Wednesday, September 29, 2010

Yippie..

The 1st batch of corporate shirt for the BB competition is on the way...Yeayyyyy....

The 2nd batch of them will be delivered insyaallah by tomorrow evening...

Great job Mr. Ghazali.[vendor dari GHM Services]
(Encik ini sangatlah baik kerana sentiasa memberi follow-up kepada saya n prem tentang perkembangan kerja mereka.)


Sekarang bila berita gembira itu sampai, kerisauan lain plak yang datang.
1. Adakah mereka meletak logo di tempat yg betul.
2. Adakah corporate shirt mengikut spesifikasi yang saya n prem bagi
3. Harapan saya mereka tidak melakukan sebarang kesilapan kerana kekadang kerja-kerja yang terlalu laju  @ perkara yang dilakukan dalam masa yang singkat, ada saje yang tak kena.

Adoi...berdebar-debar plak hati saya...sho sho pergi jauh jauh yer hati yang risau...Sebabnya hati saya tak boleh risau. Nanti semua kerja saya tak menjadi.

Tuesday, September 28, 2010

Sedang di zon berfikir

Saya sedang terfikir untuk menukarkan 'sesuatu' kepada 'sesuatu'. Tetapi adakah 'sesuatu' itu keperluan atau kemahuan. Saya sudah lama terfikir. Kalau diikutkan ia hanyalah suatu kemahuan. Keperluan? Tidaklah sangat kerana saya telah mempunyainya dan masih dalam keadaan yang sangat sihat walafiat...

Patutkah saya berfikir dengan lebih lanjut tentang 'sesuatu' itu. Wah penat lak plak bercakap menggunakan kata nama sesuatu. Biar saya pendekkan cerita la..Saya terfikir untuk menukar kereta baru..tapi kereta saya masih dalam keadaan sihat cuma terdapat tanda geselan dan sesungguhnya kereta saya itu tak ada power stering. Di saat saya dapat berfikir dalam keadaan waras, saya sayang kereta saya ini...Kerana kereta itu yang bawa saya ke sana-sini. Saya sayang kereta ini kerana kereta ini sangat berjasa kepada saya. lagipon kereta saya ini tak pernah sekali buat perangai meragam. Saya jelah yang selalu sedihkan kereta ini kerana saya sangat pemalas untuk membasuh kereta. Lagipon jugak kereta ini bulan2nya boleh dikira murah lagi. Maka saya tak perlu menghabiskan duit saya begitu sahaja dan juga sangatlah jimat minyak.Saya sangat suka. Tetapi kerana kekurangan nya yang tidak mempunyai power stering saya terfikir untuk mempunyai kereta baru.

Sudahlah...saya tak mahu membebel lagi pasal nie. Sesungguhnya saya mungkin tak waras untuk berfikir. Lagipon saya sepatutnya memikirkan untuk menyimpan duit untuk beli rumah tapi saya boleh fikir nak tukar kereta baru. Sangatlah tak waras. OKLA...saya patut lebih waras berfikir. Perlu lebih pertimbangan... Kalau ada lebihan duit mungkin saya akan buat penilaian semula kot.

Bada...Jangan buat keputusan terburu-buru...Simpan duit pegi beli rumah..Jangan membazir.(Nasihat saya untuk diri sendiri) 

Friday, September 24, 2010

AWAY...

Pulang semula ke kampung halaman...
Kali ini...saya akan memandu kereta VIVA saya yang comel dan telah digesel oleh kerete putih yang pemandu kerete berkenaan tidak meninggalkan apa-apa notes.huhu...

Setiap kali pulang ke kampung, haruslah ada agenda / motif yang perlu diselesaikan...
Dan berikut adalah motif kepulangan saya ke kampung.
Motif:
a. hadiri majlis kahwin Intan and Marina (Sabtu)
b. hari Ahad, teman mak gi wedding anak kawannya.
c. Ad-hoc agenda:- Tolong mak handle open-house untuk kawan-kawannya

Jika dilihat kepada program...rasanya tak ada waktu untuk berehat melainkan malam iaitu waktu tidur....

Semoga saya selamat sampai ke kampung halaman...

OKLA...chao cin cau...:)

Monday, September 20, 2010

Saya kagum

Jika saya berada ditempat kawan saya adakah saya mampu berbuat sedemikian...belajar,ibu kepada seorang anak yang sedang membesar,berjauhan dengan suami (nun jauh di utara)...Tetapi kawan saya ini sangatlah wanita yang tabah. Saya tahu ketabahannya adalah terselindung di sebalik keceriaan,kecomelan anaknya. Mana tidaknya,anaknya sangatlah ceria. Apabila pegang saja baby tu, hilang segala rasa sedih dan tekanan. Mungkin itulah yang menjadi sumber kekuatan kawan saya.

Kawan saya ini sangat boleh dijadikan contoh wanita tabah. Sesungguhnya ilmu agamanya sangat lah kuat untuk menjadikannya seorang yang redha dan ikhlas dengan kehidupannya. Bayangkan dari awal kehamilan sehinggalah ke saat mahu bersalin, hari-hari kawan saya ini dilalui berseorangan dan hanya di hujung minggu suaminya akan pulang (namun kawan saya ini sangat bertuah kerana dia mempunyai kawan yang sangat supportive). Saya masih ingat, di saat sarat mengandung, saya dan kawan saya ini ditugaskan untuk membuat tempahan shirt untuk program department. Kawan saya masih aktif dan kuat untuk menyiapkan tugasan itu. Bila saya tanya, dia hanya menjawab apa yang dia lakukan baik & memudahkan proses dia bersalin (bayangkan dia masih kuat berjalan dan sangat aktif seperti org tak mengandung pulak. Saya pulak waktu tu dah pancit separuh jalan hehehe).

Kemudian...kawan saya ini bersalin dan lahirlah seorang baby yang sangatlah comel. Bukan sahaja comel, baby itu bolehlah dikelaskan sebagai baby yang sangat cheeky. Kawan saya ini membesarkan baby beseorangan tetapi saya tahu setiap minggu suaminya pasti pulang. Saya tahu keceriaan baby itu membuatkan hari dia ceria dan kuat serta tabah menghadapi hari-harinya.

Andai saya ditempatnya..adakah saya mampu menghadapi semuanya. SAYA SANGATLAH KAGUM...Kehidupan kawan saya ini sedikit sebanyak menjadi inspirasi kepada kehidupan saya. Saya mahu menjadi seorang yang tabah...ceria...dan sentiasa redha dan ikhlas menghadapi cubaan hidup. Kisah kawan saya sebenarnya boleh menjadi contoh semua...jadi sebagai wanita...kita haruslah besedia menghadapi segala dugaan hidup...dan sentiasa redha dan ikhlas dengan segalanya...


Worry Attack!!!!

The Build & Break Competition is just around the corner (2nd Ovtober 2010)...

BUT...the Corporate Shirt, T-shirt and lanyard are not ready yet... I'm so worry... I know its not our mistake...We (Prem & me) have done the job so greatly... We did our best... Everybody keep pointing their fingers to us...

Ya Allah permudahkan segalaNya buat hambamu ni...

Ya Allah lapangkan hatiku...Tenangkan hati&perasaanku...

Tuesday, September 7, 2010

Boleh balik raya dengan gembira...

Yeaaa...semua markah students untuk subjek DSP & measurement lab sudah di enter...Alhamdulillah. Maka, saya boleh pulang beraya dengan gembiranya... Solution test jugak dah saya photostat. Itu pun saya hanya photostat pada yang attend lecture class. hehe..gile kejam kan saya ni. Tapi saya rasa tindakan saya tepat untuk beri pengajaran pada students yang tak datang lecture class. Kalau sentiasa datang tutorial class je tak cukup adik-adik oii untuk dapat A atau B untuk subjek DSP.

Setelah cuti habis, saya haruslah:-
1. Photostat students assesment plak untuk tujuan accrediation. (nie keje yang paling malas&leceh sbb kene select best, medium and poor assesments)
2. Lebih tekun mengajar
3. Maybe kene start prepare material untuk next semester ...

Tapi buat masa sekarang, sudah masanya saya bergembira sebentar. Liat kot saya nak marking keje-keje students ni. Akhirnya siap jugak...

BIG CLAP TO ME ... YEAAAAA!

Monday, September 6, 2010

Hadiah hari raya aidilfitri

Waaaa....saya terima hadiah sempena hari raya ini...

Tapi saya tak gembira dengan hadiah nie. Saya benci ngan hadiah ini....


Hadiah yang memang saya benci adalah:-

Kereta saya telah digesel oleh seorang makhluk Allah & geseren itu adalah panjang...Nasib kene kat bontot kereta.Kalau kat badan kereta adalah saya menangis terguling-guling. Apa yang pasti kereta tersebut adalah berwarna putih kerana cat kereta berkenaan melekat pada kereta saya...

Waaa....Sian Katak Hijau saya....