Friday, March 4, 2011

Hari ini hari Jumaat

Yeaaa...Sudah hari Jumaat. Sememangnya Jumaat adalah hari yang sangat-sangatlah Cik Bada tunggu. Kenapa?
(i) Hari yang semakin hampir kepada hari minggu (iaitu hari Sabtu dan Ahad)
(ii) Esok boleh tido lama sikit dari hari yang biasa...
(iii) Esok boleh pegi bergembira bersama dan lupa diri sangat-sangat.
(iv) Malam nie boleh buat revision baca magazine banyak-banyak sampailah bengkak mata (BTW magazine terbaru baru satu bijik..Ermmm kena cari lagi esok...utk menghilangkan stress..=) sungguhlah Cik Bada seorang yang suka membazir)

Pagi tadi ada ISO audit...Sangatlah takut...Minggu ini masa Cik Bada memanglah diberi kepada documentation. Penat oooo...sekarang pun terasa lagi mabuk-mabuk buat documentation itu. Pening masih lagi melekat kat kepala Cik Bada ini. fuiiiihhhhh...

Habis pagi...Masuklah tengah hari. So aktiviti adalah MAKAN dan bersosial sedikit dengan kawan-kawan. Walaupun sekejap, tapi BEST =). Tempat makan haruslah di COE foodcourt UNITEN (tolong jangan jerit sebab Cik Bada sangatlah malas untuk keluar hari ini)..

Petang pulak ada research workshop...Perbincangan dengan senior lecturers pasal research grant di mana research grant Cik Bada pon di review. Best best sangat...Banyak sangat input. Tapi rasa sangat BEST bila Deputy Research COE; Dr. Shidah puji proposal Cik Bada dan Kak Farah..Kata beliau proposal kami sangatlah bagus. Suke sangat...Terus semangat walaupun sebelum ini sangatlah rendah diri...Dan komen beliau kepada Cik Bada..."Jangan perfectionist sangat...Apply je sume geran yang ada.Jangan takut..."

Dan komen haruslah ada sedikit di bahagian budget...Takpe..saya kan budak baru belajar..=)

Apa-apa pon...Good Job Cik Bada!!!Nanti boleh beli aiskrim ngn magazine lagi yer...=)

No comments: