Untuk berbuka puasa, saya bersama kawan saya telah bersepakat untuk berbuka di Cyberjaya yang tempat itu ada sebuah restoran makanan Arab yang sedap. Maka, sepantas kilat kereta saya dipandu untuk ke sana. Malangnya, apabila tiba di sana restoran makanan Arab itu telah penuh...Hanya buffet saya yang still ada ruang...itu pun satu kepala berharga RM35...
Namun setelah difikirkan, perut saya tidaklah mampu nak disumbat makanan yang banyak...Seperti mana yang kita tau, apabila dikaitkan dengan buffet, anda haruslah mengembangkan perut anda untuk diisikan makanan sebanyak-banyaknya... Tetapi perut saya bukanlah jenis itu. Saya memang kuat makan, tetapi untuk perut saya dikembang dan disumbatkan makanan dengan kadar segera, itu bukan saya... Saya sejenis makhluk Allah yang makan sikit-sikt tetapi banyak kali...
Maka, saya dan rakan mencari kedai lain untuk berbuka puasa. Alhamdulilah...kami jumpa satu lagi kedai...Dan kedai itu adalah kedai makanan Iran. Kedai itu bernama Restoran Ariana...Masuk di restoran itu, saya dapat rasakan keselesaan di restoran berkenaan. Bersih, tenang dan damai... Banyak pilihan makanan daripada Iran ditawarkan...Tetapi yang pelik tak ramai orang yang masuk ke restoran berkenaan. Adakah tidak sedap? Namun saya dan rakan bertawakal masuk ke restoran berkenaan dengan harapan makanan di restoran itu sedap.
Saya sedang befikir nak makan apa..sambil tu risau gak kekalau makanan tak sedap
Tepat jam 7.30mlm, kami pun berbuka puasa. Alhamdulilah makanan sangat sedap&bersesuaian dengan harganya. Saya sangat berpuas hati... tetapi, nasinya sangat la banyak sehingga saya meminta pelayan restoran itu bungkuskan ia. Saya terlupa untuk mengambil gmbar makanan tersebut kerana saya sudah tidak sabar untuk makan...hehehe..Nanti bila saya pegi tempat tu lagi, saya akan ambil gmbar makanan itu yer...
Muka yang sangat berpuas hati setelah makanan di order...Kini muka berpuas hati ini sedang tunggu waktu berbuka untuk makan...
Selamat berbuka kawan-kawan!









