Saturday, June 26, 2010

PERINGATAN atau PAKSAAN

Adakah  anda suka sekiranya terdapatnya seseorang yang suka memaksa anda melakukan sesutau perkara. Dan sesungguhnya anda melakukan ia tanpa kerelaan hati anda...Dan seseorang itu telah juga mendakwa yang paksaan itu adalah peringatan...Wah sungguh mendalam kan maksud saya...Apa yang anda perlu buat untuk megatasi masalah itu.

Pada pendapat saya, paksaan itu akan menjadi sesuatu yang baik sekiranya ia mendatang kebaikan untuk kehidupan kita contohnya berjaya dalam hidup, pelajaran, mencapai segala impian hidup kita. Namun, paksaan itu mendatangkan keburukan sekiranya ianya menyebabkan anda tertekan, merana, dan menjatuhkan motivasi diri anda sendiri.

Mungkin berikut adalah perkara yang perlu anda buat untuk mengatasi masalah PAKSAAN daripada seseorang:
  1. Anda perlu 'speak out' untuk diri anda. Anda perlu memberitahu pihak yang sedang memaksa anda yang anda tidak suka dipaksa. Ceritakan apa yang dilakukan oleh seseorang itu hanya menyebabkan anda tertekan.
  2. Meminta nasihat daripada orang lain sekiranya anda tidak mampu untuk menyatakan bagi pihak anda
  3. Anda perlu percayakan diri anda sendiri.
  4. Anda perlu yakin dengan diri anda kerana hanya anda tahu kemampuan diri anda sendiri.
  5. Anda perlu lebih kuat semangat. Jangan biarkan perkara tersebut membinasakan diri anda.... Jangan biarkan orang lain menjatuhkan motivasi diri anda.
  6. Anggap paksaan daripada pihak berkenaan bagai angin yang berlalu....
  7. Yang terakhir....Putuskan hubungan dengan pihak yang berkenaan (tapi nie giler kejam plak. Islam pun tak bagi kita memutuskan hubungan sesama insan. Tapi menurut pendapat saya...tak guna kiranya anda membiarkan orang lain terus memaksa diri anda...Pada saya, cukuplah tekanan yang telah anda terima. Tak perlu anda dapat lagi tekanan dari pihak yang lain...)
Anda perlu bangun untuk hak diri anda. Anda perlu sayangkan diri anda. Tiada yang berhak ke atas diri anda selain anda sendiri. Biar apa yang anda lakukan dengan kerelaan diri anda sendiri bukan dilakukan penuh tekanan.

Ini hanyalah sebahagian dari pendapat saya...

Hanya anda sahaja dapat menilai dan mempertimbangkan pendapat saya..

No comments: