Kenapa jadi semua ini?? Apa salah kami?
Berdasarkan 3 gambar di bawah, kalau lah perasan, Cik Bada tak padam kan pun nama-nama di situ. Adda Nur adalah adik Cik Bada dan yang lagi satu itu (nama tak mahu disebut sebab rasa meluat!!!) adalah pak--
kami..(tak nak sebut juga sebab rasa malu nak panggil dan anggap macam tu!!!). Jika diperhatikan ada berlaku kejadian serang menyerang di situ yang mana ia melibatkan adik Cik Bada (Adda Nur), Cik Bada dan pak-- (si pelaku).
Sebenarnya kami adik-beradik telah lama menyampah dan meluat dengan si pelaku ini. Cuba bayangkan.. Setiap kali kami adik-beradik letakkan wall post, sure si pelaku nie memburukkan wall post kami. Kekadang rasa macam 'What is he trying to say? / Is he crazy? / Is he understand what we are talking about? and we feel that he is actually trying to say to MOST of our FRIENDS that he is our uncle and he is very close to us...' yakes...CIk Bada rasa nak muntah okey...Nak kata Cik Bada saja yang rasa macam tu..Tak juga sebab kami adik-beradik suka bergosip pasal ini. And sometimes we feel so sorry to our aunty because she married to him!!
Cik Bada mahu 3 gambar ini dilihat dan diperhatikan...Sebenarnya wall post ini adalah khas ditujukan kepada Cik Bada dan adik bongsu kami. Yela..kami dah lama tak pulang ke kampung kerana masing-masing sibuk dengan tugasan masing-masing. Maka, Angah (Adda Nur) telah menanya bila kami hendak pulang untuk berjumpa dengan nya. Seriously...itu adalah post yang sangat sweet dan comel. Yela...adik-beradik bila dok jauh confirm rindu kan... Tapi benda itu jadi tak sweet langsung bila si pelaku ini masuk campur. Kalau dilihat, selepas Angah post kat wall, si pelaku terus kelam-kabut nak tambah kan. Nak muak tak??
Tiba-tiba si pelaku mengeluarkan statement yang sangat tak boleh diterima pakai...What is he actually trying to say? Kitaorang ni jahat sangat ke tak melawat Wan (nenek kesayangan kami)??? Or maybe si pelaku ni sengaja nak tunjukkan yang dia ni sangat bagus (Wan ni dia selalu jenguk dan jaga lah) dan kami termasuk mak ayah Cik Bada ni sangat tak bagus (tak pernah jaga Wan, tak kisah pasal Wan, biar je Wan kat rumah itu sorang-sorang..)...
Cik Bada sangat tak puas hati. Kalau yer pon nak cakap satu dunia yang dia itu SANGAT BAGUS, tak payah lah canang-canang dan merapu kat wall anak sedara sendiri. Bongoks ke apa? Setahu Cik Bada Wan selalu cerita yang tak best je pasal pelaku ini kat kami adik-beradik dan mak ayah kami. Tapi ada ke kami nie buruk-buruk kan di wall fb si pelaku dan anak-anaknya? Semuanya sebab kami nak jaga air muka dia...Kami tahu perihal keluarga adalah sebuah maruah yang tak terhingga nilainya. Kami tak mahu termasuk dalam golongan yang suka buka hijab orang sebab kami tahu apa hukumnya.
Dan bila si pelaku mengeluarkan kenyataan (refer gambar di bawah) dia seolah-olah mempunyai agenda memalukan keluarga Cik Bada. Kenyataan yang dikeluarkan adalah kenyataan FITNAH yang mana sekiranya orang yang tidak kenal keluarga Cik Bada pasti anggap betapa teruk dan buruknya keluarga kami =(...Alhamdulilah...Angah terbuka hati mengeluarkan kenyataan yang membalas semula kenyataan FITNAH itu... Ya Allah...Busuknya hati si pelaku ini...Apa salah keluarga Cik Bada???Mungkin si pelaku ini dah tak sabar kot nak makan daging sedara dia sendiri ini..Haissshhhh...Giler karnivor ini orang. Sure tak sabar tu =P..
Kesimpulan cerita:-
1. Kami sekeluarga selalu dan sentiasa MELAWAT, MENJAGA Wan...Tak pernah lupakan Wan. Tak pernah sakitkan hati Wan sebab kami sayang Wan..Cuma kami tak lah beritahu SATU DUNIA!!!!
2. Menjaga Wan adalah tanggungjawab kami juga tetapi bila kami buat sesuatu untuk Wan kami tak pernah canang-canangkan SATU DUNIA!!!!
3. Kami tak pernah mengungkit jaga Wan pada SATU DUNIA!!!!
Kepada si pelaku;
Terima kasih banyak-banyak kerana menyakitkan hati kami sekeluarga. Kami buat semua tanggungjawab kami seikhlasnya demi ALLAH S.W.T. Sebenarnya banyak kami tahu tentang kamu sekeluarga tapi kami tak pernah kecoh walaupun kadang-kadang rasa sakit hati itu WAJIBlah ada kerana kami juga manusia. Sesungguhnya FITNAH yang kamu taburkan kepada kami, kami terima dengan hati yang terbuka luas kerana kami tahu balasan ALLAH S.W.T sangatlah adil...Kami tak perlu balas-membalas kerana kami yakin dengan kekuasaan ALLAH S.W.T. Kami yakin ALLAH S.W.T sentiasa bersama dengan kami sekeluarga.
Akhir sekali..Terima kasih banyak-banyak.
p/s: Buat masa ini...Cik Bada macam tak boleh terima sebab si pelaku itu telah membuat nama baik keluarga Cik Bada busuk.
Ya Allah...Tolong kami Ya Allah..Semua ini adalah sangat keterlaluan untuk kami.....
No comments:
Post a Comment