SERVIS KERETA
Melayang duit saya hari ini bak layang-layang.
RM237 untuk servis kereta sahaja.
Banyak ceritanya disebalik RM237 itu =)... Memula sekali saya amik package A (RM107 je) iaitu tukar minyak hitam, minyak engine treatment, ermmm ada lagi 2..saya dah lupa.
Tetapi di kala saya sedang berjalan-jalan sambil menunggu kereta diservis, encik servis kereta itu tetiba call saya. Dia cakap air filter saya perlu ditukar dan suruh dia tunggu sebentar sementara saya sampai..
Di waktu saya sampai, saya tengok memangla air filter kereta saya itu haruslah ditukar. Sama jugalah spark plug kereta..Dan yang paling major nye adalah minyak break. Selama ini saya tak pernah tukar minyak brek (sudah 3 tahun saya pakai kereta itu). Yelah manalah saya tau kan yang minyak brek perlu ditukar setiap tahun. Dan minyak brek saya pada waktu itu sangat sudah kotor dan kritikal. Patutla brek kereta saya kekadang macam tak makan..Haishhh...
Pengajaran pada hari ini; saya perlu lagi banyak belajar pasal kereta nie..=(
No comments:
Post a Comment