Tuesday, July 12, 2011

-

I am so happy BUT I am going to miss you so much =(...
+
+
+
+
+
Ermmmm...En.Tunang telah dapat kerja di tempat yang lain...Which gives him a very good offer than his current job...Congratulation En.Tunang!!!!.Cik Bada sangat gembira tetapi disebalik rasa yang sangat seronok pasti ada yang sedih kan. Kerja itu akan membawa En.Tunang jauh dari Cik Bada. Walaupon main office En.Tunang di Shah Alam tapi En.Tunang harus pergi ke merata-rata tempat (depend on project). So...untuk masa terdekat adalah di Pasir Gudang, Johor...Sangat jauh kan...Pasni Cik Bada perlu begerak solo semula. Tapi boleh ke sebab sebelum ni semuanya kalau boleh Cik Bada nak En.Tunang selalu join ke mana-mana Cik Bada nak pergi...

Semoga Cik Bada kuat untuk semua ini. Sebelum ini boleh...tak kan dah tak boleh kan...hahaha=)...

Thursday, July 7, 2011

Keje Cik Bada bermula pukul 8am-12am

Ermmmm...apakah Cik Bada nak mengomel kan...Tak habis-habis nak mengomel. Story nie saje-saje di letakkan di sini sebagai bukti yang Cik Bada pernah berkerja dari pagi ke malam. Penat? MESTILAH sangat penat tetapi semua itu perlu dilontar jauh-jauh bila duduk ramai-ramai sambil gelak-gelak sampai lupa diri.

Kerja...Kerja...Untuk bergembira di tempat kerja, pada pendapat Cik Bada, semestinya kita mesti mencari kegembiraan itu sendiri. Ia tidak akan datang dengan mudah kerana seharusnya kita akan berdepan dengan masalah seperti berikut:-
1. Ketua yang TAK best. Everybody has his/her own experience with this kind of leader. Itula fakta yang selalu kita jumpa kat mana-mana buku pun. Apa-apa pun, walaupun tak sebest mana pun ketua kamu, kamu haruslah bekerja dengan gembira dengan mencari keseronokan anda sendiri.Contoh: cari pengalaman dan kawan-kawan barusewaktu melakukan kerja kerana kekadang kekawan baru ini ada banyak idea-idea yang gila sehingga kita rasa 'eleh best je keje ni walaupun ketua tak best'. Cik Bada dah cuba kaedah ini...Ia sangat berkesan.
2. Apabila ketua/partner yang tak ikhlas dan jujur...Ini sangat payah untuk dicakap. Sebenarnya ini ikut individu masing-masing.Pada Cik Bada, Allah Maha Mengetahui segala-galanya even sehalus kuman niat anda. Setiap manusia ada agenda tersendiri yang perlu dikejar. Kekadang agenda itu amat menyusahkan orang lain. Tetapi seperti yang selalu kita dengar, sekarang Allah bayar semua perbuatan secara CASH...Perbuatan baik pasti dibalas baik dan jahat pasti dibalas jahat. TITIK.....
3. Berurusan dengan yang bermuka-muka...Cik Bada paling tak soka ok makhluk macam ini. Tapi seperti yang dinyatakan di atas; setiap orang ada hidden agenda memasing...
4. Mengheret kita ke dalam masalah dia. Ermmmmm...ini yang paling tak best...Oleh sebab tak mahu dikatakan syok sendiri dengan mengatakan orang lain tak bagus dan dia sahajala yang bagus, dia mengheret kita kepada kontroversi yang dia sendiri cipta. Gile busuknya hati org itukan. Ini Cik Bada baru terkena semalam. Rasa nak pukul jer orang itu...Pleasela...Muak la..Si pembuat kontroversi itu harus sedar yang ANDA itu adalah senior lecturer dan ada pangkat Doctor lagi tau...Janganlah nak memalukan status anda dengan buat perangai macam orang yang tak pandai berfikir...

Banyak lagi yang nak diletakkan di sini tapi semuanya berpokok pangkal nye dari hati. Kalau hati kita baik, insyaallah semuanya akan berjalan dengan baik.

Mari kita menjamu mata tengok gambar yang diambil sebelum berkerja malam semalam.Senyum adalah WAJIB sebab itukan sedekah....=) Tak payah bayar pon....
 3 orang anak dara pingitan dan Mama Fatih...
Azreen (Kawan baru saye!!!), Cik Bada and Mama Fatih

Monday, July 4, 2011

Random talk

Sudah lamanya tak menyentuh @ menulis sesuatu di sini. Rinduuuuunyer...Semua ini kerana Cik Bada telah kering idea-idea untuk menulis dan termasuklah perangai yang haruslah dibuang jauh jauh iaitu PEMALAS. Cik Bada sangatlah memuji rakan-rakan Cik Bada yang rajin menghidupkan belog mereka. Dan kegiatan mereka yang sangat rajin menyebabkan Cik Bada menjadi sangat rajin untuk melawat belog mereka. Cerita-cerita yang disampaikan sangatlah menghiburkan hati...Syiok betul!!!!!!!

Hari ini Cik Bada nak share cerita pasal JAGA...Ermmmm...banyak maksudnya itu...Kalau tengok cerita drama/movie selalu kita semua terjiwang sekejapkan bile pelakon itu cakap contah:- "Saya janji akan jaga awak dengan baik sepanjang hidup saya"... Lalu, menjadi seorang perempuan teruslah terlentok kesukaan. hahaha...Sebenarnya ramai je lelaki-lelaki suke sangat kuarkan ayat mcm tu sebab perempuan memang cair lah dengar ayat tu (tapi depend juga la kekadang ada juga yang tak cair pon=)).

Persoalan yang selalu Cik Bada terfikir berkenaan jaga adalah Adakah mahu JAGA macam jaga baby @ kanak-kanak?hahaha...Confirmla tak kan..sungguh tak romantik sungguh Cik Bada ini.

Meh sini Cik Bada nak romantik...Pada pendapat Cik Bada untuk ayat di atas, kalau nak JAGA dengan baiknya, bukanlah dengan hanya jaga fizikal yer. Perasaan, jiwa dan rasa juga haruslah dijaga dengan baik. 3 perkara ini adalah sangat discrete dan sangat sukar disukat kerana anda tak akan sedar atau tahu sekiranya si perasa @ sensitif tidak meluahkan nya...Menakutkan kan kan...Sangat takut kalau kita ada buat orang terasa...Konfirmla perasaan terasa tak kan hilang sejam dua..percayalah...macam mana kalau si perasa tetibe termeninggal...Kan susah kite nak minta maaf. Jadi kesimpulan ceritanya...cubalah berhati-hati dengan perbuatan kita. Ingatlah setiap perbuatan kita pasti mendatangkan impak positif/negatif terhadap orang lain. Semua orang ada perasaan yer. Jangan fikir orang tu keras macam batu dan asyik gelak je dia takde perasaan yer..

Hahaha...nape tetiba rasa nak emo plak ni bile cerita pasal ni? hahaha...Its something good to share kan?  

Thursday, June 9, 2011

The Power of Cik Bada Family

Ermmm...lama sudah Cik Bada menyepikan...mohon maaf kerana Cik Bada sangat lah sibuk. Pssstttt...Tadi Cik Bada baru tengok gambar Cik Bada tunang kat lappy adik. Sila marah & kutuk Cik Bada yer & kalau nak pukul pon boleh. Tarak kisah punyer sebab Cik Bada ni selamber sangat. Bolehla pulak tak tengok gambar. Kalau orang lain confirm kelam kabut nak tengok. Cik Bada ni dah basi baru terhegeh-hegeh nak tengok haha...

Sambil-sambil tengok, Cik Bada sangat suke gambar-gambar yang akan Cik Bada letak kat bawah...


Cik Bada sangat sayang mereka semua...

Friday, May 27, 2011

Banding

Hari ini Cik Bada terima seorang tetamu iaitu seorang student dari Arab. Dia telah datang untuk meminta SOLUTION buku teks. Cik Bada sangatlah terkejut. Apakah????Berani nyer...Sepatutnya dia haruslah mencuba jawab soalan dulu baru datang jumpa and tanya SOLUTION. Ini tak terus datang dengan mintak SOLUTION. Dan jawapan Cik Bada mudah..."You've to solve the question first, then if you've any question or confusion do come and discuss it with me"...Tapi student itu masih tak faham sampai Cik Bada terfikir Cik Bada ni cakap bahasa apa dengan dia sampai dia tak faham. Maka bermula sebuah drama..

Dia mengatakan yang dia tahu yang majority daripada student kelas Cik Bada adalah student yang bagus sebab dia ada banyak kelas yang sama dengan student berkenaan. Jadi mengikut firasat dia Cik Bada akan menaikkan graph final exam bagi kelas itu kerana dah tentu-tentu students yang bagus itu akan mendapat markah yang sangat bagus. .... Cik Bada sangatlah terkejut....Ko nak berdrama ek dengan Cik Bada. Maka Cik Bada pun membalas dengan drama jugak la yer....hehe

CIk Bada cakap yang Cik Bada tak pernah mengubah gred sama ada menaikkan @ menurunkan gred. Cik Bada hanya mengikut gred yang telah university tetapkan. Kenapa pulak Cik Bada nak ubah kan??? Cik Bada pun sambung, gred yang students Cik Bada dapat selalunya berpadanan dengan usaha dia. Tak pernah ada bias...Lagi satu Cik Bada nak hasilkan student yang berkualiti bukan 'downgrade' student. Plus Cik Bada bagi student itu choice sama ada nak jadi student yang berkualiti atau yang downgrade. Terus terdiam dia. Tak tercakap apa pun....Sebelum ni banyak cakap sampai tak bagi Cik Bada bercakap. Itula...jangan main kasar ngn Cik Bada...=)..

Apa yang dapat Cik Bada simpulkan ialah janganlah banding-banding kan diri awak dengan orang lain. Ye mungkin, subject lain students yang awak bandingkan itu hebat tetapi tak semestinya semua subjek itu dia hebat. Kalau mereka hebat pun, itu semua adalah disebabkan usaha dan kerajinan mereka. Mana ada orang hebat tanpa usaha yang rajin dan kesungguhan dia.Yang paling penting ialah PERCAYA PADA DIRI SENDIRI...kalau orang boleh berjaya, kamu juga boleh berjaya ok...=)

Thursday, May 26, 2011

Happy!!!


Hari ini mak, ayah, angah n adik nak datang jumpa Cik Bada. Rasa hepi sangat-sangat sebab lama dah oooo tak jumpa mereka. Mereka datang atas sebab nak uruskan scholarship adik dengan Prince Court Hospital. Cik Bada bangga gile sebab ada adik yang pandai pastu dapat scholarship lagi. Meh Cik Bada pukul sesapa yang tak bangga dengan adik sendiri...Sekarang adik dah habis belajar dan adik telah tutup detik persekolahan dengan bergaya sekali dengan pointer 3.92!!. Dahla course pharmacy!!! Sangat hebat kan....Cik Bada pun tak pernah dapat pointer macam mana...Tahniah adik ku sayang. Along sangat bangga dengan adik.

Namun, berita tak bestnya mungkin mereka tak dapat tido kat rumah Cik Bada sebab mereka harus tido di hotel berhampiran hospital berkenaan. Yela...Jalan kat KL kan sesak teramat sangat waktu bekerja kan. Itu sangat sedih...Dah nak stop tulis sebab rasa nak nangis...huhuhu

Wednesday, May 25, 2011

No more

Dari minggu lepas sampailah hari ini, Cik Bada rasa penat sangat. Banyak program pelajar perlu dihadiri..Itu adalah sebagai tanda yang Cik Bada sangat support semua program students. Dan mungkin ini adalah pendekatan yang baik untuk lebih dekat dengan students.

Bila berada di kalangan student, Cik Bada dapat rasakan semua masalah hilang. Yela...waktu inila nak lupa diri beraktiviti aka berseronok. Sebab kekadang aktiviti mereka sangatlah canggih-manggih. Tak perlu pun budget tinggi-tinggi. Mereka lebih briliant untuk buat aktiviti yang sangatlah fun =). Macam semalam, ada permainan congkak, word search, sudoku, cupcake decorating, buat sandwich and etc. Meriah sangat! dan Cik Bada pun enjoy sangat-sangat!

Berkaitan campur tangan orang dewasa dalam aktiviti students sebenarnya bagus tetapi cukuplah hanya guide mereka dan bantu mereka sekiranya mereka memerlukan bantuan. BUKAN dengan cara menghentam aktiviti mereka spt "kenapa buat mcm tu...u kena buat mcm nie..", "u MUST follow my idea ---> arahan yang sangat dibenci oleh student"...Cik Bada pun tak suke. Sebenarnya, orang dewasa hanyalah perlu support aktiviti yang students buat. They actually have a lot of ideas and sometimes idea orang dewasa tu sangatlah kuno..Cik Bada boleh rasa dan faham perasaan students.

Sepatutnya orang dewasa harus biarkan mereka explore segala idea, dan belajar sesuatu daripada program yang mereka buat. Orang dewasa hanyalah perlu support, advice dan bimbing mereka untuk menghasilkan program yang berkualiti dan ada wow faktor. Itu kan baru cantik!!! Students suke dan gembira, orang dewasa pun tak kan ada kerja yang banyak...

Ini semua hanyalah sebahagian pendapat Cik Bada...