Tetiba hari nie saya rasa sangatlah sedih. Bagai mahu nangis secara meraung-raung... Apakah???? Adoi...hati saya benar-benar di fasa untuk menangis. Dahlah VIVA makin hampir... Dan sepatutnya saya pulang ke kampung tetapi saya korbankan segalanya untuk lulus VIVA dengan gemilangnya. Saya simpannya jauh di lubuk hati saya.
Tetapi... Hati mana yang mampu bertahan sekiranya melihat semuanya bersama kaum keluarga, tapi saya berseorangan di sini... Mungkin inilah pengorbanan yang saya WAJIB lakukan untuk berjaya dengan gemilangnya kerana VIVA adalah perkara yang saya sangat nanti-nantikan selama ini.
Dan saya tak mahu apa-apa pun menganggu perasaan & hati saya ketika ini. Seluruh hati & perasaan saya hanya untuk lulus VIVA sahaja. Kepada para gangguan perasaan saya, sila lah pergi jauh-jauh dari saya kerana saya tidak perlukan kamu ketika ini.
Sekian sahaja rayuan hati & perasaan saya
No comments:
Post a Comment