- Kitaran period antara 21 hingga 35 hari (which is OK for me...yes yes)
- Macam mana nak mengira kitaran period:- bermula dari hari pertama datang period dan berakhir pada sebelum period yang baru bermula
Dan seterusnya PMS...Apa itu PMS? Atau erti kata lain Sindrom Prahaid....Selalunya orang akan mengatakan yang PMS adalah Perempuan Marah Sangat...Wah....janganlah begitu...Mari bersama membaca artikel yang saya kepilkan di bawah...
- Berlaku kira-kira 2 minggu sbelum haid (period) bermula
- Wanita yang sihat pun akan turut mengalaminya
- Perkara-perkara yang akan dialami sebelum didatangi haid:-
- Perubahan emosi. Kamu mungkin pemarah daripada biasa. Kesesakan lalu lintas dan cuaca yang panas boleh menaikkan kemarahan kamu. Perkara remeh juga boleh menyebabkan kamu menangis.
- Kamu perlukan masa untuk bersendirian. Beberapa hari sebelum haid, kamu mungkin mahu ruang untuk kamu sendiri . Kamu lebih selesa duduk di dalam bilik beberapa jam dan tidak peduli menolak jemputan ke keraian.
- Saya kembung. Kamu merasakan diri kamu gemuk, hodoh dan kembung beberapa hari sebelum haid. Kamu juga mungkin merasakan sedikit kesakitan otot dan payu dara kamu menjadi lebih sensitif terhadap sebarang sentuhan.
- Mengidam! Kamu akan mengidam beberapa makanan dan tidak menghiraukan makanan lain. Kemungkinan juga kamu hanya mahu makan makanan yang manis dan masam.
- Tahap konsentrasi yang lemah. Kamu menjadi cemerkap dan mengambil masa yang lebih lama daripada biasa untuk menyelesaikan tugas.
Inilah perkara-perkara yang perlu sangat diambil tahu...Dan saya lebih yakin dengan kitaran saya sendiri. Dan tiada lagi yang perlu ditakutkan...
No comments:
Post a Comment