Adakah anda percaya tentang Hukum Karma? Saya percaya tentang hukum karma & saya juga sangat percaya yang setiap perbuatan yang kita sama baik atau jahat pasti di balas Allah.
Inilah yang terjadi kepada saya. Sebelum ini saya selalu ditimpa kesedihan & menyebabkan saya menjadi kurang motivasi diri. Segala yang saya lakukan pasti ada sahaja kesedihan yang menimpa. Saya merasakan saya berada di suatu fasa (berada di kawasan roda yang paling bawah). Namun, saya tidak berhenti berdoa kepadaNya. Saya mohon agar Dia beri petunjuk dan kekuatan kepada saya. Maka, dengan petunjuk dan kekuatan yang Dia berikan kepada saya, saya menjadi semakin kuat...Dan alhamdulillah perjalanan hidup saya semakin mudah kebelakangan ini termasuklah thesis yang sebelum ini memang sangatlah menjadi perkara yang 'horror'. Syukur alhamdulillah...
Dengan ini saya menasihati diri saya sendiri dan kawan-kawan saya bahawa jangan pernah berputus asa walaupun ditimpa dugaan yang hebat dlm hidup anda. Dugaan yang Dia beri sesungguhnya dugaan yang mampu kita hadapi. Walaupun saya tahu dan mengaku, hati kita akan berasa sangat sakit dan akan menangis secara teruk, namun kita harus percaya dengan perancangan yang ditetapkan olehNya. Ingatlah sekarang pelbagai perkara dibayar secara tunai oleh Allah...Sekiranya kita berada di suatu fasa yang mana kita merasakan yang Allah sedang menguji kita, jangan mudah melatah...kerana ujian yang diberi olehNya adalah untuk menginsafkan kita dan menunjukkan kekuasaanNya.
Friday, April 9, 2010
SOULMATE
Saya tertarik untuk membaca satu artikel dari Yahoo News berkenaan Soulmate. Artikel ini ada mengatakan bahawa setiap insan di dunia ini dicipta berpasang-pasangan<----{ala Al-Quran pun ada cakap...orang putih menadaptasikan je apa yang Allah dah sampaikan.hehehe...} Maka, wahai single ladies, janganlah anda risau dan takut...Soulmate anda pasti akan muncul...Percayalah...
Thursday, April 8, 2010
Perlu pertolongan untuk mencari terapi terbaik selepas makan
Saya amatlah mengalami masalah sekiranya makan di waktu tengah hari. Saya akan mengantuk yang mana saya berada di suatu fasa rasa badan macam sengal-sengal yang badan saya akan menjadi lemah longlai. Jadi, saya amat mencari terapi dan cara terbaik untuk menghilangkan rasa itu. Saya telah berusaha mengatasi masalah itu. Antaranya melayan facebook, dengar lagu sehingga gegendang telinga terasa sakit, minum nescafe, blogging, membaca blog rakan-rakan yang lain dan bersembang.
Namun hasilnya tetap sama...SAYA MASIH MENGANTUK...Maka, sebenarnya apakah terapi yang terbaik untuk menghilangkan mengantuk selepas makan. Dan terapi itu haruslah jangan melibatkan tidur semestinya kerana mengikut mitos@fakta (ni saya tak pasti) tidur ketika perut masih kenyang akan menyebabkan perut buncit. Betulkah?
Wednesday, April 7, 2010
Saya sedih dengar lagu Nubhan:- Seadanya Aku
Lagu ini sangatlah menyayat hati. Sebelum ini saya selalu dengar lagu ni di sebalik drama-drama di TV. Saya bersemangat mencari lagu ini semalam dan akhirnya saya jumpa{hasil dari semangat yang tinggi}...Sungguh tak sangka saya lirik lagu ini sangat mendalam kalau dihayati. Saya mahu memberi kredit kepada pencipta lagu ini...Saya sangat terjiwang sok sok sok...Mari saya share lirik lagu ini yer...
Aku peraih kasih sayang
Lirik Lagu Seadanya Aku - Nubhan
Tak dapat ku kotakan
Seperti yang sudah-sudah
Bagai memetik butir bintang
Yang jauh tampak terang
Tak sanggup ku mungkir dalam sayang
Tak mampu ku berikan
Mimpi di luar jangkauan
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia
Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu
Istana yang ku bina
Biarpun kali kedua
Terimalah yang setulusnya
Aku di depan mata
Seadanya aku manusia
Aku peraih kasih sayang
Rindu pada ketulusan belaian
Engkau yang mendamaikan rasa ragu
Dengan cinta tak seperti dulu
Kereta Idaman hati dan jantung saya
Setiap orang mempunyai impian dan idaman dalam hidup. Begitu juga saya. Di antar impian saya adalah untuk memiliki kereta idaman saya. Kereta itu adalah HONDA TYPE R. Tetapi harganya sangatlah mahal. Mahu berikat perut saya untuk memilikinya. HONDA TYPE R sememangnya saya akan pasti dapatkannya. Walaupun sukar...Seperti tag line honda 'HONDA...THE POWER OF DREAM'. Maka, buat masa sekarang saya akan terus berangan dan bermimpi untuk dapatkannya. Kerana saya yakin suatu hari nanti ia akan pasti jadi milik saya. Maka, mari kita berhias mata untuk melihat kecantikannya dan kepoweran nya yer...
Kerana saya sedar betapa sukarnya untuk mendapat kereta di atas, maka saya telah menurunkan citarasa saya untuk kereta di bawah...
Kereta ini insyaallah saya mampu dapatkan. Selain kereta ini comel dan bersesuaian dengan saya yang kecil dan comel. Maka, saya akan menambahkan generasi NISSAN di rumah saya kan. Kereta ini juga boleh tahan power juga lah. Dan yang penting lagi murah dari HONDA TYPE R itu.
Kembali kepada dunia realiti...Sebenarnya tak salah kiranya kalau kita berangan-angan. Namun angan-angan haruslah disertakan dengan semangat. Bukan angan-angan kosong atau kata lain angan pak pandir yer...Buat masa sekarang saya hanya mampu memakai VIVA... Namun, saya telah memasang niat dan harapan yang kuat untuk memiliki kereta-kereta di atas. Saya percaya dan yakin, kalau saya kuat berusaha semua impian saya pasti akan menjadi kenyataan....
Viva ----> "Wlaupun kecil tapi saya power tau...Jangan memandang rendah pada saya"
Monday, April 5, 2010
Ketika hari sabtu & ahad
Wah...saya sangat gembira pulang ke kampung halaman. Sudah sebulan tidak pulang ke rumah mak ayah saya. Saya sudah rindukan mak dan ayah saya...Memang sungguh selesa, tenang dan damai ketika pulang ke kampung halaman berserta menatap wajah mak dan ayah saya. Ditambahkan pula adik saya pun balik setelah 3 bulan training di KPJ Bukit Mertajam. Maka riuh rendahlah rumah itu dengan hilai tawa, jeritan manja kami dan usik mengusik. Saya dapat melihat yang mak dan ayah saya bahagia walaupun kekadang berlaku juga jeritan dari mereka kerana kami ini tak dengar cakap dan mungkin terlalu kecoh. Banyak aktiviti yang kami lakukan bersama yang mana semua aktiviti hanyalah di dalam rumah dan sekitar kawasan rumah. Antaranya:-
1. Kemas bilik stor sambil berlaku jerit-menjerit kerana banyak cicak. Cicak itu telah melompat di tangan adik saya...Fuhhh....serius sangat geli ok
2. Kemas dapur rumah (tapi ayah ngan mak yang banyak buat sebab kami mencuri tulang. Ketika itu berlaku jeritan drakula dari mak ayah sebab kami sangat malas. Ampunkan kami mak ayahlain kali kami buat lagi ye. hehehe
3. Program membakar sampah... Yes i loike...Saya suka merosakkan lapisan ozon.hehehe
4. Melihat kembali album-album lama sambil bercerita apa yang berlaku... Saya suka & paling over adalah saya
5. Aktiviti yang paling disukai....BERBORAK...Ya kami berborak sampai penat...Semua nak cerita pengalaman & cerita masing-masing sampai mak ayah penat la nak dengar (Maafkan kami mak ayah...Memang begitulah perempuan...Suka bercakap)
Ini hanyalah sebahagian sahaja aktiviti kami. Saya sangat suka berada di sisi mak ayah saya. Saya rasa sangat tenang dan kembali kuat semangat... Mahu balik lagi !!!!! sok sok sok
1. Kemas bilik stor sambil berlaku jerit-menjerit kerana banyak cicak. Cicak itu telah melompat di tangan adik saya...Fuhhh....serius sangat geli ok
2. Kemas dapur rumah (tapi ayah ngan mak yang banyak buat sebab kami mencuri tulang. Ketika itu berlaku jeritan drakula dari mak ayah sebab kami sangat malas. Ampunkan kami mak ayah
3. Program membakar sampah... Yes i loike...Saya suka merosakkan lapisan ozon.hehehe
4. Melihat kembali album-album lama sambil bercerita apa yang berlaku... Saya suka & paling over adalah saya
5. Aktiviti yang paling disukai....BERBORAK...Ya kami berborak sampai penat...Semua nak cerita pengalaman & cerita masing-masing sampai mak ayah penat la nak dengar (
Ini hanyalah sebahagian sahaja aktiviti kami. Saya sangat suka berada di sisi mak ayah saya. Saya rasa sangat tenang dan kembali kuat semangat... Mahu balik lagi !!!!! sok sok sok
ALHAMDULILAH
Finally......
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
My supervisor satisfied with my thesis....Alhamdulillah...Now, i have to do final touch-up (format&some grammar mistakes) on my thesis and submit to COGS. Alhamdulillah...Syukur...Please pray for my success...And i pray and hope everything will go smooth after this...Amin...
AND
Subscribe to:
Posts (Atom)




