Friday, January 14, 2011

Mari belajar dengan seronok & gembira

Hari ini adalah hari yang sangatlah gembira dan seronok. Walaupun sudah habis belajar, tapi saya dan kawan-kawan saya masih lagi perlu belajar. Kami belajar mengenai segala persediaan untuk menyambut kedatangan panel EAC. Kami belajar tentang:-
1. PO dan CO matrix?
2. Bagaimana untuk menyediakan subjek assesment
3. Rubrics yang diperlukan untuk setiap assesment.

Di permulaan aktiviti, kami diberi pilihan untuk memilih ahli kumpulan. Kumpulan saya terdiri daripada Kak Farah Hani, Kak Lin, Kak Wawa, Kak Ayuniza, dan Shikin. Tapi di pertengahan aktiviti Kak Ayuniza kena balik sebab anak kak ayun kena high fever pulak..Sian Kak Ayun huhuhu.

Sepanjang aktiviti nie, kami tak berenti-renti gelak. Yela sekali-sekala berjumpa kalau tak selalunye semua terperuk dalam ofis memasing. Tapi otak kami perlu ligat berfikir untuk selesaikan soalan yang diberikan kepada kami.

Diakhirnya, kumpulan saya hanya menang saguhati sahaja sebab kumpulan lain solution mereka sangatlah gempak-gempak. Yelah senior lecturer semua di group sana.. hahaha...alasan la kan...

Presentation disampaikan oleh saya. Saya sangatlah gugup sampai tangan saya sangatlah sejuk seperti keluar dari peti ais. Feedback yang diperolehi pun sangatlah positif. Next time boleh la present lagi :)...

No comments: