. Kalau IC pelanggan itu rosak, tak payah la dia tunggu selama 1jam @ sebaliknya. =( =(

Thursday, January 20, 2011

Hari ni hari cuti

Aktiviti hari cuti:-

SERVIS KERETA

Melayang duit saya hari ini bak layang-layang.
RM237 untuk servis kereta sahaja.
Banyak ceritanya disebalik RM237 itu =)... Memula sekali saya amik package A (RM107 je) iaitu tukar minyak hitam, minyak engine treatment, ermmm ada lagi 2..saya dah lupa.

Tetapi di kala saya sedang berjalan-jalan sambil menunggu kereta diservis, encik servis kereta itu tetiba call saya. Dia cakap air filter saya perlu ditukar dan suruh dia tunggu sebentar sementara saya sampai..

Di waktu saya sampai, saya tengok memangla air filter kereta saya itu haruslah ditukar. Sama jugalah spark plug kereta..Dan yang paling major nye adalah minyak break. Selama ini saya tak pernah tukar minyak brek (sudah 3 tahun saya pakai kereta itu). Yelah manalah saya tau kan yang minyak brek perlu ditukar setiap tahun. Dan minyak brek saya pada waktu itu sangat sudah kotor dan kritikal. Patutla brek kereta saya kekadang macam tak makan..Haishhh...

Pengajaran pada hari ini; saya perlu lagi banyak belajar pasal kereta nie..=(  

Monday, January 17, 2011

Bila cik bada marah...

Cik Bada akan mula jadi serabut, kemudian akan rasa sakit hati, kemudian rasa tersangatlah annoying tersebut pelaku tersebut. Dan kemudiannya cik bada akan menangis untuk menenangkan perasaan sebelum meluahkan kepada orang yang dipercayai dan juga pernah terkena dengan si pelaku. Adoi...sampai bilalah cik bada perlu menghadapi perangai pelaku itu. Dan sampai bilakah si pelaku akan sedar diri? Sampai bila dia akan menyusahkan hidup orang lain dan hanya mementingkan nama dan dirinya? Sampai bilakah pelaku itu akan selalu menghiraukan idea dan pendapat orang lain dan sanggup mensia-siakan idea orang semata-mata untuk memastikan ideanya dilakukan untuk si mangsa????

Cik Bada sangatlah geram. Dan saya rasa sudah sampai takat maximum si pelaku lakukan perkara tak berfaedah kepada saya. Saya telah berazam selepas ini saya akan bersikap buat tak tahu sahaja @ sekadar melepaskan batuk di tangga shj..

Kepada si pelaku...silalah ubah sikap anda. Kesian kan anak-anak buah anda... Dan tolonglah jangan terlalu pentingkan diri sendiri dan tolonglah hargai idea dan strategi anak buah anda...

Sunday, January 16, 2011

BAGINDA

Sekarang saya di mode menonton cerita Baginda di TV3. Cerita berkisarkan tentang perjuangan seorang guru untuk mengembalikan kegemilangan sebuah sekolah milik arwahyarham Pak Lang beliau (Sekolah Kolej Mahmod Baginda). Pelbagai masalah yang dihadapi oleh guru tersebut.

Okla...saya nak sambung menonton cerita tersebut semula :)

Friday, January 14, 2011

Mari belajar dengan seronok & gembira

Hari ini adalah hari yang sangatlah gembira dan seronok. Walaupun sudah habis belajar, tapi saya dan kawan-kawan saya masih lagi perlu belajar. Kami belajar mengenai segala persediaan untuk menyambut kedatangan panel EAC. Kami belajar tentang:-
1. PO dan CO matrix?
2. Bagaimana untuk menyediakan subjek assesment
3. Rubrics yang diperlukan untuk setiap assesment.

Di permulaan aktiviti, kami diberi pilihan untuk memilih ahli kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Kak Farah Hani, Kak Lin, Kak Wawa, Kak Ayuniza, dan Shikin. Tapi di pertengahan aktiviti Kak Ayuniza kena balik sebab anak kak ayun kena high fever pulak..Sian Kak Ayun huhuhu.

Sepanjang aktiviti nie, kami tak berenti-renti gelak. Yela sekali-sekala berjumpa kalau tak selalunye semua terperuk dalam ofis memasing. Tapi otak kami perlu ligat berfikir untuk selesaikan soalan yang diberikan kepada kami.

Diakhirnya, kumpulan saya hanya menang saguhati sahaja sebab kumpulan lain solution mereka sangatlah gempak-gempak. Yelah senior lecturer semua di group sana.. hahaha...alasan la kan...

Presentation disampaikan oleh saya. Saya sangatlah gugup sampai tangan saya sangatlah sejuk seperti keluar dari peti ais. Feedback yang diperolehi pun sangatlah positif. Next time boleh la present lagi :)...

One in a million

Jet setter
Go getter
Nothing better
Call me Mr. been there done that
Top model chick to your every day hood rat
Less than all but more than a few
But I've never met one like you
 
Been all over the world
Done a little bit of everything
Little bit of everywhere
With a little bit of everyone
All the girls I've been with
Things I've seen it takes much to impress
But sure enough your glow it makes your soul stand up from all the rest

I can be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
Other girls don't matter
In your presence can't do what you do
There's a million girls around but I don't see no one but you

Girl you're so one in a million
You are
Baby you're the best I ever had
Best I ever had
And I'm certain that
There ain't nothing better
No there ain't nothing better than this

You're not a regular girl
You don't give a damn about the loot
Talking about what I can't do it for you
What you can do for yourself
Even though that ain't so
Baby cause my dough don't know how to end
But that independent thing I'm with it
All we do is win baby
 
I could be in love
But I just don't know (don't know, girl)
Baby one thing is for certain
Whatever you do it's working
Other girls don't matter



Saturday, January 8, 2011

Hye everybody...


Wah wah dan amboi amboi...Saya cakap bahasa London la plak kan....
Nama saya Muhammad Fatih Irsyad.Kalau nak kenal sapa saya, silalah scroll tetikus anda...:)
***
***
***
***
***
Inilah fatih. Gambar nie Aunty B (Aunty Bada) dah lama ambil dan simpan. Waktu nie umur fatih 6 bulan tapi berat fatih sudah 9kilo...Fatih suka minum susu dan makan. Mama fatih suka bagi fatih makan...tapi fatih bersyukur sebab fatih dapat makan.
Ini gambar fatih dengan Aunty B...Tengok Aunty B suka senyum sampai nampak gigi bila aunty pegang fatih. Fatih taula fatih comel aunty. Janganla senyum sampai macam tu sekali..hehehe.

Gambar ini aunty tangkap sendiri guna handphone camera aunty. Fatih waktu nie tak sihat tapi fatih layan je aunty B. Sebenarnya aunty B dah lama tak jumpa fatih. Semalam baru fatih jumpa aunty B. Fatih rindu aunty B. Aunty B kata dia busy kerja, selalu balik pukul 6.30pm sebab kelas aunty B selalu habis pukul 6pm. Sian aunty B, tapi aunty B kena kuat kerja sebab itu tanggungjawab aunty B. Jadi semalam bila fatih jumpa aunty B, fatih peluk aunty B kuat-kuat. Aunty B apa lagi...dia pun peluk fatih kuat-kuat sambil cium-cium fatih.

 Ini gambar separuh muka aunty B dengan Mama...Oh...sebelah aunty B tu adalah Mama Fatih. Kalau nak tahu, muka fatih banyak macam Mama..Tapi ada jugak iras-iras muka Papa...

Semalam kan mama, aunty B dan kawan-kawan mama yang lain dapat hadiah...Besar sangat. Dalam hadiah tu ada banyak keropok dengan coklat. Tapi fatih boleh tengok je. fatih tak boleh makan lagi...Lagipon aunty B tak bagi pon :(... Waktu dapat hadiah tu,semua naik pentas termasuklah fatih sebab aunty B dukung fatih naik pentas.hehe...Aunty B sangatlah comel dukung fatih waktu tu...semua orang gelakkan aunty B. yelah aunty B asyik buat lawak je atas pentas tu sampai fatih pun gelak sorang2. Maka gambar fatih dan aunty pun jadi tersangatlah comel sebab kami senyum dan gelak...hehehe (Aunty B jangan perasan lebih-lebih tau...hehehe)...

Lepas habis program, aunty B singgah rumah fatih sekejap sebab nak sambung main dengan fatih. Waktu tu fatih dah ngantuk tapi sebab menghargai aunty B datang, fatih main jugak dengan aunty B. Fatih keluarkan semua toys baru fatih. Fatih nak tunjuk semuanya pada aunty...

Tengok kat bawah nie...aunty sengaja ambil gambar fatih...Aunty B waktu nie perasan yang fatih suka senyum sebab tengok aunty B ambil gambar. Tapi hakikatnya...fatih terpikat dengan handphone aunty yang berkaler pink...Fatih nak ambil tapi aunty B asyik sorok-sorok. Sian fatih...huhuhu:(

OK...mari layan gambar fatih yer...


 Okla...see next time...