Friday, April 30, 2010

Sudah lama saya tidak menulis tentang perjalanan hidup saya. Kesibukan dan kesuntukan masa telah menyebabkan saya terlupa untuk menulis. Tapi...saya telah kembali...Kembali dengan satu semangat baru setelah saya mengambil cuti yang sangat panjang semata-mata untuk menenangkan fikiran saya dan membuat slide untuk viva(hanya alasan). HaHaHa...Tetapi seperti kebiasaan, pasti ada sahaja yang tidak siap...SLIDE untuk VIVA...saya BELUM BUAT lagi bukan BELUM SIAP yer....saya rasa tidak semangat untuk memulakannya..adoila...kemana perginya semangat baru saya...HaHaHa...

Pelbagai perkara gembira saya perolehi setelah pulang dari kampung. Antaranya ialah saya dapat menjadi residen walaupun kerja agak banyak, tetapi saya memang mahu menyibukkan diri saya. Dan saya rasa bahagia dengan hidup baru saya. Saya bebas untuk melakukan apa yang saya mahu lakukan dahulu namun disekat oleh boneka jahat (saya rasa anda faham ini merujuk kepada apa...). Saya sudah mula mengembangkan social network yang mana dahulunya sangatlah sedikit. Saya juga telah berjumpa dengan hobi baru..HeHeHe... Saya suka dengan kehidupan baru saya ini...

Mungkin saya patut akhiri ayat sekarang juga...SLIDE VIVA lagi penting kot...Tapi......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
-Saya-Malas-Dan-Tak-Ade-Motivasi-Dan-Semangat-Nak-Memulakannya-Tapi-Saya-Takut-

Friday, April 16, 2010

Thank you my sister...

I was touched by a very beautiful poem created by my sister...She makes me stronger to face all the difficulties created by someone....
My sister please dont cry
My sister dry your eyes
My sister don't end your life
My sister your not his wife
My sister he's cold as a snake
My sister he's just a fake
My sister everything will be better when you wake
My sister Ive seen the pills you take
My sister he's full of lies
My sister don't even try
My sister your the one everyone likes
My sister don't start a fight
My sister it ends tonight
My sister I need you, don't end your life

Thank you my dear sister....

Wednesday, April 14, 2010

V.I.V.A (ALHAMDULILLAH)

VIVA....sungguh menyeramkan...Saya sudah berasa takut dan seram walaupun hati saya sedang melonjak kegembiraan. Akhirnya, saya hampir VIVA setelah setahun saya menyiapkan thesis saya. Pelbagai perkara telah berlaku dalam masa itu. Namun, dengan kuasa Allah, segala dipermudahkan untuk saya.

Menurut pihak COGS, saya mungkin akan VIVA dalam masa sebulan. Itu pun sekiranya external dan internal examiners saya free. Kalau mereka tidak free, mungkin dalam masa 2 bulan saya perlu menanti. Hati saya sangat berat mengatakan cepatlah VIVA walaupun saya sangat seram dan takut. Apa yang perlu saya lakukan untuk menyiapkan diri? Sudah tentulah:-
1. Slide presentation
2. Keyakinan diri
3. Semangat juang yang tinggi ketika di dalam bilik VIVA
4. Memahami segala isi kandungan yang ada dalam thesis
5. Review semula program-program
6. Doa daripada mak&ayah&adik-adik, kawan-kawan + tawakal setelah berusaha

Insyaallah...saya akan buat yang TERBAIK untuk diri saya sendiri, mak ayah, adik-adik saya dan kawan-kawan yang selama ini tak pututs-putus memberi kata semangat kepada saya...

Saya mohon segalanya menjadi yang TERBAIK...Amin......

Tuesday, April 13, 2010

Alhamdulilah

Alhamdulilah...Syukur pada Allah...Kenapa? 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Saya baru selesai hantar draft thesis ke COGS untuk pemeriksaan format. Jika segalanya OK, maka saya akan print lagi 3 thesis untuk ke viva...Alhamdulilah Ya Allah kerana Engkau telah permudahkan segalanya untuk saya....Alhamdulilah Syukur

Saturday, April 10, 2010

Always be my baby

Dan sekali lagi...saya sudah jatuh cinta dengan lagu ini...Selama ini saya tak pernah tersedar kewujudan lagu ini sehinggalah saya terdengarnya sekarang...Auwww...Romantik gilerla lagu ini.What can i say is...If someone sing this song and have the same attitude as the person in the lyric, of course i will no turning back....Wahhh...Maybe, you all should listen to this song ok...

"Always be my Baby by David Cook"

Friday, April 9, 2010

Hukum Karma

Adakah anda percaya tentang Hukum Karma? Saya percaya tentang hukum karma & saya juga sangat percaya yang setiap perbuatan yang kita sama baik atau jahat pasti di balas Allah.

Inilah yang terjadi kepada saya. Sebelum ini saya selalu ditimpa kesedihan & menyebabkan saya menjadi kurang motivasi diri. Segala yang saya lakukan pasti ada sahaja kesedihan yang menimpa. Saya merasakan saya berada di suatu fasa (berada di kawasan roda yang paling bawah). Namun, saya tidak berhenti berdoa kepadaNya. Saya mohon agar Dia beri petunjuk dan kekuatan kepada saya. Maka, dengan petunjuk dan kekuatan yang Dia berikan kepada saya, saya menjadi semakin kuat...Dan alhamdulillah perjalanan hidup saya semakin mudah kebelakangan ini termasuklah thesis yang sebelum ini memang sangatlah menjadi perkara yang 'horror'. Syukur alhamdulillah...

Dengan ini saya menasihati diri saya sendiri dan kawan-kawan saya bahawa jangan pernah berputus asa walaupun ditimpa dugaan yang hebat dlm hidup anda. Dugaan yang Dia beri sesungguhnya dugaan yang mampu kita hadapi. Walaupun saya tahu dan mengaku, hati kita akan berasa sangat sakit dan akan menangis secara teruk, namun kita harus percaya dengan perancangan yang ditetapkan olehNya. Ingatlah sekarang pelbagai perkara dibayar secara tunai oleh Allah...Sekiranya kita berada di suatu fasa yang mana kita merasakan yang Allah sedang menguji kita, jangan mudah melatah...kerana ujian yang diberi olehNya adalah untuk menginsafkan kita dan menunjukkan kekuasaanNya.

SOULMATE

Saya tertarik untuk membaca satu artikel dari Yahoo News berkenaan Soulmate. Artikel ini ada mengatakan bahawa setiap insan di dunia ini dicipta berpasang-pasangan<----{ala Al-Quran pun ada cakap...orang putih menadaptasikan je apa yang Allah dah sampaikan.hehehe...} Maka, wahai single ladies, janganlah anda risau dan takut...Soulmate anda pasti akan muncul...Percayalah...