Cerita bermula apabila seorang insan (A bukan nama sebenar) menelefon insan yang lain (B bukan nama sebenar). A telah menelefon B untuk bertanyakan perkhabaran bilakah B akan pulang. Tetapi sungguh mendukacitakan apabila B menjawab panggilan telefon A dengan tersangatlah kasar. So, apa yang terjadi kepada A? Harus dan mestilah terasa hati dan akhirnya hati si A pun terluka...Tetapi mujurlah si B itu seorang yang sangatlah BAIK dan sangatlah ALERT dengan perubahan A. Maka si B telah memujuk A sehinggalah si A kembali tersenyum. Di akhir cerita...adalah HAPPY ENDING =)
Daripada cerita di atas, Cik Bada harus dan mestilah nak menyelitkan....Mungkin tips-tips di bawah boleh digunakan untuk membuat atau menjawab panggilan telefon:-
1. Jawab panggilan telefon dengan nada suara yang sangat baik. Tak baik jawab telefon dengan nada yang kasar tau.
2. Sebaiknya mulakan menjawab telefon dengan salam (ini untuk yang muslim). Bagi non-muslim pula, mulakan dengan Hi atau Hello.
3. Sekiranya anda sibuk, dengan nada yang sangat baik anda beritahu kepada pemanggil anda yang anda sangatlah sibuk dan akan menelefon pemanggil itu semula.
4. Akhiri perbualan anda dengan salam (bagi muslim) atau terima kasih (ini applicable untuk muslim dan non-muslim)..
Mudahkan untuk dibuat tapi mungkin sukar untuk dilakukan.
All the best...
p/s:- Cik Bada pon kena perbaiki diri jugak...Kekadang Cik Bada pon jawab telefon kasar...Sian pemanggil telefon itu...=(


No comments:
Post a Comment